Sunday, May 31, 2009

Ulasan Penanti

Dr Mansor Dijangka Menang Besar

SATU lagi sejarah dicatat dalam pilihan raya kecil DUN Penanti yang berlangsung hari ini. Sejarah pertama bila UBN 'mengaku kalah' awal-awal lagi tidak menyertai pilihan raya berkenaan. Sejarah kedua ialah apabila peratus jumlah keluar mengundi hari ini terendah dalam sejarah pilihan raya di Semenanjung iaitu kira-kira 46%.

Ternyata peratus ini sangat rendah berbanding dengan peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu untuk kawasan berkenaan sebanyak 82%.

Keadaan ini menyebabkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa. Bagaimana pun peratus mengundi rendah ini sudah pun diramalkan sejak awal-awal lagi apabila UBN tidak menyertainya, tetapi peratusnya tidaklah sampai ke tahap di bawah 50%.

Dengan jumlah hanya 46% itu ini bermakna kira-kira sekitar 7,000 pengundi saja yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka. Apakah julah keluar mengundi ini menunjukkan pengundi UBN tidak keluar mengundi kerana calon mereka tidak bertanding?

Pada pilihan raya lalu 12,667 daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar seramai 15,421 pengundi yang keluar mengundi. Dari jumlah itu PKR menerusi calonnya, Mohamad Fairus Khairudin mengutip sebanyak 7,345 undi manakala calon UBN sebanyak 5,127 undi.

Melihat angka keluar mengundi hari ini hampir sama ramai dengan undi diraihkan Fairus pada Mac 2008 apakah ini menunjukkan yang keluar mengundi hari ini semuanya pengundi yang mengundi PKR pada pilihan raya umum lalu?

Kalau andaian ini tepat, ini bermakna tidak semua pengundi yang mengundi Fairus itu keluar mengundi hari ini kerana ia masih lagi kekurangan sebanyak kira-kira 350 undi.

Meskipun dalam pilihan raya hari ini PKR dijangka akan dapat menambahkan majoriti lebih besar daripada yang diperolehi Fairus dulu sebanyak 2,219 namun yang jelasnya tidak dapat elak dari berlaku perpindahan pengundi PKR kepada dua calon bebas lain.

Adalah dijangka paling busuk pun calon PKR, Dr Mansor Othman akan meraih majoiriti lebih 5,000 undi. Sebaliknya sekiranya Dr Mansor mendapat sekitar 3,000 undi ini bermakna pilihan raya itu tidak dapat diterima sebagai satu peningkatan semangat dan kesedaran pengundi kawasan itu kepada Pakatan.

Kesimpulan daripada apa yang bakal berlaku itu menunujukkan sokongan rakyat di Penanti kepada PKR untuk memperkuatkan kerajaan Pakatan Pulau Pinang seperti mana dikehendaki gagal. Ertinya pilihan raya di Penanti hari ini tidak memberi isyarat atau sikap baru pengundi di kawasan itu keapda PKR khasnya dan Pakatan amnya. [wm.kl. 6:20 pm 31/05/09]

2 comments:

Хаcмaди Хамдан said...

Assalamualaikum.
Sebelum SPR menjadi alat untuk merosakkan demokrasi oleh parti pemerintah seperti mana yang dilakukan oleh beberapa negara sosialis, saya meminta agar ahli-ahli parlimen kita menuntut supaya dibuat satu akta atau peraturan yang tidak membenarkan SPR membuat apa-apa syarat tambahan melainkan mendapat kelulusan dua pertiga daripada parlimen. Saya rimas dengan tindakan SPR yang semakin hari semakin hilang akal dengan peraturan-peraturan yang menyusahkan rakyat.

TJP 68 said...

Perbezaan Pilihanraya Dun Kecil Penanti

N12: PENANTI (2009)
Jumlah Pengundi: 15,384
1. Mansor Othman (PKR) 6,052 undi
2. Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi
3. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) 494 undi
4. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi
Jumlah pengundi 7,100
Peratus 46.15 peratus
Undi rosak 106 undi
Majoriti 5,558 undi.
Penyandang: Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) Majoriti: 2,219 undi.


N12 PENANTI (2008)
Jumlah Pengundi: 15,421
Peratusan Kaum: M: 72.51% C: 24.32% I: 2.43 % L: 0.57%
1. Mohamad Fairus Khairudin (PKR) (7,346)
2. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) (5,127)
Majoriti: 2,219
Jumlah undi: 12,657
Peratus mengundi: 82.08%
Undi rosak: 184
Penyandang: Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN)
(Majoriti: 667 undi)