MULANYA Murai nak terbang pergi ke Ipoh Perak mahu melihat apa yang sedang berlaku di sana. Tetapi kerana terlalu letih, al maklumlah semalam sehari suntuk mengikuti perkembangan di mahkamah, jadi tak larat pula.
Tujuan Murai nak ke sana ialah nak lihat apakah jadi dengan Zambry dan enam orang Exconya. Sebenarnya nak tenguk muka mereka macam mana. Tentuh sedih kok!
Murai ingin tahu juga apakah telatah Zambry selepas ini. Apakah dia redha dengan apa yang berlaku dan menerimanya dengan tenang seperti mana diucapkan itu? Kalau begitu baguslah itulah pemimpin sejati yang tertakluk atas takdir Tuhan Yang Maha Berkuasa. Hari ini hari kita esok belum tentu hari siapa.
Di sini teringin juga Murai nak tanya, apakah Zambry dan Exconya tidak mahu bersidang di bawah pokok, tiru macam Nizar Jamaluddin dulu. Carilah mana-mana pokok yang rendang dan ada sedikit tanah lapang di depannya untuk dijadikan tempat bersidang.
Eloknya pokok itu tepi sungai Perak sebab kalau kepala panas boleh terjun ke dalam sungai untuk menyejukkan badan. Cuma Murai nak ingatkan mana-mana ahli yang tak pandai berenang jangan terjun nanti kojol.
Lagipun Zambryu juga ada speakernya sendiri, Gensesan. Sidang Dewan juga boleh dibuat dan putuskanlah apa-apa keputusan yang perlu. Manalah tahu kalau berkat persidangan di bawah pokok itu Zambry boleh kembali menjadi Menteri Besar Perak.
Murai cadangkan selepas itu Zambry bolehlah pasang plak di bawah pokok itu menandakan berkuburnya kerajaan UBN. Kalau Nizar Jamaluddin dan kerajaannya merobohkan plak itu bolehlah Zambry menjual serpihannya macam kerajaan Pakatan buat dan wang itu dimasukkan ke dalam tabung UBN.
Bukan apa Murai nak tahu apakah ada orang sanggup membeli serpihan plak kerajaan UBN itu semahal harga serpihan plak kerajaan Pakatan yang dibeli dengan harga RM43,000.
Dan Murai juga suka kalau Zambry berbuat demikian kerana Murai ingin catatkan dalam blog ini bahawa di Perak ada dua batang pokok demokrasi dan kerajaannya pula bertukar ganti!
Murai: Hanya ada daun-daun demokrasi yang semakin kering.
1 comment:
heheheh kelakar betul la murai ni. nak pecah perut aku gelak :-)
terbayang pula saya kalau betul la zambry & geng bersidang sambil bersila ramai2 bawah pokok tepi sungai perak. hehheh... mesti nampak mcm picnic kan?
bulehla panggil ganesan minta dia bawakkan bekal kari ikan dan capati...
Post a Comment