Tuesday, March 17, 2015

Tindakan 17 Ahli jawatan kuasa Pas Batu tidak untung

ULASAN ISU                                                                                                  

Saya sependapat dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad yang menyifatkan tindakan 17 Ahli jawatankuasa Pas kawasan Batu termasuk Yang Dipertuanya, Ishak Surin mengumumkan "mufarakah" daripada kepimpinan Abdul Hadi Awang sebagai presiden Pas satu tindakan luar biasa dan "tak berpelembagaan".

Saya sudah mengulas sedikit perkara itu dalam Facebook, tindakan Pas kawasan Batu itu tidak memenuhi kehendak perlembagaan. Tidak ada mana-mana peraturan dalam perlembagaan parti Pas menyatakan atau menyediakan peruntukan tindakan sedemikian. Jadi tindakan 17 Ahli jawatankuasa Pas Batu itu benarlah sebagai "tindakan batu".

Seperti mana kata Ishak Surin, tindakan itu kerana kecewa dengan kegagalan Abdul Hadi selaku presiden yang gagal untuk menyelesaikan beberapa isu berbangkit dalam parti berkenaan. Benarlah, kalau Ishak dan sesiapa juga berasa kecewa kerana, kerana nampak sangat kelemahan Ahli Parlimen Marang selaku presiden Pas, tetapi untuk memperbetulkannya bukan begitu caranya.

Sebagai sebuah jawatankuasa yang tertakluk kepada perlembagaan parti, maka ia wajar mematuhi atau bertindak sejajar dengan kehendak perlembagaan. Benar, ada keperluan untuk mufarakah (meninggalkan) imam dalam sembahyang tetapi tidakan itu tidak tepat sebagai sebuah komiti yang ada peraturannya sendiri.

Ishak menggunakan alasan ada keperluan atau dibenarkan (wajib) meninggalkan imam yang batal dalam sembahyang sebagai menjustifikasikan tindakan 17 Ahli jawatankuasa berkenaan.

Tetapi tindakan diambil itu satu tindakan yang merurugikan dan lebih kepada tindakan orang yang kecewa serta berputus asas. Betapa pun kalau mereka kecewa dengan Abdul Hadi bukan begitu tindakan yang perlu diambil ia seharusnya profesional.

Mereka harus kekal dalam komiti parti dan perlu mengambil keputusan kalaupun untuk menyingkirkan Abdul Hadi dalam mesyuarat yang berperaturan. Misalnya mereka boleh mengemukakan calon lain sebagai presiden. Dengan cara itu mereka menyatakan ketidaksetujuan kepada Abdul Hadi.

Apa dibuat oleh Pas kawasan Kota Bharu, Parit Sulong, Batu Sapi dan Kota Tinggi, adalah sewajarnya didikuti loleh Pas kawasan Batu. Pas kawasan berkenaan juga tudak suka dengan presiden, kerana kalau mereka suka dan bersetuju dengan Abdul Hadi mereka akan mencalonkan Hadi sebagai presiden.Tetapi Pas kawasan-kawasan itu tidak berbuat demikian.

Bagi saya tindakan itu tidak bijak dan satu tindakan yang merugikan dan akan digelak. Apabila tindakan mufakarah diambil, mereka telah tidak mempunyai kuasa lagi dalam Pas Batu, bermakna mereka tidak dapat membuat pencalonan dan juga mengundi dalam muktamar. Bukankah itu merupakan satu tidakan yang merugikan.

Dari sudut lain tindakan mereka "meninggalkan" tanggungjawab parti itu sebagai tidak bertanggungjawab kepada tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pelaksanakan perintah-perintah dan amanah parti diperingkat kawasan. Mereka sepatutnya kekal menjalankan tugas parti sehingga habis tempoh perlantikan mereka.

Disebabkan tindakan mufakarah itu tidak mengikuti kehendak perlembagaan dan satu tindakan luar biasa, mungkin Ishak Surin bersama 16 Ahli jawatankuasa lain boleh memikir semula tindakan mereka itu, memufarakahkan semula keputusan mereka. Walaupun mereka mengakui sudah mufarakah tetapi dari segi perlembagaan kuasa mereka sebagai penanggungjawab kawasan Batu masih kekal.

Apakah mereka akan menjilat balik keputusan tidak perlembagaan itu? Rasanya tidak.

Mengambil iktibar atas apa yang dilakukan Pas kawsasan Batu itu, mudah-mudahan ia tidak akan ditiru oleh mana-mana Pas kawasan lain yang tidak suka dengan Abdul Hadi Awang. Tindakan biarlah profesional dan kalau pelik sangat keberkesanannya kurang. [wm.kl.10:13 am 17/03/15]
Post a Comment