Wednesday, May 27, 2009

Politik Studio

Cerita Sebenarnya di Studio TV9

SEBANGKIT dari tidur sore, saya menerima call dari dua orang yang berada di studio TV9 di Seri Pentas malam tadi yang mengikuti dan terlibat secara langsung dengan rancangan Hujah.

Kedua mereka menelefon saya setelah membaca apa yang saya ulas mengenai hujah yang tidak jadi itu dalam blog saya – perihal Naib Presiden Pas, Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid hamidi yang takut untuk berhujah antara satu sama lain.

Kedua pemanggil itu menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya. Mereka mungkin merasakan perlu memberi gambaran keadaan sebenarnya memandangkan apa yang saya tulis dalam blog itu tidak memberi latar yang berlaku di studio malam tadi. Laporan mereka itu melengkapkan insiden 'lawak bodoh' yang berlaku malam semalam.

Menurut pemanggil pertama, Husam bin Musa memang hadir di studio malam tadi. Dia masuk dalam studio dan sempat bersalam dengan Ezam Mohd Noor. Kehadiran Husam itu menggembirakan pihak penerbit kerana mengira dia akan menyertai rancangan itu.

Bagaimana pun apa yang berlaku sebaliknya, dia enggan berhujah dengan Ezam Mohamad Noor yang mengganti tempat Zahid dan mahukan kepada Zahid juga.

"Saya merasa pelik dengan Husam, dia hadir tetapi tidak mahu berhujah, dia tunggu Zahid juga,” kata pemanggil itu hairan dengan sikap Husam. Cara pemanggil ini mengadu seolah dia mahukan penjelasan daripada saya mengenai sikap si baju petak-petak merah ini. Dia merasakan ada kejanilan yang amat sangat dengan telatah Husam.

Kata pemanggil itu Husam enggan berhujah dengan Ezam kerana Ezam tidak setanding dan setaraf dengannya. Apa yang beliau hairan ialah kenapa beliau enggan berhadapan dengan Ezam... tetapi datang ke studio. "Ini yang memelikkan dan membingungkan,” katanya.

"Apakah dia nak tunjuk yang dia berani?" soal pemanggil itu lagi.

Manakala seorang lagi pemanggil yang terlibat dalam mengaturkan rancangan itu turut melahirkan rasa kesal dan dukacita yang amat sangat dengan telatah Husam malam tadi. "Saya tidak pernah berhadapan dengan suasana seperti ini, saya sungguh malu,” kata pemanggil itu.

”Kalau you adalah, you akan cengkik dia....” ujarnya geram dan tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya. Menurutnya juga selama ini dia hormati Husam sebagai seroang pemimpin tetapi dengan perangai yang ditunjuki malam tadi, rasa hormat itu sudah hilang, musnah!

"Dia berdalih, katanya dia tidak tahu menahu mengenai pembatalan Zahid itu. Itu bohong sebab dua hari sebelum itu kita sudah pun memaklumkan kepadanya. Kita pastikan samada dia hendak datang atau tidak, sebab kalau dia tak nak kita nak panggil Mat Sabu...” ceritanya lagi.

Anihnya dia kata dia bersedia untuk berhujah dengan Ezam, sebab itu kita buat persediaan. Dan promo mengenai rancangan ini dibuat sebanyak 10 kali di tv3 di mana panelnya dia dengan Ezam. Jadi kata pemanggil itu tidak timbul kalau hal itu dia tidak tahu. Bohong...

Lagipun menurut pemanggil itu lagi dia (Husam) sendiri sudah hantar surat kepada Zahid agar datang dan memberi tempoh hingga pukul 7:35 malam. Apabila Zahid tidak respon bermakna Zahid tidak mahu hadir, jadi tidak payahlah beliau hadir kalau setakat hendak menunjukkan keberanian tetapi penakut untuk masuk gelanggang.

Menurut pemanggil itu lagi apa yang ganjil dan anihnya Husam datang membawa Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Yunus dan minta agar Nazree berhujah dengan Zahid. Dia buat TV9 macam TvPas sahaja boleh ubah prgoram ikut suka hati. "Apakah dia benar-benar profesional ke?" tanya pemanggil itu.

Katanya dia kesian kepada Nazree datang dengan mengempit diari untuk berhujah tetapi dimainkan Husam. Dia cuba nak dijadikan bidan terjun oleh Husam. Mungkin tujuannya nak malukan Ezam kerana Nazree adalah anak buah Ezam sendiri.

Apabila strateginya itu tidak menjadi dia tinggalkan Nazree begtu saja, tanpa dipedulikan, kata pemanggil itu.

Pemanggil itu menyimpulkan dan simpulan ini tentulah kurang menyenangkan; katanya dengan sikap ditunjukkan Husam itu menyebabkan Pas juga tercemar. Orang akan mula menilai apakah begitu rupanya pemimpin parti Islam.

"Kalau saya menjadi ahli Pas saya tidak akan memberi laluan kepada Husam dia tidak layak untuk jadi pemimpin dan perangainya lebih teruk dari budak-budak," kata pemanggil itu.

Apapun pemanggil itu memberi ucapan tahniah dan syabas kepada Ezam dan Muhammad Agus Yusuf kerana dapat meneruskan juga rancangan hujah malam tadi walaupun ianya seperti mahu disabotajkan oleh Husam. Sedikit sebanyak rancangan Hujah yang berwibawa sebelum ini terjejas imejnya dengan politik murahan orang baju petak-petak merah ini. [jln pahang 10:45 pm 28/05/09]

28 comments:

rozana said...

Inikah ceritanya? Terang lagi bersuluh. Tuan MSO obviuosly nak personal attack kat Husam. Sejahat-jahat pembunuh pun boleh bertaubat, tak kan exco Kelantan lantikan TGNA tak boleh berubah jika ditunjuk-ajar oleh Majlis Syura kelak. Tuan main politik yang tuan cemuhkan itu.
(terpulang nak siar atau tak)

pcbahar said...

Entahlah, pertama kali mendengar nama baju petak-petak merah tu pun hati dah tak minat.. Harap sdr mso teruskan yang benar walaupun ia pahit..

Johor Antique Strores said...

dik rozana,
gi masak kat dapur tu ya..tolong mak hiris bawang.
buka radio dengar cerita pasal USTAZZZZZ hayy hoii lagi baik.
jangan kacau orang orang tua nak berbual.

Ibnu Ali said...

Dari sudut ini, nampaknya sedikit sebanyak tindakan Zahid mengena Husam menjadi. Zahid pun bukan bodoh, hal pimpinan UMNO tarik diri dari berdebat bukan sekali. Malah banyak kali. Jadinya tak pelik di mata rakyat kalau pimpinan UMNO tarik diri.

Tapi kalau pimpinan PAS tarik diri tu pelik. Sebab mendakwa berada pihak yang benar selama ini, tak kesahlah lawannya dari mana dan siapa, maka wajarlah menerima dengan baik jika di situ terdapat 'wasilah' untuk menyampaikan kebenaran, bukan 'wasilah' mendapat ke'glemer'an!

Pimpinan PAS banyak komen Media2 tidak adil memberi laporan. Tapi bila sudah diberi laluan, tak mahu pula hadir!

Baik jadi Maizawati untuk membela diri selama tersepit deka kerana fitnah angkara Akhil Hayy dan Waheeda, menggunakan seluas2nya wadah media untuk menyampaikan 'kebenaran' menurut tafsirannya.

Nampaknya, tindakan Husam memberi kesan kepada perwakilan untuk memilih akan datang. Dan mungkin juga medan politik nasional Husam akan berkubur selepas kalah sebagai Timb Pres nanti.

Aku berdoa, agar Allah menolong Husam supaya sentiasa diberi petunjuk di jalannya. Sebab dia mempunyai kualiti.

Anonymous said...

mintak izin copy saudara,,klu kebenaran patut disebarkan supaya tidak belaku salah sangka.

CheGah GoK said...

sudah la tu tuan..cukuplah..

salam dari jauh,
glasgow city

Amat said...

Salam Tuan MSO,

Apa yang berlaku kepada Sdr Nazree adalah serupa keadaannya seperti kisah Tuan MSO bersama dengan "burung kakak tua" di Indonesia. Adakah perangai tersebut sudah sebati dengan insan berkenaan???
Hanya jauhari yang mengenal manikam.

psychedelicmundo said...

pak sayuti, malang seribu kali malang.ini lah kelemahan PAS. belum pun perintah Malaysia.dah mcm2 hal.saya agak ini lah antara kelemahan PAS yg menybabkan sehingga ke hari ini masih belum dpt perintah Malaysia.saya betul2 xsangke mcm ni perangai Husam Musa ni. sombong dan ckp besar. tapi bile dah terkantoi mcm kes debat dgn khairy dlu baru menggelabah ayam. same jgk mcm kesah burung kakak tua emas di Indonesia tu.tersu kan pak sayuti mengkritik pemimpin seumpama ini. demi kebaikan untuk PAS juga.Takbir

abusyahmi said...

Kenapa harus guna istilah 'orang baju petak-petak merah' dari dulu lagi. Lama saya sudah tertanya2. Adalah lebih baik sekiranya tuan dapat bercakap dengan lebih telus. Ada apa disebalik batu itu sebenarnya ?

Tok Ketua said...

Mungkin dia ada alasan nya sendiri...tapi dari sini sudah nampak yang tuan nie anti kepada seseorang. Kenapa saya kata begitu? Sebab saya sentiasa mengikuti tulisan2 tuan kat sini...

namun apa apa pun teruskan penulisan tuan, bijak pandai ada berkata Pujian itu adalah langkah pertama menuju kehancuran.."

Puyu said...

MSO,

Zahid tak salah nooo..
Husam jugak yang salah..
Nampak sgt hang benci dia pasai Kambing kawan hang dulu tu noo..
Sudah-sudahlah MSO...

Hang tu dah tua.. Tak lama lagi kaput..
Sat lagi dok taboq fitnah, berdosa noo.. Hehe

aku rasa baguih la Husam pi..
Kalau dia tak pi, nnt org kata dia pun 2 x 5..
Dah janji kata Zahid pi..
Dia tunggu Zahid.. bukan Ezam

hang ni nama ja tua..
tapi dungu jugak no..
Tu la.. jangan emosional MSO..
Buruk la org tua bergaduh pasai kambing..
Dok serang dlm blog..

Insaflah wahai MSO..
Ingat tuhan..
Istigfar banyak-banyak..
Jgn emosional..
Aku tgk hang ketib keyboard pun bercelaru.. emo sungguh nooo..

wakaka

aqilfarihin said...

sapa la mamat 2 ekor tu yg tepon mso (si kaki melaga org, perlekeh org)-(mesti aku kena kementot kat mso)...bagus lah tuuu patut 2 ekor tepon la mamat lain!!ramai tul mso ni kenai org ekkk!!malang tul!!sbb makna nyer dunia mengadu domba ni berleluasa lerrr!aku xnampak pon husam salah dlm bab ni!aku sokong husam walau apa alasan nya..siar kan yer!!tq

ZULKIFLI BIN CHE NOH said...

Peranan blogger menjadi pelengkap kepada seni arca politik. Kita kena ingat politik akan jadi menarik dan (berseni) apabila semua sisi dilengkapi. Orang yang berwatak baju petak merah juga perlu ada, blogger berwatak Pak MSO juga sangat perlu ada, watak orang macam zahid, ezam, anwar, dan sebagainya merupakan elemen2 yang menceriakan dan mewarnai politik Malaysia.

Seterusnya, kita sebagai rakyat marhein, perlu bertindak sebagai pengkritik yang aktif supaya seni politik kita tidak cacamerba dan menyakitkan mata sebagaimana di Perak. Selagi boleh Author kita Author, kalu dah tak boleh sangat kita tukar kanvas baru.

Terima Kasih

KEMAHANG said...

Teruskan Pak MSO, walaupun pahit sekurang-kurangnya menjadi ubat buat perwakilan semasa muktamar nanti di Shah Alam. Kita mahukan pemimpin yang sanggup berjuang bersama dengan tenteranya, bukannya pemimpin yang lari bersembunyi semasa perangb sedang berlaku.SYABAS Pak MSO

Unknown said...

Salam, awat hantam teruk teruk Husam tu?
apa ke jadahnya?
hangpa ni org pas ke org umno ni?
suka kacau bilau! suka pecah belah!
semacam jerr!
aku tengok husam ni baguih jerr..
kalau mcm ni susah nak berubah lah pAs dok takuk tu jerlah..
kalau sokong nash tu pun, tak payahlah ngutuk kaw kaw...celarulah!
penyokong ulamak cam ni ke?

Unknown said...

dengan pelbagai nick name aku membantai mso kerana tulisan mso yang kadang kadang bukan berdasarkan tindakan positif lantaran didorong olih sesuatu yang sukar untuk difaham,namun tidak dapat dinafikan betapa blog ini adalah satu blog pilihan.
pada hari ini aku akan ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah,INSYALLAH bila aku kembali ketanah air pada 14 Jun 2009 nanti aku akan dapat lihat mso dapat menghasilkan pengunaan idea pemikirannya dengan idea yang tidak memualkan dan menaip dengan segala prasangka yang baik.aku masih berharap blog ini akan terus mencapai top 3 terbaik.

anti umno said...

kenapa pemanggil tu nak salahkan Husam di sebakan dia tak nak bhujah..sepatutnya Zahid yg kena btanggungjawab dlm pekara ni...sy tak kenal sgt pun siapa Husam yg sebenarnya..mungkin jg attitude dia sama mcm Saiful Bukhari kot bagi sesetengah org menilainya..sbg pemimpin besar mcm Zahid dia patut sertai debat ini bukan sembunyikan diri..kalau bdepan dgn Husam yg kerdil pun dia gentar apatah lagi nak bdepan dgn Yg Esa bila dipersoal ttg tanggungjawab sbg pemimpin..kpd Husam tu boleh di puji jg krn keberaniannya dtg ke lokasi walaupun sesetengah menilainya dia takut bdebat dgn Ezam al Kotakki..di sini siapa yg kecut sebenarnya...dan tak faham kenapa Husam di persalahkan krn 'kekecutan' telor Zahid hamidi...

tpac said...

salam

bukankah pak sayuti sendiri pernah mengalami keadaan 'scapegoat' seperti kes hujah di tv9 nih. sila rujuk cerita dimana husam meletakkan burung di bawah tanggungjawab pak sayuti dan pak sayuti kena bersoal jawab sampai nak digari oleh pak polisi di indonesia. sebelum tuh, husam menyerahkan pak sayuti segompol wang indon bagi tujuan rashuah.

mohd sayuti omar said...

Kepada Encik Batang, saya ucapkan selamat berangkat ke tanah suci Makkah dan Madinah. Kalau sudi sampaikan salam saya kepada Rasulullah s.a.w. dan doakan kesejahteraan saya, rakyat dan negara. Terima kasih atas kritikan dan komen yang sdr lontarkan ke dalam blog saya. Wassalam MSO.

Unknown said...

salam tuan,

berkata lah benar walaupun pahit..tahniah pak sayuti teruskan berkata benar. mmg benar husam mesti dah tahu yang sebenarnya zahid mengantikan ezam..xkanla tv 9 xmemberikan notis. pelik benar si husam ni..kaki pembohong. manakala penyokong2 husam anda pikirla dgn waras si husam ni kaki penipu..

aku xtaula apa akan terjadi dgn parti pas jika husam menang pencalonan. mesti hancur punya dok ikut ckap org luar iaitu anwar..

sekarang ni pun anwarnisme semakin menular..tuan guru pun semakin terpesong selalu sgt memenang kan mereka ni..jgnla akibat nak berpolitik nasib kami org2 melayu makin tersepit dan di pijak2..ada ker patut nak bawak masuk chin peng balik..aduh apa dah jadi ni wahai tok-tok guru ku yang dihormati.jgn terlampau membela mereka..

saya agak sedih kebelakangan ini melihat tok-tok guru yang terlalu terdesak mahukan sokongan dari cina sampai sggup buat kenyataan menguris hati ahli meayu pas di bawah ini..

wasalam.

jon azizul said...

assalamualaikum...

masih ada lagi org yg tak berfikiran seperti manusia. komen mengamuk tak tentu pasal. terima la kenyataan. husam memang tak layak jadi pemimpin pas.

abu muaz said...

Maafla ya bagi aku MSO ini adalah rangkaian Husam juga. Kita semua sudah tertipu.MSO akan kembali selepas muktamar. Misi dia sudah berjaya. Watak-watak dalam penulisannya adalah watak yang sengaja diada-adakan.Berapa ekar dapat kawasan sawit bang?

paknikmuring said...

salam
cerita sebegini tidak merupakan sesuatu yg anih. memang pernah berlaku. kejadian itu...bagi ambo juga merupakan satu fesyen karektor sesorang individu@termasuklah sahabat petak petak merah tu. tetapi ia adalah lumrah...walaupun telah menyebabkn pehak penerbit terpaksa pening kepala..itu semua adalah juga satu pengajaran..maknanya we cant take thing for granted ....kot !
jadi dengan pengelaman sebegitu, seharusnya kita juga boleh andaikan yang 'lelakun' itu juga sebahagian dari perlakuan politik...semasa pengamal politik mungkin mereka juga dah ada satu titik persetujuan...sekurang kurangnya boleh 'test' keadaan dan reaksi...mana kita tau....wallahhuallam.

Unknown said...

cukop lah perkara tak perlu d perbesarkan . kalau nak tulis apa2 letak kan kebenaran d atas takutlah kepada tuhan.

Unknown said...

salam

dulu Pak MSO byk tulis buku psl UMNO,dan ada kndungnnya jd political killer swaktu pmilihan UMNO dulu
adakah Tuan nak buat pkara yg sama pd PAS?

ketara sgt tuan xsuka pdnya sehingga tidak lg objektif,lbh kpd serangn peribadi.
kalau nak kaitkn klemahannya sbg pmimpin adalah lbh baik bcerita mngenai prestasi Husam sbg YB,Exco & naib pres.

tp x hairanlah kenapa tpancar persepsi tuan pd Husam krn tuan sndiri manusia,mgkn ada sbb tsndiri.
prangai husam yg dceritakan tu pn sbb dia manusia.mmg x smpurna & ada sisi gelap msing2.

sekadar pandangan

bebas said...

Sebagai anak muda saya merasakan keadaan tidak sihat ini tidak harus di panjangkan.Ini kerana acara hentam menghentam adalh tidak baik.orang tua menjadi tauladan orang muda.Berbloglah cara yang baik.Jika hendak mengkritik biar kita di pihak yang benar.Ini menampakkan seolah kita ini pro seseorang dan anti seseorang.Dulu saya tabik mso tapi setelah entry yang terbaru ini dah hilang 40 percent.jangan serlahkan keburukkan kita wassalam

cicitHJHASSANu said...

tuan mso,

kenapa lebih mempercayai pemanggil2 yg x tau asal usul mereka,ntah2 sb-cid?
kenapa terlalu mengharap saluran tv yg dimiliki pemegang saham berkepentingan?
kenapa tidak minta penjelasan drpd zahid kerana lari siang2 hari?
...akhirnya kita berlegar-legar di tempat parking yg salah walaupun berjaya mencari petaknya,padahal tujuan kita ke jusco BUKANNYE GIANT.
teruskan mso..teruskan yb husam

ter

Unknown said...

kalau la korang dh lama kenal, dah selalu mendengar dua2 ahli politik tu memang korang tau husam ngan mat sabu tu memang kaki tembak orang je. dah tua ni alhamdulillah beradab sikit. masa muda dulu memang dasar mulut busuk. sampai bole tak percaya yg sorang tu anak didik tuan guru kita.

apa yang kita bole nampak dan ambik pengajaran drpd kes ni ialah, jangan la selalu ingat nak menjatuhkan air muka org je. kalau sendiri dah terkena mula la nak salahkan orang lain, semata-mata nak cover kekurangan diri sendiri.
nasib baik la kalah pemilihan hari tu. tak nak parti aku tergadai kpd PKR.