Wednesday, March 11, 2015

Kepelikan dan keganjilan pengurusan negara kita

POJOK TENGAHARI                                                                      

Cuba perhatikan beberapa hal yang pelik tetapi sudah menjadi kebiasaan berlaku dalam negara "tigatujuhkosongsatutujuh" ini. Pertamanya mengenai isu syarikat pelaburan kementerian kewangan yang dipimpin Najib Razak 1MDB.

Parlimen diberi tahu hari ini kononnya wang lebihan pelaburan di kepulauan Cayman sebanyak AS1.103 juga telah pun dibawa balik.

Ia dibawa bukan ke negara ini, tetapi disimpan di Singapura. Al pelik ibnu ganjil. Alasan kenapa wang itu disimpan di Temasik ialah untuk memudahkan pengeluaran tunai kerana peraturan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ketat. Mengikut peraturan BNM setiap pengeluaran RM50 juta memerlukan kelulusan BNM.



Bukankah peraturan itu untuk mengawal dan menjaga aliran wang negara ini ke luar negara? Menjamin ringgit Malaysia selamat? Kalau kita buat peraturan itu tetapi kita tipu peraturan itu, jadilah kita macam Pak Pandir sahaja. Inilah keadaan negara "tigatujuhkosongsatutujuh" patutlah dua pesawat MAS hilang dan satu kena tembak hancur.

Satu lagi perkara mengenai, bayaran kepada peguam swasta bernama Shafei Abdullah yang menjadi kepala pendakwa dalam kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim. Menurut kerajaan penguam berkulit hitam itu dibayar hanya RM1,000 sahaja. Betulkah atau pun angka itu tersalah lapor oleh portal berita yang mana angka sebenarnya RM1 juta. Saya baca beberapa kali tetapi sahih angka itu hanya RM1,000.

Logikkah nilai bayaran itu. Apakah kelabaan yang diperolehi oleh peguam berkenaan dengan pendakwaanya itu. RM1,000 tidak padan untuk beliau membeli kotak untuk menutup mukanya dari diludah oleh pendokong Anwar kerana kesal dengan tindakannya mengadakan road show menjelaskan butiran perbicaraan.

Inilah yang berlaku dalam negara "tigatujuhkosongsatutujuh".

Dan terbaru mengenai 1MDB, menurut maklumat daripada Pakatan Rakyat kerajaan bersetuju untuk menyuntik sebanyak RM900 juta lagi modal tambahan kepada syarikat pelaburan milik Kementerian Keewangan itu. Keputusan itu dibuat dalam kelambu sahaja dan kebenayakan menteri parang tumpol tidak diberitahu.

Pelikkan menurut dua menteri parang tumpol, syarikat itu tidak rugi dan berdaya maju, bahkan ada wang lebih dari kepulauan Cayman, tetapi alih-alih RM900 juta lagi modal tambahan disuntik.

Inilah kepelikan dan keganjilan negeri "tigatujuhkosongsatutujuh". Hayalah... [wm.kl.1:34 pm 11/03/15]


1 comment:

Nik Fitrie Shah said...

Slps ni semua mangsa rogol dn liwat blh mngunakn khidmat peguam dgn bayaran Rm 1000 + pekej roadtour skali.