Monday, May 25, 2009

Ulsan Isu

Timbalan Presiden Pas Ditandingi
Abdul Wahab, Abdul Wahib, Abdul Wahub

PENGESAHAN pertandingan untuk merebut jawatan timbalan presiden Pas hari ini oleh tiga calon, Mohamad Sabu, Husam Musa dan Nasharudin Mat Isa membuka lembaran baru dalam Parti Islam Se Malaysia (Pas). Mungkin sudah ada pertandingan melibatkan tiga penjuru merebut jawatan nombor dua itu sebelum ini tetapi senario dan semangat waktu itu bukan seperti hari ini.

Tahun 2003 sudah berlaku pertandingan tiga penjuru antara Hassan Shukeri (penyandang), Abdul Halim Abdul Rahman dan Nasharudin Mat Isa, yang berkesudahan dengan kemenangan kepada Nasharudin Mat Isa.

Tetapi suasana ketika itu tidak seperti hari ini. Bentuk kempen, semangat dan mood pertandingan bukan seperti hari ini yang penuh kelainan dan mendapat fokus dunia dari Arab Saudi hinggalah ke Amerika Syarikat. Saya rasa hebatnya pertandingan kali menyebabkan pemerhati politik Amerika Syarikat, Islamabad atau Teheran dan Tel Avi juga tidak lena tidur dan ternanti-nanti keputusan muktamar Pas kali ini.

Kenapa tidak, kerana ketiga-tiga calon membawa imej tersendiri ataupun mereka mempunyai rangkaian dan konteks hubungan siasah dengan gerakan Islam di luar negara. Mereka mencerminkan minat dan tarikan kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Nasharudin Mat Isa penyandang kini yang mempunyai hubungan dan rangkain dengan gerakan Islam antarabangsa baik di Barat maupun di Timur Tengah.

Gerakan Islam yang dikenalinya akan menanti apakah timbalan persiden Pas berusia 46 tahun itu akan berjaya mengekalkan kedudukannya untuk penggal ke ketiga atau sebaliknya.

Begitu juga gerakan seperti Hamas, Hisbullah atau Taliban, kumpulan syiah di Iran dan di Iraq akan memberi perhatian kepada Mohamad Sabu. Mereka mahu tengok apakah pemimpin agresif, radikal dan berani mendepani musuh (Umno dan Barat) itu menang atau pun tidak. Tentunya kumpulan pejuang jihad muslim itu menanti perkembangan ini dengan penuh prihatin.

Kemenangan Mat Sabu nanti mungkin tidak disambut dengan pesta ‘memetong’ – melempar tiang bendera ke langit namun kemenangan Mat Sabu yang prihatin kepada nasib rakyat Islam di Timur Tengah dibanggai mereka semua. Allahuakbar!

Manakala kemasukan Husam Musa pula walaupun tidak diperhati dunia kerana beliau tidak ada jasa dan hubungan direct dengan dunia luar, atas pegerakan dan aktiviti terbatas, namun ada pihak lain yang menanti dan memerhati kepada cara Husam berpolitik. Ada pihak yang sangat mengharapkan Husam menjadi timbalan presiden Pas sebagai persiapan untuk menjadi presiden. Tujuannya ialah untuk melihat Pas berubah dari pada belenggu kepimpinan dan aliran yang ada kini.

Negara-negara seperti Amerika Syarikat atau pengamal sistem kapatalis dan liberalisme mungkin suka kalau Husam menang sebab cara politik yang Husam nak bawa ialah politik moden yang liberal dan tidak meletakan Islam sebagai lambang gerakan Pas. Sudah pasti para pendokong Amerika Syarikat turut berdoa baik digereja dan masjid agar Husam menang.

Bertolak dari latar belakang dan suasana itu kenapa saya mengatakan pertandingan merebut jawatan timbalan presiden kali ini penting dan menjadi fokus dunia, sebab natijah dari kemenangan itu kelak besar, ia akan merubah atau mengekalkan status Pas sebagai gerakan Islam jamaah seperti yang sedia ada ataupun menjadi sebuah gerakan penuh dengan unsur-unsur sekular.

Pun saya sangat berharap agar pertandingan ini dijalankan dengan penuh tertib dan semangat keIslaman yang tinggi. Kalah menang janganlah membawa celaka menyebabkan ada yang menggali lubang untuk ke haluan lain.

Semuanya kita sayang! Kepada Mohamad Sabu kita sayang, dia adalah tokoh yang telah teruji buruk dan baik dalam Pas. Ujian yang dihadapinya cukup besar dan cukup hebat di mana calang-calang orang dapat betahan sepertinya. Beliau pernah dikenakan ISA kerana berjuang dalam Pas.

Tahanan ISA seorang ini cukup memberi kesan. Bisanya seseorang yang dikenakan tindakan ISA kalau dia tidak memalingkan diri terus dari Pas mungkin dia akan mengambil sikap mendiamkan diri. Namun tidak begitu kepada Mat Sabu. Penahanan dalam akta ISA serta beratus saman dan tangkapan polis menjadi baja untuk beliau terus berjuang dalam Pas.

Sekiranya ujian dan balak yang menimpanya ini dijadikan kriteria wajib untuk memilih pemimpin, nah Mohamad Sabulah orangnya.

Berbanding dengan Nasharudin dan Husam, Mat Sabu lebih mencabar kehidupannya. Kesabaran dan kesetiaan kepada parti tidak pernah teruji. Perangainya baik semasa menjadi ahli Parlimen atau tidak, sama sahaja. Mohamad Sabu tidak pernah mempunyai wang, dan pergaulannya bebas dengan rakyat, jawatannya sama sekali tidak menjadi penghalang.

Manakala jika dibariskan ketiga mereka dari segi protokol sebuah keluarga, Mohamad Sabu boleh diibaratkan sebagai abang tua, Husam abang tengah dan Nasharudin adik bongsu. Cuma dalam hal ini kedudukan adik bongsu lebih baik dan bertuah daripada kedua abang tua itu kerana berjaya menjadi timbalan presiden dalam usia muda.

Apakah hasrat Husam dan Mat Sabu untuk bertanding itu kerana dengki dan cemburu kepada kedudukan Nasharudin itu? Bukankah kedudukan Nasharudidn itu adalah atas bantuan mereka juga enam tahun lalu? Mustahil kalau mereka tidak berpadu mendokong Nasharudin, ahli Parlimen Bachok itu boleh menang.

Seharusnya mereka menghormati kepada adik bongsu yang mereka sendiri angkat agar berada di situ. Apakah mereka sengaja berbuat begitu kerana untuk menjadikan Nasharudin sebagai mangsa kepada Hassan Shukeri, kemudian Harun Taib.... kerana mereka sendiri tidak yakin waktu itu untuk merempuh Hassan atau Harun sendiri?

Kalau begitu maka jelas di sini Nashardin adalah mangsa kerakusan politik mereka yang licit!

Di sini bolehlah diibaratkan ketiga mereka seperti watak-watak Abdul Wahab, Abdul Wahid dan Abdul Wahub dalam filem Tiga Abdul. Di mana kedua abang itu suka mempermainkan adik bongsu itu dan juga menganiayainya. Namun kerana berkat sabar, jujur dan ikhlas akhirnya adik bongsu yang tidak tahu menipu dan tidak tamak itu berjaya dalam hidup sebaliknya kedua si abang itu merana. Mudah-mudahan begitulah keadaan ketiga mereka ini. [d'kota 6:45 pm 25/05/09]

10 comments:

Unknown said...

Saya rasa artikel kali ini ada unsur2 niat jahat pd calon yg bertanding. Dengan memberi gambaran negatif pd satu pihak.

Jika ada masalah peribadi, selesai secara peribadi.

Mohon siarkan kritikan saya ini.

Demokrasi perlu subur di mana saja.

Wan Naza said...

Tuan,
betul ke tentang kenyataan berikut:

"Negara-negara seperti Ameria Syarikat atau pengamal sistem kapatilis dan liberalisma mungkin suka kalau Husam menang sebab cara politik yang Husam nak bawa ialah politik moden yang liberal dan tidak meletakan Islam sebagai lambang gerakan Pas. Sudah pasti para pendokong Amerika Syarikat turut berdoa baik digereja dan masjid agar Husam menang."

sebab tuan gunakan perkataan MUNGKIN... kalau ada minta beri ulasan & sejarah dgn lanjut lg..

Botol Biru said...

haha...saya ketawa tanpa konar-konar tentang pendapat saudara dalam artikel ini...haha...tulisan yang betul-betul pesimis dan mempunyai agenda tersendiri..otak kemetot yang mungkin saudara akan lemparkan pada saya, saya lemparkan balik pada saudara..

PAK MSO yang otot kemetot

p/s: confirm x tersiarnye komen ni..kah kah

aqilfarihin said...

tak abis ngan 3 abdul nye...mso oh mso...sapa2 yg leh menulis...tulis lahh hikayat mso niii...tuan syed hussin al attas leh kot...nak gak tgk braper kementot otak org yg akan di kentot kan dlm tulisan mso!!

abu muaz said...

Andainya Abd Wahab dan Abd Wahid tewas janganlah Abd Wahud melelongnya dibulatan kijang Kota Bharu.Bantulah mereka berdua diatas kesilapan yang dilakukan.Abd Wahud pun ada kesilapannya. Biarlah pertandingan ini menjadi pengajaran kepada diri masing-masing.Niat kena betul sebab tulah dalam hadis 40 hadis tentang niat duduk dimuka depan sekali.Kalau tidak penyusun kitab hadis tersebut sudah tentu meletakkan hadis mengenai niat dimuka akhir sekali.Agi idup agi ngelaban.

penawarrindu said...

Tuan, 2003 Ust Hasan menang selepas di tentang D'Mustaffa Ali.
2005 Ust Nasa, ust Halim lawan ust Hasan.
2007- Ustaz harun Lawan Ustaz Nasa.
Ada sedikit ralat dalam tulisan tuan diatas.

mzulk said...

Sejak kebelakangan ni, saya dah mula rasa tak berminat untuk membaca tulisan2 Tuan MSO....hanya tgk sepintas lalu shj, dan saya cuba mencari tulisan2 pasal baju petak merah jer hehehehe.....asyik2 petak merah jer.....ntah la, rasa banyak sgt fitnah, dan isinya pun ntah ke mana.....salam

Gorgon Kuning said...

Sudahlah Pak MSO,

Jangan dibawa agenda peribadi di dalam penulisan. Lambat laun orang akan hidu juga bau busuknya.

Ibarat tahi yang cuba ditutup dengan daun-daun kering.

Sudahlah menuduh yang bukan-bukan. Umur Pak MSO bukan muda lagi.

Harap dapat siarkan komen ini.

Skuad Peninjau said...

Salam,

Tanpa ada bukti, pak MSO tak buleh cakap macam ni. Sebagai orang Islam, kita tak sepatutnya buat sangkaan buruk, meng'associate'kan ahli jemaah dengan US adalah sangkaan berat.
Kita tau Husam ada kekurangannya, saya tau banyak orang dah cerita tentang perkara ni. Ada yang memang sahih pun. Saya tak nafikan. Tapi bab Amerika Syarikat, kapitalisme dan liberalisme ni perkara baru yang saya baru dengar.

Saya jamin Pak MSO, kalau ada bukti yang menunjukkan perkara sedemikian ada, saya akan sebarkan habis habisan kepada jemaah supaya mengalahkan Husam. Saya bagi jaminan.

Kalau tak, ini adalah smear campaign. Character assasination. Berat artikel ni.

Kepada Allah kita berserah.

Coach DinDeraman said...

Dari 11 komen terdahulu, saya dapati kesemua komentar tidak bersetuju dengan tulisan MSO. Saya ingin melihat dari prospektif yang agak berbeza. Saya melihat muktamar 2009 ini penting bagi Pas mempersiapkan syaf kepimpinan yang mampu duduk di bilik mesyuarat kabinet di putrajaya selepas PU ke 13 nanti. lantaran itu perwakilan wajar memilih mereka yang betul layak untuk memimpin bangsa malaysia. Pemimpin yang boleh di terima oleh semua kaum. Di antara 3calun Timbalan Presiden, saya berpendapat Husam memenuhi kretiria tersebut. Banyak sebab mengapa saya pilih Husam. Namun begitu tenaga Nasaruddin dan Mat sabu amat di perlukan sebagai penguat kepimpinan Pas. Kita terpaksa memilih yang terbaik dari yang baik-baik... mohon mencadang !!