Tok Guru Sihat, Cuma Sakit Urat..
ALHAMDULILAH ternyata Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat masih menjadi pujaan dan disayangi ramai. Sejak tengah malam tadi hingga ke saat ini telefon saya tidak habis berdering untuk bertanya khabar tentang keadaan Tok Guru. Semuanya berpunca dari laporan blog liar mengatakan Tok Guru sakit dan kini terlantar di hospital.
Dalam perjalanan ke pejabat tadi (eik ada opis pulak), bekas orang kuat Umno Kelantan yang baru berhijrah untuk mencari lemah baru, Sabree Shafii telefon dengan nada bimbang bertanya fasal Tok Guru. "Betul ke Tok Guru tenat?" tanya beliau cemas.
"Tenat apa?" tanya saya menawarkan perasaan beliau. Layan tak layan saja sebab sedang pulas stering kereta.
"Kata dia sakit, masuk sepital?" kata dan tanyanya.
"Sapa kata?" tanya saya sedikit tidak terkudis dengan pertanyaan itu.
"Ada dalam blog?" jawab beliau.
"Blog mana?" tanya saya. Saya sudah tahu apa-apa blog yang menyiarkan berita bohong mengatakan Tok Guru masuk hospital.
Beliau menyebut nama blog. "Ohh.. itu blog Umno...dalam blog Merah Tinta ada?" runggut dan tanya saya.
"Tak ada," katanya.
"Jadi kalau Merah Tinta tak ada anggaplah apa yang dikatakan itu sebagai bohong saja." balas saya melegakannya.
Tetapi beliau nampak tidak mudah hendak tenangkan dia minta saya hubungi orang dalam Tok Guru. Dapat saya rasanya Sabree ini mula sudah jatuh kasih kepada Tok Guruku. Baru ini dia ada bertemu Tok Guru meminta Tok Guru mendoakan kesejahtraan hidup beliau dan anak beranaknya. Sabree ini walaupun dulu orang kuat Umno tetapi dia tidak pernah mengeluarkan kata-kata busuk dan buruk kepada Tok Guru.
Pertemuan selepas Subuh itu juga sungguh mesra dan membawa seribu makna buatnya.
Sesampai di opis beberapa lagi call masuk bertanyakan hal yang sama.
Saya menghubungi orang dalam Tok Guru termasuk anak-anaknya. Tiada jawaban, mungkin mereka sedang bersiap sedia untuk mendirikan solat Dhuha. Baru sekejap tadi salah seorang keluarganya menghubungi saya dan meminta agar membuat sikit pengumuman.
"Enta jelas sikit dalam blog, kata Tok Guru sakit tenat tu tak betul," minta anggota famili Tok Guru berkenaan. Beliau lantas menjelaskan; semalam ayah ada mengurut dengan tukang urut baru. Entah guana (macam mana) dia urut kuat ba'kali mungkin kerana tak serasi tangan, ayah sakit urut. Dia jadi tidak boleh bergerak... tetapi Alhamdulilah pagi tadi sudah solat Subuh tetapi tak jadi tok imam."
Oh rupanya Tok Guru sakit urat sahaja bukannya tak sihat seperti mana lapor blog. Mudah-mudahan blog yang merlaporkan Tok Guru sakit tenat dan kini terlantar di hospital itu bukan blog celaka. Dan bila orang tahu yang Tok Guru dilaporkan sakit menyebabkan orang ramai akan menandah tangan memohon kepada Allah minta Tok Guru jadi lagi kuat. Yalim lim ya limmm lim yalim..[ttdi kl. 10:00 am 08/12/10]
1 comment:
Salam Tuan Hj MSO,
Alhamdullilah Tok Guru cuma sakit urat dan bukan tenat seperti mana laporan liar sesetengah pihak. Agak memeranjatkan juga berita kesihatan Tok Guru dan mungkin menjadi tanda tanya kerana jadual asal semalam bermula jam 6.30 petang Tok Guru sepatutnya hadir merasmikan majlis pengisytiharan Majlis Daerah Ketereh sebagai MDK Perbandaran Islam (MDK-PI) di Dewan MD Ketereh namun Tok Guru tidak dapat hadir.
Dato' Speaker DUN Kelantan hadir mewakili Tok Guru merasmikan majlis pengisytiharan MDK-PI yang turut dihadiri oleh EXCO Kerajan Tempatan Dato' Hj. Takiyuddin Hassan.
Seluruh rakyat Kelantan mendoakan kesejahteraan Tok Guru. Amin.
Wasalam.
Post a Comment