Thursday, March 26, 2015

Jangan main-main dengan Hudud

POJOK MALAM                                                                      

Gara-gara pembentangan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) oleh DUN Kelantan ia bukan sahaja menyesatkan kepala orang ramai yang tidak faham atau mahu faham dengan undang-undang itu, tetapi perdana menteri Najib Razak juga terkena bahana itu.

Hari ini Najib masih diam membisu untuk menyatakan sikap berhubung undang-undang berkenaan. Sebelum ini jurucakap Umno yang juga bertindak bagi pihak PM, Teuku Adnan Teuku Mansor dilaporkan berkata Najib akan menyatakan pendirian mengenai Hudud pada 24 Mac.

Ekoran kenyataan Teuku Adnan itu menyebabkan orang ramai ternanti-nanti untuk mendengar apakah sikap Najib yang juga menjadi sikap kerajaan mengenai Hudud itu. Hari ini sudah masuk 27 Mac bermakna sudah lewat tiga hari.
Biasanya kalau perempuan yang sudah berlaki lewat datang bulan, itu sebagai tanda-tanda dia akan mengandung. Bagaimana pula Najib dalam hal ini? Apakah dia juga akan  "mengandung".

Apakah Teuku Adnan pandai-pandai membuat pengumuman itu tanpa merujuk kepada Najib. Bahana daripada pembisuan Najib itu menyebabkan dewan rakyat hari ini kecoh bila mana wakil Pas menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Bahrum untuk menyatakan sikap, sebagai mewakili Najib.

Jamil yang hadir berdalih untuk tidak menyatakan sikap kerajaan mengenai Hudud itu sehingga menyebabkan ketua whip Pas, Mahfuz Omar naik minyak sehingga terpaksa dihalau keluar dewan apabila menuduh Jamil yang enggan membuka mulut sebagai bacul.

Wakil rakyat Pas juga marahkan Jamil dan menuduhnya berbohong bila mana Jamil memberitahu perihal Hudud tidak pernah dijanjikan untuk dibawah ke Majlis Raja-Raja, sedangkan sebelum ini Jawatankuasa Teknikal berjanji untuk berbuat demikian. Wakil Pas menganggap Jamil berdolak dalih.

Tampakanya Hudud sudah menjadi masalah kepada banyak orang, dan ia bersilih ganti daripada pihak yang membawanya kepada pihak yang menyatakan sokongan. Gara-gara Hudud habis semua orang terpalit termasuk DAP, PKR, Gerakan, MCA. Hebat penangan Hudud.

Baik Umno atau Pas janganlah main-main dengan hukum Allah. Mungkin keriuhan dan kepanasan Hudud itu disebabkan ada kecenderongan manusia untuk bermain-main dengannya. Mahu menjadikan Hudud sebagai modal politik. Justeru semua pihak perlu sedar dan insaf agar kecelakaan lebih teruk tidak terjadi angkara Hudud ini. Ingatlah kemurkaan Allah.

Berbalik kepada perdana menteri Najib Razak, Hudud makin menyesatkan kepalanya. Belum habis isu GST, 1MDB kini hudud pula datang menabir dalam dirinya. Apakah tompokan segala itu akan membawa Najib untuk berundur dalam kadar segera? Atau pun ia sebagai menambah beban untuk Najib "tidur" Jun nanti seperti mana yang dirangkakan?

Selain perkembangan itu, sorak sorai dari pihak tertentu agar Ketua Polis Negara (KPN), Khalid Abu Bakar dipecat juga turut sama menggaru kepala Najib. Walaupun suara itu hanya dari segelintir minoriti rakyat, tetapi Najib harus memikir sama. Beliau perlu menyelidiki apakah Bukit Aman ada masalah ketika ini. [wm.kl.11:51 pm 03/03/15]

5 comments:

nazamron said...


PMB itu adalah berkait dengan Perkara 355 iaitu berkait pindaan perluasan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah, katanya lagi.

Selama ini mahkamah syariah hanya berkuasa untuk menjatuhkan hukuman 3 tahun penjara, RM 5000 denda dan 6 kali sebatan (rotan). Ini termaktud sebagai hukuman yang selalu disebut dalam ceramah-ceramah PAS "356".

Presiden PAS nak bentangkan PMB yang berkaitan dengan pindaan 6 rotan kepada 100 rotan. Itu sahaja, tambah beliau.

Apabila diluluskan kepada 100 rotan, maka Kerajaan Negeri Kelantan boleh laksanakan hukuman sebat zina, qazaf dan minum arak. Ini memang sudah termaktud dalam undang-undang syariat yang telah ada.

Private Members Bill yang nak dibawa oleh Presdien PAS, Abdul Hadi Awang bukan nak bentang hudud keseluruhannya seperti yang digemburkan oleh media massa sehingga DAP meracau dan meroyan macam orang gile sehingga nak putus hubungan dengan Presiden PAS tapi bukan dengan PAS (kan pelik).

Kenapa DAP berbuat demikian sehingga tak tahu hujung pangkal yang boleh merosakkan Pakatan Rakyat. Manakala blogger dan facebooker seperti Sayuti Omar, Greenboc, Alhusseyn dll pula menulis menghentam Tuan Guru Presiden dengan macam-macam tuduhan tanpa maklumat yang sah dan benar. Inikah sikap Islam yang dilaung-laungkan? Terutama Greenboc, cakap Islam hebat tapi maklumat hampas!

Kalau kita kaji dan semak apa yang nak dibuat oleh DS Tuan Guru Presiden PAS ini tiada kena mengena denganUMNO atau Barisan Nasional. Ini adalah perjuangan PAS yang selama ini kita dokong melainkan jika kita menjadi ahli PAS semata-mata tanpa asas kefahaman yang betul.

PAS selama ini ada cara dan gerakerjanya sendiri. PAS tak terikat dengan UMNO atau dengan PKR dan DAP. Soal DAP dan PKR terima atau tidak itu bukan urusan PAS dalam soal perjuangan.

Kita masih ingat, bagaiaman Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH) pernah bentangkan mengenai undang-undang Murtad di Parlimen dan pembenatangan ini telah ditolak oleh UMNO @ BN.

Ini pula berkaitan perluasan kuasa mahkamah syariah 355 iaitu supaya kuasa mahkamah syariah dilebarkan untuk menjatuhkan hukuman kepada persalah Islam mengikut syariat yang betul. APakah ini cubaan untuk pinda perlembangaan sehingga Lim Kit Siang mengeluarkan idea mengarut SELAMATKAN MALAYSIA kononnya nak ajak semua MP bukan Islam mempertahankan perlembangaan Malaysia. Kan celaru bodoh. Ini akibat tak tahu maklumat benar, mengikut emosi.

Malangnya ada orang kita sama-sama hentam PAS atas maklumat DAP yang bodoh dan celaru ini.

Sebenarnya inilah antara pendekatan PAS dari awal dalam menyertai demokrasi berpilihanraya mengikut "Muwajahah Silmiah". Ada blogger suka guna perkataan ini tapi tak tahu maknanya benarlah kata TGHH sebagaimana buru kakak tua yang hanya pandai berkata-kata tapi masih tetap seperti binatang yang tak ada akal!

Saya sangat setuju dalam perkara ini tidak timbul isu percaya kpd UMNO atau tidak. Kena tipu dengan bb atau tidak sehingga PGS PAS digunaakan untuk menyerang PAS sendiri kononnya PAS telah ditipu 2 kali. PGS musuh anda adalah UMNO @ BN.

rashsid said...

setuju....lgi pun bukan bill baru...ini hukum yg telah cuba dulupakan oleh musuh islam dimana telah dipraktikan dgn jaya nya 1400 tahun dulu...mcm la solat skrang ni...kalau dh mula diambil ringan hingga lalai langsung..ttiba 100 tahun akan dtg..bila ada hamba allah yg nk menegakan kembali kefardhuan solat 5 waktu...keadaan serupa mcm ni juga jdinya...yg kafir jadi kelam kabut..yg separuh kafir membisu...gagap..pdhal tuntutan solat sejak dari israk mikraj 1400 tahun dulu lgi dah...

Unknown said...

Ulasan yang terbaik dari saudara nazamron dan boleh di fikirkan bersama.

Unknown said...

Ulasan yang terbaik dari saudara nazamron dan boleh di fikirkan bersama.

Najwan said...

Tuan nazam,

Cuba tuan selidik siapa yang bertempik pasal hudud tak tentu pasal dari awal lagi? Cuba tanya Harun Din, Nik Amar dan kumpulannya. Korang bincang sendiri tak bgtau JKKP, nak salahkan orang lain pulak. Ulama'? Nilai sendiri kalau memfitnah pil kuda dan isu pertindihan calon itu adalah nilai2 Islam. Bila dah meleret mcmni, TGHH bru ckp sekali korang igt selesai ke?

Pada saya pemimpin PAS kurang cermat malah gopoh dalam isu hudud. Rakyat Kelantan diuji dgn bah yang lalu, adalah antara sbb isu ini tidak kena pada masanya. Ambillah iktibar pada masa Saidina Umar RA, betapa sensitifnya dia dgn soal mkn minum rakyat. Kita sama2 tnya diri sendiri.