Kuah Tentulah Tumpah Ke Nasi...
EWAH... hebat juga kawan kita bernama Mohammad Ezam Mohd Noor ini. Ada iras-iras macam bekas bosnya Anwar Ibrahim saja. Menerusi kenyataan internet yang dikeluarkan hari ini menerusi blognya yang dipetik oleh protal berita, Ezam memberi tahu beliau akan melawat beberapa buah negara Asean sehari dua ini.
Tujuannya ialah untuk memberi tahu kepada rakan-rakannya di negara berkenaan berhubung keputusannya memohon untuk menyertai Umno semula minggu lalu.
Sekembalinya nanti beliau akan memberi kenyataan. Kenyataan apa? Apakah kena mengenanya kemasukan semula beliau dalam Umno dengan hubungan serantau? Umno adalah sebuah parti yang sudah diketahui umum akan hala tuju dan perjuangannya.
Apakah dengan keputusan Ezam menyertai semula Umno itu parti itu akan mengalami perubahan dan reform yang menyeluruh? Hebat Ezam... beliau meletakkan dirinya dalam keadaan itu dan menjadi public figure yang tersohor kini. Mungkin sehari dua ini Ezam begitu seronok dengan kehadiran para wartawan dan jurugambar pada setiap sidang akhbarnya.
Kuah kalau tidak tumpah ke nasi ke mana lagi? Begitu jugalah dengan gaya dan lagak Anwar Ibrahim selepas dipecat dari Umno dulu.
Beliau sering keluar negara kemudian balik membuat kenyataan. Sebelum balik tukang tetuang Anwar akan melaungkan kononnya Anwar akan membuat pengumuman penting. Walhasilnya tidaklah ada apa-apa melainkan kritik kerajaan. Mulanya berderu rakan dan kawan menunggu di airport lepas itu makin susut dan lama kelamaan terus surut.
Sikap Anwar itu menyebabkan sesetengah pendokong reformasi merasa 'cemui' dan muak dengan gelagak itu. Dan ada yang meninggalkan perjuangan Anwar kerana kurang senang dengan sifat demikian.
Apakah Ezam juga akan berbuat demikian? Nampaknya begitulah selagi Umno tidak memberi apap-apa tugas khas kepadanya. Ezam akan berulang alik ke Bangkok, Jakarta, Manila dan mana-mana lagi. Para wartawan dan jurugambar pun akan bergegas untuk mendengar berita dari Ezam. Lama kelamaan wartawan dan jurugambar pun merasai cumuh macam mereka cemuh kepada Anwar dulu, maka tinggalkan Ezam terkontong kanting bersendirian mengetik kuku di koridor impian.
Untuk tidak membiarkan Ezam ke hulu ke hilir elok kalau Umno memberikan apa-apa jawatan kepada Ezam segera. Tambat Ezam di mana-mana! Tidak payahlah ke luar negara kemudian balik buat kenyataan yang bunyi hebat tetapi bernilai tin kosong saja. Saya rasa tidak ada apa kepentingan parti baru Ezam itu dengan dunia luar.
Sebaliknya apa yang dunia luar hendak tahu kini bilakah Pakatan Rakyat akan mengambil alih kuasa? [wm.kl 5:00 pm 03/06/08].
4 comments:
Salaam,
Hamba setuju dgn MSO mengenai pekara ini.
walaupun pada mulanya langkah ezam ini nampak heran bin ajaib, tp setelah di mikroskopkan barulah nampak sket hawa2nya. mungkin Anwar akan masuk umno utk mudahkan dia jd pm kemudian bertanding pd pemilihan kali ini atau bermacam2 lagi andaian lain.
Assalamualaikum.........
Saya cuma terasa pelik dengan saudara (MSO), kekadang saya rasa seperti saudara pro pembangkang tapi pada masa yang sama saya rasa saudara pro kepada pihak pemerintah. Tentang Ezam pula, bila disebut tujuan kemasukannya adalah ikhlas. Sukar untuk saya mempercayai keikhlasan Ezam. Lebih-lebih lagi 'ikhlas' politikus, tanpa 'sesuatu' saya pasti Ezam takkan menyeberang jambatan ke sebelah 'sana' yang lebih bergelora. Walaupun Team Ezam kali ini tak sama dengan team 10 budak hitam dahulu, tetapi team kali ini merupakan mereka-mereka yang kecewa dengan Anwar dan merasa diketepikan Anwar. Apapun Ezam, tepuk dada tanya selera, tepuk hati tanya Iman.
ezam mungkin sudah terbiasa dengan cara anwar memandangkan dia bekas anak didik anwar. kehadiran ezam kembali ke UMNO ada pro dan kontranya. UMNO mungkin perlu memberi peluang sebagaimana PR menuntut rakyat memberi mereka peluang memrintah. Namun dalam masa yg sama ezam harus diperhati dan dipantau untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuklah kemasukan anwar. wallahualam.
Post a Comment