Sunday, December 26, 2010

Catatan Hari Minggu

Pertemuan Penting Itu Sudah Berlangsung?

Tanggal 23 Disember lepas saya ada postkan satu catatan yang membayangkan sesuatu peristiwa yang mungkin akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu. Saya sangat berharap agar ianya berlaku. Ramai yang tertanya-tanya apapakah peristiwa berkenaan.

Disebabkan semalam dan kelmarin saya sibuk dengan urusan kenduri di rumah, saya tidak dapat mengesan apakah peristiwa mengembiraklan itu berlaku atau tidak. Jadi saya tidak dapat memberi apa-apa gambaran kepada penjenguk. I am sorry.... tiru nada Amir Wakaf Che Yeh.

Apakah peristiwa berkenaan? Saya tidak dapat mengesahkan kerana ianya masih embargo. Pihak berkenaan tidak membuat apa-apa kenyataan dan penjelasan. Cuma apa yang boleh disebutkan iuanya penting.

Katanya malam kelmarin sudah berlaku pertemuan di antara pemimpin tertinggi negara ini di satu tempat eksklusif. Pertemuan itu membawa satu agenda untuk menyelesaikan kemelut politik negara ini. Kemelut politik orang Melayu. Walaupun tidak dapat dipastikan apakah ia berlaku, tetapi individu yang bakal berada dalam pertemuan itu berada di Kuala Lumpur.

Pertemuan itu atas inisiatif pihak bukan politik dan bukan juga NGO. Hasilnya belum tentu. Tetapi dipercayai ada konsensus dicapai pada pertemuan kira-kira selama 2 jam 13 minit itu. Mungkin pihak berkenaan mengambil pertemuan itu sebagai asas untuk diperpanjangkan kepada parti masing-masing. Selepas ini akan berlangsung pertemuan rasmi antara ketiga pihak.

Kepada rakyat Malaysia khasnya orang Melayu berdoalah semoga usaha yang murni dan suci ini mencapai matlamat dan menjadi realiti. Saya percaya cerita ini akan terdedah juga dalam blog dan internet dengan pelbagai tafsiran dan terjemahan. Cuma saya tidak mahu dedahkan kerana bimbang takut menjadi masalah yang kemudian menyebabkan usaha ini gagal di tengah jalan. [wm.kl. 12:00 t/hari 26/12/10]
Post a Comment