Saturday, October 8, 2011

Susupan Pagi

Mengapa DO Tidak Tinggal Di Kuarters?

MALAM tadi seorang kawan telah menelefon saya dan menyatakan sedikit perasaa kesalnya terhadap seorang Pegawai Jajahan (DO) di Kelantan yang dikatakan tidak mendiami rumah (kauters) yang disediakan oleh kerajaan. Menurutnya Pegawai Jajahan (DO) itu berulang alik dari tempat kerjanya ke Kota Bharu, setiap hari.

Pegawai Jajahan itu langsung tidak tinggal kediaman rasmi yang disediakan untuknya itu. Kata kawan itu lagi hal ini sudah berlaku selama dua tahun. Rumah kediaman itu terletak dekat dengan Pejabat Jajahan, di mana pejabat pegawai itu.

Persoalan yang ditimbulkan kawan itu, kenapa pegawai itu tidak tinggal di rumah kediaman rasmi itu. Kenapa harus berulang alik dari rumahnya di Kota Bharu dengan tempat kerjanya yang jaraknya sekitar 30km. Bukankan itu satu pembaziran! Kata kawan itu kenderaan yang digunakan itu adalah kenderaan rasmi kerajaan. Tentu minyak dan segala macam perbelanjaan ke atas kenderaan itu dibayar oleh kerajaan.

Iya juga. Kalau dia guna kenderaan sendiri dan minyak sendiri mungkin tidak berbangkit walauipun cara itu tidak kondusif sebagai seorang pegawai kerajaan yang juga selaku pemimpin setempat yang dituntut untuk bersama rakyat sepanjang masa.

Cara itu tidak berhemah dan merugikan wang rakyat. Betul juga. Kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk menyiapkan kediaman rasmi, alih-alih tidak diduduki. Sikap sebegini harus diubah dan pegawai berkenaan dan pegawai lain yang berkelakuan begitu kena perbetulkan kesilapan ini.

Saya bertanya kepada kawan itu apakah tidak ada yang menegur perbuatan DO itu? Katanya tidak ada siapa yang berani. Alasan diberikan mudah saja kerana pegawai itu baik dengan Sultan Muhammad Ke V. Oh..jadi orang takut hendak tegur. Terkejut saya bila dengan alsan itu. Apakah bila seseorang itu baik dengan Sultan kalau dia buat sesuatu yang tidak betul dan salah adat maka ia tidak boleh ditegur? Sultan tidak pernah melindungi orang salah.

Itu bukan pendirian dan sikap sebenar. Baik dengan Sultan atau PM atau MB bukan alasan untuk kita membiarkan sesuatu perkara yang tidak betul dan merugikan wang rakyat. Sikap takut atau hormat tidak bertempat tidak benar dalam sisi Islam. Pegawai berkenaan juga tidak boleh menjadikan Sultan sebagai tiang untuk melindungi perbuatan yang tidak baik.

Tegurlah. Saya rasa Sultan Mohammad Ke V yang sangat prihatin kepada rakyat tidak akan marah dan kecil hati. Malahan saya rasa Sultan tidak pun tahu bahawa ada orang yang baik dengan baginda melakukan kerja pembaziran, tidak menggunakan kemudahan disediakan.

Mula-mula maklumkan hal itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Kalau SUK membisu tulis surat kepada pihak istana. Kalau istana tidak layan, biasanya pejabat Sultan tidak semua memberi surat dihantar ke pengetahuan Sultan, maka dedah dalam media. Bagi tahu kepada orang surat khabar biar mereka tulis lepas itu kita tenguk bagaimana tindakan Setiausaha Kerajaan Kelantan dan juga pihak Sultan sendiri.

Mudah-mudahan dengan tersiarnya catatan kecil ini DO berkenaan tidak akan berulang alik lagi dan tingal di kediaman disediakan. Atau kalau kediaman itu berhantu suruh roboh bina semula. Tetapi cara itu bukan praktikal, cara terbaik tukar DO berkenaan berkerja di pejabat berhampiran dengan rumah barunya itu di Kota Bharu. Dan kalau DO itu sudah tidak betah lagi bekerja berhenti saja sebab masih ada kira-kira 30,000 penganggur di Kelantan yang layak mengisi jawatan itu. [wm.kl.10:59 am 08/10/11]

3 comments:

Che Awe Donde said...

Salam

isu ini kalau tuan kata bazir kerana DO tak duduk rumah rasmi ada kebenarannya. Tapi kita manusia diberikan otak untuk berfikir. Apa kata rumah rasmi DO tu dijadikan homestay utk sesiapa kakitangan awam dari lain2 daerah atau negeri yang datang ke kelantan , hasil sewa boleh masuk dalam kerajaan negeri.

DO itu pada pandangan saya mungkin ada rumah sendiri dan jika dok rumah sendiri dia dapatkan save potongan elaun rumah dan cola adalah dalam rm 700. Dalam ekonomi skg ni rm700 tu besar nilainya tuan bagi seorang kaki tangan awam. Skrg bukan zaman dulu lagi. Perhubungan dah ada dihujung jari spt handphone, internet selain keadaan jalanraya yang baik jadi tak jadi masalah lagi kalau pegawai tu dok kat mana2 pun.


Wassalam.

Johan bin Ramli said...

Saya adalah kakitangan kerajaan yang disediakan rumah rasmi. Rumah rasmi yang saya duduki amatlah uzur. Nak di selenggara tiada peruntukan. Jika saya tinggal di rumah sendiri, Bos akan kenakan tindakan tata tertib. Juga tiada elaun perumahan diberi sebab dah disediakan rumah. Saya juga sudah ada rumah sendiri yang sekarang kosong.... Bagi saya DO wajib duduk rumah kerajaan... Sikap seperti DO itu menurut Bos saya, adalah pentingkan diri sendiri.

kampung.kelawar said...

Salam tuan MSO.

Umum tidak tahu dan sedar bahawa tinggal di kuaters kerajaan kena bayar sewa melalui potongan gaji setiap bulan bersamaan 10 peratus jumlah gaji dan bukan percuma.Jadi kalau rumah sudah dibeli,kenalah bayar dua bayaran iaitu sewa kuaters dan potongan rumah pinjaman kerajaan.

Inilah dilema pegawai kerajaan yang tidak diketahui umum.Harga barangan kini terlalu mahal.