Monday, April 11, 2011

Catatan Dari Kuching 3

Azmi Bertembung Ezam Di Sungai Sarawak

MALAM tadi orang kanan dan bekas orang kanan Anwar Ibrahim, Mohd Azmin Ali dan Ezam Mohd Nor bertembung dalam satu majlis ceramah di Dun Pantai Damai di Kampung Bowean di tebing sungai Sarawak. Pertembungan malam tadi tidak ubah seperti pertandingan akhir raja lawak.

Apa yang berlaku malam tadi ada realis politik orang Melayu yang memualkan. Ezam khasnya menelanjang diri politiknya yang sungguh jelek dan busuk. Apa yang dipamerkan Ezam malam tadi menyebabkan orang mendapat jawaban kenap Ezam memungkir segala sumpah politiknya selama ini. Malam tadi Ezam meletakkan dirinya sama rendah dengan penyu hanyut.

Sesuatu yang diluar jangkaan saya kalau pertembungan berlaku demikian. Sebagai orang Semenanjung saya malu dengan penampilan Ezam. Sebenarnya sudah lama mereka berbulu hati di antara satu sama lain. Ezam yang cemburu dengan pencapaian Azmin yang dilayan baik oleh Anwar, cemburu itu membawa kepada dendam yang akan menutupkan pintu syurga untuk keduanya.

Jadi pertemuan malam tadi adalah peluang terbaik untuk Ezam melepaskan geram dan sekaligus menunjukkan perangai sebenar beliau sebagai orang politik. Kalau bukan kerana melihat sendiri wajah dan mendengar suara Ezam yang mirip suara Anwar saya tidak percaya apa yang berlaku malam tadi kerana setahu saya bukan Ezam yang tampil sedemikian rupa. Ezam yang saya kenal berwibawa dan berhemah tinggi dan berbudi mulia.

Apakah setelah menyertai Umno dan mendapat jawatan "senator boy" Ezam sudah berubah? Iya sudah berubah menjadi Ezam yang sama dengan bekas-bekas ahli Umno seperti Ibrahim Ali dan beberapa yang sewaktu dengannya yang makan sambil mencangkung dan mengambil makanan ikut celah cangkungan?

Dari awal hingga akhir ceramahnya menghentam dan mengutuk Anwar. Mencerca Anwar dari hujung hingga ke pangkal. Sampai siap dengan sumpah bahawa dia meninggalkan Anwar kerana agam dan bukan jawatan. Ezam gagal mengemukakan hujah-hujah politiknya semasa dan gagal mengemukakan isu untuk memancing para pendengar.

Semasa beliau bersumpah terdengarn tempikan sebelah sini, Ezam bohong, Ezam penipu dan Ezam pengkhianat.

Malam tadi juga Ezam lebih mempromosi dirinya yang sudah tidak laku. Beliau cuba menunjukkan beliau pejuang sebenar, yang sanggup lari dari kemungkaran dilakukan Anwar Ibrahim. Cara Ezam menampil dirinya sebagai ahli syurga manakala Anwar dan Azmin ahli neraka.

Beliau mendabit dada sebagai seorang pejuangan sejati. Beliau bangga kerana ditahan dua kali dalam penjara, sebaliknya Azmin, usah ditahan ke pintu penjara pun tidak. "Itu yang sedang bercakap itu, usahkan masuk penjara berada dipintu penjara pun tidak," kata Ezam merujuk kepada Azmin yang sedang berceramah tanpa mempedulikan maki hamunnya.

Ezam membuat ukuran budak sekolah kononnya apabila beliau ditahan beliau adalah wira. Semudah itu congakan Ezam di tebing sungai Sarawak. Mendengar ceramah Ezam semalam saya rasa bukan saja rakyat Sarawak di pinggir sungai itu yang loya tetapi para cucu cicit bujang senang di Sungai Sarawak juga merasa mual dan menyampah.

Berbeza dengan penampil Azmin malam tadi yang memapamirkan tahap pemimpin yang ada kelas mempunyai idea dan berakhlak. Walaupun Azmin tidak masuk ke penjara tetapi ternyata Azmin lebih baik dan terbaik dari para banduan lain, kecuali Anwar. Penampilan Ezam semalam menyerlahkan bahawa beliau adalah seorang 'narapidana' yang kehilangan kompas dan tertinggal botol kicap dalam penjara.

Apabila Ezam menjerit dan melaung tanpa disambut Azmin ia lebih memburukkan lagi keadaan. Ezam tak ubah orang nanal dan mabuk yang bercakap sendirian. Kedua mereka bercakap lebih kurang setengah jam.

Azmin Ali mengakhiri ceramah lima minit lebih awal berbanding Ezam yang disambut tepukan dan sorakan bergemuruh dari orang ramai. Sewaktu turun pentas |Azmin diterkam para penyokong Pakatan Rakyat dan bersalam sambil mengucapkan tahniah dan syabas. Ezam berundur selepas itu tanpa tepukan tetapi diiringi sorakan orang ramai kepada seorang fanalis akhir raja lawak yang twas kepada sikap munafiknya.

Catatan: Disebabkan masalah teknikal gambar mutkhir sekitar pilihan raya Sarawak akan di isi kemudian. [kcg. 8:40 am 11/04/11]

4 comments:

anakzaman said...

Tuan MSO,

Terima kasih tuan kerana memberi gambaran keadaan di Sarawak.

Saya mengikuti catatan tuan walaupun tidak ada apa-apa komen yang saya berikan.

Ezam menyanyikan lirik lagu " SAYANG SERAWAK SUNGAINYA SEMPIT "manakala Azmin melaungkan lirik " SAYA TAHU SARAWAK SUNGAINYA GADANG"

Semut Politik said...

Kau tu pun sama MSO penyokong totok PAS dan PKR, kalau Ezam cakap benda betul pun kau tak leh terima sebab kau sokong pembangkang..kau menulis tak letak diri kau ditengah-tengah, kau cakap orang je pandai kau menulis pun berat sebelah jugak...kalau dah dasar pekakas PKR dan PAS tu,pekakas juga la..tak yah nak kata orang lain.

hanna said...

memang jelek itu orang!ana jugak berada di situ semasa ceramah berlangsung...aduh!malu sungguh..nasib baik ana ditemani Ms Janice dr Australia....

Anonymous said...

sesumpah yang dilaknat
oleh sumpah nye...

sbb tu meraban merabun
mcam orang hilang akal prtimbangan