Tuesday, March 17, 2015

Sebarang risiko dari hudud Ahmad, Mohd Amar kena bertanggungjawab

RENUNGAN MALAM                                                                                       

Saya rasa dalam Pas orang yang paling membuak-buak untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini ialah Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebagai ulama yang faqih agama Allahyarham cukup fahaman kepentingan dan kewajiban mengenai hukum hudud. Kalau boleh disebut dan ditambah, hudud berada dalam urutan keenam dalam rukun Islam, selepas menunaikan Haji ke Makkah.

Sebab itu pada tahun 1993 satu Enakmen Syariah Jenayah II dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan setelah tiga tahun Pas memegang kerajaan. Kesegeraan itu menunjukkan komitmen almarhum kepada hudud. Tetapi mengapa sehingga beliau berhenti menjadi MB, hukum hudud tidak dilaksanakan di Kelantan. Apakah kegagalan itu disebabkan kerana wujud sedikit kecacatan dalam enakmen itu seperti hendak dibaiki besok. Ataupun kelengahan itu adalah strategi politiknya?

Saya tidak fikir kalau kelengahan itu kerana kecacatan atau kelemahan enakmen tersebut, yang ingin diperbaiki pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan esok. Kalau ianya kerana itu masakan Tokguru tidak terfikir dan dinasihati melakukan pindaan? Bagi saya bukan kerana kecacatan itu, sebalik kelenggahan itu adalah strategi siasahnya.

Allahyarham walaupun ada kalanya tegas dalam politik tetapi beliau mendengar pandangan daripada rakan-rakan yang lain juga. Beliau tidak bertindak melulu dan pakai kepalanya seorang diri.

Apabila ditanya kenapa hudud masih tidak dilaksanakan, Tokguru pernah menggunakan alasan kerana takut kepada surat amaran diberikan oleh Dr Mahathir Mohamad. Mahathir semasa jadi PM telah menghantar surat memberi peringatan kepada kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud kerana bagi Mahathir enakemen hudud Pas itu tidak adil.

Sejajar dengan araman itu diterjemahkan, sekiranya kerajaan melaksanakan juga hukum hudud menyebabkan satu keburukan mungkin berlaku kepada kerajaan Kelantan. Apa yang diterjemahkan pada masa itu ialah, kononnya Mahathir akan mengambil tindakan sehingga meMAGARANkan kerajaan Kelantan dan tindakan ini merugikan perjuangan Pas.

Kejadian 37 tahun lampau dimana kerajaan Kelantan pernah diletakkan dibawah pemerintahan Darurat menakutkan Pas Kelantan dan juga Tokguru. Jadi bagi mengelak kemungkinan tindakan diambil itu maka surat Mahathir itu dijadikan alasan? Maka hudud dilengahkan. Apakah Tokguru lebih tunduk kepada surat ugutan Mahathir daripada perintah Allah? Oh tidak.

Tindakan itu semua alasan dan strategi bagi mengelakkan terjadi sesuatu yang boleh memburukkan keadaan Pas dan kerajaanya. Benar atau tidak apa yang ditafsirkan itu, ia menunjukkan Tokguru mengambil peduli kepada implikasi yang bakal menimpa Pas. Jadi beliau sedia menangguhkannya untuk beberapa waktu hatta terpaksa berdosa(?) dengan kelewatan itu.

Mengapa dalam situasi hari ini, dimana Pas boleh berlaku perpecahan sesama sendiri gara-gara hudud ia "diterak" hendak dilaksanakan juga. Kenapa tindakan bijaksana penangguhan seperti pernah diambil Nik Aziz itu tidak dibuat? Apakah Pas Kelantan mempercayai kepada ikrar Umno untuk menyokong hudud maka peluang itu diambil?  Dan Pas Kelantan langsung tidak menaruh kebimbangan kepada rakanya sendiri. DAP dan PKR tidak memberi persetujuan ke atas nawaitu Pas itu. Bagi saya ketidaksetujuan PKR dan DAP itu lebih bahaya daripada surat ugutan Dr Mahathir.

Persoalan ini tersimpul dalam kepala mereka yang menguasai kerajaan Kelantan kini. Cuma satu perkara saya ingin tegaskan bahawa pindaan Perlembagaan bagi membolehkan hudud dilaksanakan tidak mungkin akan tercapai di peringkat Parlimen. Alasan dan fatkanya jelas, Pas kalau pun bersama Umno tidak mampu mendapat sokongan 2/3 di Parlimen. Kalau ini berlaku itulah saya katakan Pas tidak ubah akan jadi seperti Lebai Malang, yang dikendung berciciran yang dikejar tidak dapat.

Apakah gara-gara pembentangan enakmen berkenaan esok akan meretak kemudian membelahkan hubungan Pas dengan komponen Pakatan Rakyat lain? Kita harap tidak sampai ke tahap itu. Bagaimana pun sama-sama kita tunggu. Dan sekiranya musibah itu berlaku maka Ahmad Yaakub bersama timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah perlu mengambil tanggungjawabnya. [wm.kl.9:26 pm 17/03/15]

6 comments:

Asrul Sani said...

Saya rasa jawapannya mudah. TGNA cerdik orangnya, manakala Nik Amar kureng.....

yeop_sepet said...

Salam.

Sy sgt2 berminat dgn rang undang2 hudud ini serentak di kala najib sedang tenat menjawab skandal2 kewangan. Adakh sudah ada percaturan dalaman antara pas dan umno yg membelakangi presiden?

UNCLE RAMLI said...

Tidakkah rakyat Kelantan merenung sikit selama lebih kurang 20 tahun PAS mentadbir Kelante, apakah kemajuan bermakna yamg telah dicapai?
Apakah negeri'serambi mekkah'dengan yakin bahawa tambahan satu lagi undeng-undeng jenayah Islam yakni Hudud boleh meningkatkan lagi tahap sosioekonomi dan moral rakyatnya? Negeri Kelante banyak isu antaranya kemiskinan,kadar penceraian yang tinggi,tiada pembangunan di banyak daerah dan mukim, masalah anak muda, sistem pendidikan sekular yang baik tidak serata di keseluruhan mukim dan paling baru sekali terdedah dengan bencana alam yang boleh memiskinkan ramai lagi rakyatnya. Jadi apalah sumbangan hudud dalam menanangi isu-isi ini. Betul hudud datang dari Allah, namun implementasikannya mesti dari manusia yang mesti ada kemahiran urus tadbir dan ilmu pemgetahuan modem kerana kini era moden. Apakah sudah ada barisan atau tim pelaksana atau ada barisan ulama dan mullah untuk merealisasikannya? Barisan ulama dam mullah di kebanyakan negara Islam tiada skil atau kemahiran urustadbir negara, ramai mereka petah beralquran dan hadis, saban hari mengingatkan akan kebesaran Allah.....sebab itu banyak negara Islam banyak mundur.
Seperti kata MSO, hudud sulit boleh melepasi halangan parlimen dan tidak kah lebih baik PAS fokus tenaga bagaimana nak sisihkah kerajaan UMNO dan gantikan dengan satu alternatif baharu kerana UMNO lebih mengkayakan elit daripada rakyat majoriti sejak 60 tahun sudah.Lagi pun PAS kena sedar bahawa UMNO memang nak klentong dia kali kedua ni.

bat8 said...

Tuan MSO

1. Ambo setuju dengan firasat tuan mengapa Almarhum TGNA menangguhkan perlaksanaan hudud di Kelantan. Kita jangan lupa apa yang terjadi kepada hudud yang sama di Terengganu. Sultan Terengganu telah memperkenankan hudud Terengganu dalam tahun 2001. TGHH selaku MB mempunyai 2 1/2 tahun untuk melaksanakan tetapi beliau berdiam diri s3hingga PAS bungkus dalam PRU 14. Mengapa dalam kekalutan hendak melaksanakankan di Kelantan, tindakan TGHH semasa menjadi MB tidak dipeesoalkan.

2. Kerajaaan Kelantan pimpinan DAY dan Nik Amar bereikap begitu angkuh dalam melaksanakan hudud di Kelantan. Mereka " kemuk" enakmen ters3but tak mahu orang tahu. Mereka " susuk" rapak jik.

Sepatutnya mereka faham apabila di bentangkan di pa4limen nanti mereka memerlukan sokongan MP-MP muslim merentasi parti. Sokongan mereka hendak tetapi mereka tidak berusaha untuk memberi penerangan kepada MP-MP ini t3ntang hudud dan private bill yang mereka bentangkan di parlimen nanti.

Sebaliknya mer3ka bersikap angkuh d3ngan menuntut semua MP muslim menyokong mereka. Mereka angkuh kerana mereka menggunakan nama Allah untuk mengugut MP-MP muslim menyokong mereka.

Amat tak patut......

Radzi Idris said...

Maknanya selama 23 tahun Pas tipu rakyat malaysia yg mahathir penghalang utama pelaksanaan hudud... akhirnya terbongkar juga tipu daya Pas selama ni. Dok canang satu dunia mahathir yg dok halang. Kalau pun sebab politik tetapi sebagai parti memperjuangkan islam takkan tergamak tipu rakyat demi kepentingan politik? Terbukti Pas mengamalkan politik machievellin. Matlamat menghalalkan cara. ALLAH maha berkuasa. Baru je berapa hari TGNA meninggal dunia akhirnya dgn sendiri terbongkar rahsia politik Pas. Rasa komen ni takkan disiarkan. Seperti biasa.. mso hanya suka komen yg mengutuk umno bn. Kalau mengiyakan tulisan mso lagi la mso suka dan tentu akan disiarkan

arjuna gegap gempita said...

Barakallah..
Sesungguhnya, apa yg saudara nukilkan adalah sama dgn pandangan sy yg tak seberapa ini..
Demi kelangsungan PAS di pentas politik dan rakyat yg dahagakan perubahan pemerintah, adalah lebih bagus jika PAS mengkaji semula agar tidak terkena lagi drpd UMNO..
Masih lupakah?