Saturday, April 25, 2015

Najib tidak mudah jatuh dengan luatan Mahathir

ULAS ISU                                                                                                            

Hari ini berlangsung apa dinamakan Bicara Negarawan yang menampilkan Dr Mahathir Mohamad sebagai pembicaranya. Ia berlangsung kira-kira 1.5 km dari rumah saya di Taman Melawati. Apa yang berlaku hari ini, mengingatkan saya apa yang berlaku kira-kira sembilan tahun lepas di tempat yang sama.

Mahathir Mohamad
Di situlah Mahathir di undang untuk memberi ucapan dan bersoal jawab dengan orang ramai mengenai kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Di situlah beliau menyindir dan membelasah Abdullah. Ia juga dianjurkan oleh individu yang sama yang berselindung disebalik nama NGO yang lain.

Hari ini maksud dan tujuan sama juga berlaku, hanya bezanya orang yang menjadi sasaran Mahathir, ialah Najib Razak bukan Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin Mahathir terbawa rasa syok dengan serangan siang malam beliau kepada Abdullah menyebabkan akhirnya Abdullah melepaskan jawatan perdana menteri secara terhormat.

Mahathir puas apabila Abdullah berundur. Dan dia puas apabila orang yang beliau cadangkan diambil oleh Abdullah sebagai timbalan (Najib) menjadi perdana menteri. Sayangnya panas tidak sampai ke petang, belum sampai 10 tahun Najib jadi PM, Mahathir membina masalah dengan Najib. Dia tidak mencapai apa yang diimpikan dengan pengunduran Abdullah itu, bahkan kenaikan Najib makin memarahkan jiwanya.

Membaca laporan kupasan dan jawaban Mahathir dalam program itu ia menggambarkan akan kekecewaan yang amat sangat bekas presiden Umno Baru itu kepada kepimpinan Najib. Mahathir seakan sudah habis ikhtiar dan kecewa dengan Najib yang masih mempertahankan kedudukannya dan enggan berundur walaupun beliau kini dilanyak olehnya.

Apa yang dibangkitkan Mahathir hari ini, beliau mengulangi akan alasan-alasan dan sebab-sebab kenapa dia mahukan Najib berundur seperti mana dicanangkan selama ini. Mahathir juga dilaporkan membangkitkan akan budi dan jasanya menaikkan Najib ke tempat hari ini. Apabila soal budi pun dijadikan modal untuk mencincang Najib ini dikira teruklah.

Perkara yang dibangkitkan Mahathir untuk menghuduhkan Najib ialah mengenai isu 1MDB, pembunuhan Altantuya Sharriibuu, dan paling baru Mahathir turut mempertikaikan sifat boros yang diamalkan oleh isteri Najib, Rosmah Mansor. Apabila Mahathir turut mengusik Rosmah, nampaknya Mahathir turut sama menyentuh isu peribadi Najib.

Mengenang rasa kecewa Mahathir yang gagal untuk menurunkan Najib itu, saya teringat kepada doa arwah bekas Presiden Pas, Fadzil Mohd Noor yang mahukan Mahathir dipanjang umur oleh Allah untuk membolehkan Mahathir melihat dan merasai hukum karma Allah kepadan atas apa-apa kesilapan dan kejahatan yang dilakunya semasa menjadi PM.

Nah, apa yang berlaku hari ini, kesakitan jiwa Mahathir terhadap Najib merupakan salah satu apa yang ditunjukkan Tuhan kepadanya seperti mana yang didoakan oleh Allahyarham Fadzil Noor itu. Hari ini Mahathir sedang diserang oleh sakit jiwa kerana ulah yang beliau lakukan selama ini. Mahathir juga memperakui bahawa pilihan beliau sebagai penggantinya selama ini silap. Beliau kesal kepada Abdullah dan Najib.

Mahathir mengakui kesilapan itu tetapi tidak pernah apologetik kepada dirinya sendiri atas kekejamannya kepada Anwar Ibrahim. Sebenarnya kesilapan Mahathir bukan sahaja mengangkat Abdullah sebagai PM dan menulis surat kepada Abdullah agar memilih Najib sebagai timbalannya, tetapi kesalahan besar beliau ialah bertindak memecat dan menganiaya Anwar Ibrahim.

Mahathir sepatut sedar hal ini dan dia juga perlu menerima bahawa Tuhan hanya memberi pelaung kepada seseorang itu tidak lebih daripada dua kali.

Mengenai usaha untuk menyingkirkan Najib itu, saya tidak fikir ia semudah apa dilakukan kepada Abdullah. Najib kandati nampak lembek tetapi dia sebenarnya keras. Abdullah berundur kerana bekas PM ke-5 itu ada moral dan integriti tersendiri. Abdullah ada rasa malu dan hormat atas desakan awam, tetapi tidak dengan Najib. Najib sebagai anak bangsawan tidak mudah bersikap seperti Abdullah kerana pengalaman dilalui Abdullah itu akan diguna pakai oleh Najib.Perlu diingat Abdullah adalah cucu ulama yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi.

Kelebihan Najib selain daripada dia mempunyai sokongan agar umbi yang kuat, Najib juga ada seorang isteri yang kebal yang memainkan peranan memperkukuhkan Najib. Suka atau tidak, sayang atau benci, hakikatnya Rosmah adalah pembantu dan pendokong baik kepada Najib. Atas alasan dan hujah itu saya melihat sukar untuk Mahathir melihat Najib akan ikut pelan penguduran yang dicadangkan Mahathir.

Mahathir katanya telah membentangkan pelan pengunduran untuk Najib, pada Jun depan. Yakni ada dua bulan lagi. Orang yang ditunjuk untuk mengambil alih tempat Najib ialah Muhyiddin Yassin. Saya yakin kepada apa dinyatakan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Mahathir tidak mempunyai power untuk menjatuhkan laki Rosmah.

Ertinya selagi Mahathir mengharap Najib dijatuhkan secara nature dalam Umno beliau tetap akan kecewa, kerana ahli Umno kini yang sudah diternak dan diberi makan oleh Najib sesekali tidak mudah untuk mematuk tangan Najib dan Rosmah. Bagi kebanyakan ahli Umno khasnya ketua-ketua bahagian dan wakil rakyat BN sudah cukup selesa dengan apa yang ada kini, maka mereka tidak akan derhaka. Ular sawa kalau sudah kenyang ia akan tidur.

Harapan Mahathir kepada Muhyiddin untuk mengambil alih tempat Najib juga tidak cukup power kalau pun Muhyiddin ghairah untuk jadi PM. Maksudnya Muhyiddin tidak mempunyai pengaruh yang kuat peringkat akal umbi dalam Umno untuk menjadi pelantar kepada kenaikkannya. Muhyiddin juga perlu berwaspada dan jangan ikut sangat kehendak dan arahan Mahathir.

Sejujur saya kata kalau Mahathir ingin menjatuhkan Najib secara nature dalam Umno beliau harus berkolobrasi dengan Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden yang mempunyai pengaruh yang luas. Dan kalau mahu menjatuhkan Najib di luar Umno, beliau harus berpakat dengan Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim.

Soalnya apakah Zahid bersedia menjadi cinta buta kepada Dr Mahathir? [8:12 pm 25/04/15]

6 comments:

bat8 said...

Tuan

Setuju dengan tuan. Jawatan Presiden UMNO adalah jawatan paling kebal dalam dunia. Jawatan tersebut telah diperkuat, diperkasa dan ditempa selama 22 tahun oleh pengasasnya, agar kukuh selama-lamanya.

Jika TDM gagal dia akan kecewa kerana dialah yang menciptakan jawatan tersebut dan dialah yang meletakkan najib dikedudukan paling kuat sekali dan tak mungkin akan jatuh.

rashsid said...

teringat kata2 madey dulu bila ditanya tentang anwar...saya tidur lena..xde masalah...skarang nk tidur guana..nk berarak kehulu ke hilir..tabur fitnah lagi

Ahlul Bayt Rasulullah SAW said...

Sememangnya sudah tertulis kemungkinan besar teori RAHMAN tu berakhir dgn Najib sbg PM terakhir, dan pastilah PM terakhir ini akan mengetuai peperangan yg terakhir bg Umno BN-GST pd PRU-14 nanti.

Sepatutnya kita bergembira kerana Najib tidak akan turun sehingga PRU-14 nanti, ini insya'Allah akan memudahkan kerja pembangkang.. ataupon Allah telah memberi jalan kpd kita pembangkang utk menang dlm PRU-14 nanti dgn adanya terlalu byk, saratnya isu2 yg mengelilingi najib, dan isu2 yg akan timbul lg sebelom PRU-14. Isu GST adalah yg paling terasa oleh rakyat yg mungkin jd penentu hidup mati BN-GST.

BN-GST mem-BaNGSaT-kan (memiskinkan) rakyat

Labu8455 said...

Berapa Najib bayar ?

mohd sayuti omar said...

Apabila orang bodoh sesekali komen ingin juga dilepaskan untuk dinilai oleh semua. Inilah sindrom bangsa Melayu.

MNA said...

Datuk Seri Najib akan terus kukuh. Satu faktornya kerana masyarakat Cina di negara ini lebih suka dengan cara Najib yang memberikan kebebasan kepada mereka seluas-luasnya. Pusat perjudian berleluasa hatta di daerah kecil seperti Tenom. Penjualana nombor ekor haram bukan sahaja terhad di pekan sahaja bahkan pusat dan agen mereka terdapat di kampung-kampung. Pendek kata masyarakat peniaga ini diberikan ruang seluas-luasnya untuk mencari duit dengan pelbagai cara.
Kemarahan rakyat Melayu dan bumiputera terhadap cukai gst itu hanya sekejap sahaja. Mereka akan lupa sebelum PRU14. Pada waktu itu nanti harga getah dan sawit akan melambung tinggi agar para petani ini dibuai mimpi indah dan terus menyokong BN. Selepas PRU14 nanti harga komoditi pertanian ini akan terus jatuh dan begitulah kitaran tindakan kerajaan BN agar rakyat negara ini alpa dan terus menyokong mereka. Maklumlah Melayu mudah lupa kata Tun Mahathir.