Syaitan Sudah Memenuhi Diri Manusia
SEPOTONG ayat dalam surah al-Baqarah berbunyi; "di dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakit ke atas mereka." Untuk mengetahui ayat itu lebih jelas dan panjang buka Quran dan belek tafsirannya. Saya ringkaskan apa yang dimaksudkan oleh ayat itu bahawa dalam hati orang jahat (fasik, munafik, kafir dsbnya), sudah sedia ada penyakit. Penyakit itu sudah berkarat di dalam hatinya dan sukar untuk dihapuskan.
Ada kebencian, ada prejudis, ada keegoaan dan ada rasa bijak dan rasa pandai melangit. Orang seperti ini lebih banyak menyusahkan daripada menguntungkan. Kalau dalam sebuah jemaah atau pertubuhan mereka perlu dinyahkan. Pemikiran mereka juga sempit dan matanya memandang orang lain semua tidak betul.
Mereka sebegini juga selalu merasakan mereka bijak, hebat dan pandai. Konon akulah pejuang nombor wahid. Akulah pembela yang benar. Dan aku... bukan orang yang mencari makan dalam kocek seluar dan baju tembus para pemimpin. Kononnya aku bukan pengemis, walahl mereka lebih hina daripada pasangan buta yang mengemis di kedai-kedai mamak pada waktu malam.
Orang ini ada di mana-mana. Tidak kira dalam wadah dan medan perjuangan apa saja. Mereka seperti pelesit yang bersumpah dengan Tuhan untuk menganggu anak cucu Adam sampai ke akhir zaman. Awas dengan orang seperti ini. Mereka tidak mudah ditunduk, sebab dalam jiwa mereka ada elemen syaitan yang tidak lut dijilat api.
Mereka ini juga pandai mengambil kesempatan. Mereka akan menceduk dan mengulas mengikut kehendak mereka apa juga maklumat. Mereka tidak peduli apakah yang mereka perkata itu benar atau sebaliknya. Janji ia boleh digunakan jadi peluru menembak orang lain. Selepas tembak trima upah boleh pergi cari kedai Arab untuk makan nasi mendi dengan kambing panggang.
Sesungguhnya orang-orang begini sangat kejam, lebih kejam daripada syaitan. Mereka meletakkan kuasa untuk gonggong nafsu di atas kepala mereka. Lupa kepada soal pahala dan dosa. Mereka tidak sedar dalam aktiviti mereka untuk membela perjuangan, membela kelompok mereka, mereka ditakhtai dengan dosa melimpah.
Saya rasa mereka yang melakukan ini sedar akan apa yang saya maksud ini. Orang bijak masakan tidak sedar bahasa kiasan atau pun perumpamaan. Terkilas ikan di atas sudah dapat tahu jantan atau betina. Benih dalam telor juga diketahui apakah jantan atau betina. Saya percaya mereka sedar.
Tidaklah saya berharap kalau mereka sedar mereka akan insaf dan berhenti dari melumuri tangan mereka dengan darah walaupun mereka harus keringkan darah jahat yang mengalir di hujung jari mereka. Tetapi saya tidak berifkir begitu sebab dalam fuad mereka sendak dengan dendam kesumat.
Sudah jadi lumrah manusia suka melakukan kerja syaitan. Terbiah syaitan mudah melekat di sanubari mereka daripada tarbiah Rasullulah yang menyuruh bersangka baik dan menjauh fitnah memfitnah di antara satu sama lain. Dan sesungguhnya syaitan itu amatlah kejam. Kakdang saya bertanya sendiri untuk apa mereka mengaku sebagai manusia muslim? [wm.kl. 10:55 am 30/12/10]
1 comment:
Pak MSO
Aku dah jumpe blog yg mungkin Pak MSO maksudkan.. Ntahla, kenapa kita rasa yang kepimpinan ulamak tu terlalu lemah sehingga boleh dipakyetkan sesuka hati? Adakah org yang sebangsa dan seagam lebih sukar didakwah dan patut dijauhi? Inilah penyakit dlm hati yg sukar dikikis... Biaqpila depa jawab sendiri depan Allah nanti... Maaf kalo hipotesis aku salah, tp rsnya aku tau posting ni hang tujukan kat sapa....
Post a Comment