HARI-HARI perbahasan mengenai golongan mana yang perlu atau layak memimpin Pas didebatkan. Ia sudah menjadi topik yang menarik dan menjadi isu utama menjelang muktamar Pas ke 55 Jun depan.
Isu ini berjaya menduduki ranting teratas dalam kategori isu-isu politik Malaysia dengan sokongan pemimpin Pas sendiri dan peranan aktif dimainkan oleh media massa yang bermotif untuk mengkucar kacirkan Pas.
Boleh dikatakan semua pemimpin Pas terkena flu gatal mulut untuk bercakap dan mengulas perkara ini. Sindrom gila glamour untuk melihat kenyataan dan wajah disiarkan dalam media massa, youtube dan sebaganya sudah merebak dalam Pas. Apakah ini pembaharuan!
Dari Presidem, Naib-naib presiden, Ketua urusan ulama, ketua-ketua dewan, muslimat, pemuda semuanya bercakap dan mengulas mengikut pandangan dan kecenderongan masing-masing.
Kalau pun nampak kurang bercakap dan kelihatan cerdik ialah timbalan presiden, Nasharuddin Mat Isa. Nasharuddin nampak sedikit bersikap bijak tidak mahu terperangkap dalam polemik ini kerana beliau sendiri mempunyai personaliti kedua-dua jenis itu.
Tidak cukup dengan itu mursyidul am, timbalan mursyidul am dan ketua urusan ulama juga turut dihinggapi flu gatal mulut. Sepatutnya orang berdarjat mursyidul Pas atau berada dalam saf tertinggi dinamakan majlis syura tidak turut campur mengenai isu ini dan perlu menjaga suara emas mereka.
Mereka sepatutnya bersuara bila ada atau mengenai soal-soal besar yang membabitkan implikasi hukum hakam sahaja baik dari segi dasar ataupun pengurusan dan strategi parti, bukan turut sama ikut berpolemik dengan anak buah yang mentah dan cetek ilmunya.
Apabila mereka juga turut memberi pendapat yang dilihat cuba mempertahankan diri sendiri secara tidak langsung intergriti mereka merosot. Lebih malangnya lagi ada kalangan mereka meskipun berada dalam majlis sama, tetapi wujud percanggahan antara satu sama lain. Misalnya pendapat dan pandangan mursyidul am dalam hal ini tidak selari dengan pandagan sesetengah ahli majlis syura sehingga terpaksa diadjustkan kemudian bagi menampakkan ianya telly.
Cara isu ini dibahaskan ia nampak cukup penting. Pas meletakkan batang tubuh manusia untuk menentukan masa depan parti itu bukan lagi perlembagaan. Dengan mempertahankan wawasan dan bukan perlembagaan bermakna Pas tidak mempunyai pedoman jelas dalam mengolahkan parti mereka.
Rasanya ini tidak patut berlaku. Tidak sepatutnya pemimpin Pas terkena flu gatal mulut mengenai masa depan Pas kerana ia ada perlembagaan yang wajib dipatuhi semua ahli. Perlembagaan itulah yang akan menentukan atau mengawal Pas bukan individu.
Apa-apa perubahan dasar dan polisi atau bentuk politik masa depan akan ditentukan oleh perlembagaan. Perubahan akan terlaksana bila dibenarkan perlembagaan. Betapa ahli mendesak mahukan sesutau tetapi kalau belum dizinkan oleh kitab Pas ia tidak boleh dilaksanakan. Maknanya ahli kena ubah perlembagaan baru sesuatu yang baru boleh dilaksanakan dan bukannya individu atau puak.
Jadi mereka yang rungsing kepada masa depan Pas itu tidak harus dicampakkan ke atas batang tubuh pemimpin tetapi kepada ahlinya semuanya yang akan membuat keputusan majmuk dalam muktamar secara bermusyawarah khas.
Terbaru majlis syura ulama membuat ketetapan, mengendorsekan bahawa Pas terus akan menerima konsep kepimpinan ulama yang dibentuk pada 1982. Apakah tujuan endorsement itu? Kalau ianya hendak mempertahankan kepimpinan ulama tidak menjadi masalah. Itulah juga yang ahli nak buat. Ia sama sekali tidak berbangkit. Hari inipun dalam riuh randah tidak ada sesiapa yang ingin membuang ulama.
Pada saya, endorsement ini seolah ulama tidak yakin mereka akan terus kekal menguasai Pas. Kenapa ini berlaku? Jawabanya mereka tidak percaya kepada kekuatan yang ada kepada institusi mereka.
Mereka tidak yakin kepada performance mereka sejak 30 tahun lalu, sejak era kepimpinan ulama diperkenalkan. Apakah mereka sudah nampak ahli sudah kurang menyokong dan arus perubahan dalam Pas begitu kencang melanda? Nah kalau begitu, isunya bukan soal kepimpinan itu tetapi kekuatan, kemampuan, kebolehan, track record dan personaliti golongan ulama itu sendiri.
Satu hakikat kena sedar ialah politik berubah dan berkembang mengikut masa. Perubahan satu lumrah dalam apa-apa juga gerakan. Teknik, strategi, uslub dan sebagainya akan berubah mengikut masa sebab ia bersifat pragmatif. Ia juga tidak boleh dihalang sebab ia berkembang membuntuti pola pemikiran manusia.
Makanya mana-mana pihak baik golongan Ustaz Mat atau Prolib tidakperlu takut dan bimbang kepada kepada lumrah ini. Hanya jati diri dan keyakinan yang kuat dapat menanganinya. Seharusnya kedua golongan ini tidak berpolemik sebaliknya menjadi ikan seperti di lautan masin meskipun berabad mereka dilautan namun ikan tidak terlarut dengan asin laut.
Pada saya polimek ini eloklah dihentikan kerana ia tidak membantu memperkasakan Pas. Cara hendak hentikan mudah, jangan layan media massa penyokong kerajaan. Media masa inilah yang memperbesarkan isu ini yang sudah mula ditindakbalas oleh ahli peringkat bawahan.
Pada saya apa yang pemimpin Pas patut utamanya ialah memikirkan masa depan Pas. Memikir bagaimana untuk Pas diperkuatkan bagi muncul menjadi parti unggul menggantikan UBN.
Justeru sesiapa nak bertanding tidak boleh menumpang kem atau pun puak. Bertandinglah atas kekuatan dan personaliti sendiri berdasar kepada beberapa ciri-ciri berikut;
- Berdasarkan jasa dan rekod perkhidmatan.
- Kesetiaan dan keikhlasan kepada perjuangan.
- Idea dan visi untuk memperkasakan parti.
- Kemampuan dan kebolehan baik dari segi komitmen ataupun kekreatifan idea membangun parti.
- Penguasaan bidang ilmu dan hubungan dengan masyarakat sekeliling.
- Penguasaan bidang agama.
Jika perlu mungkin setiap calon kemukakan proposal masing-masing untuk dinilai oleh ahli sejauh mana kemampuan dan idea mereka. [wm.kl. 10: 00 am 11/05/09]
1 comment:
pedasnyer tulisan MSO hari ni.. tapi saya mohon kepada penama2 yang rasa dirinya dimaksudkan tu, harap dapat tahan diri dulu sebelum nak marah.. cuba pikir betul2 apa yang diutarakan MSO.. lepas dah fikir, nak marah jugak, marahlah.. lantaklah..
Post a Comment