Keluhan Abe Janggut Di Mesir
SEORANG pelajar Malaysia yang kini menuntut di Mesir mengadu kepada saya minta agak membangkitkan masalah yang dihadapinya. Pelajar itu menamakan dirinya Abe Janggut meminta kerjaan khasnya Perdana Menteri Najib Razak mempedulikan nasib mereka di Mesir.
Katanya, para pelajar di Mesir menanti-nanti apakah buah tangan untuk mereka hasil dari pembentangan Bajet 2012 yang lalu. Pelajar itu seakan cemburu dengan apa yang dinikmati pelajar di dalam negeri yang mendapat buah tangan berjumlah RM200 untuk pembelian buku ekoran pembentang Bajer itu.
"Sejak PM mengumumkan Bajet 2012 saya dan teman-teman di Mesir ternanti-nanti apakah buah tangan untuk kami," tulis pelajar berkenaan merintih sayu.
Dalam pada itu katanya pelajar di Mesir khasnya yang tinggal di asrama di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) akan menghadapi beban tambahan kerana yuran asama dinaikan dari LE 48 kepda LE 60. Kenaikan itu menurut Abe Janggut membebankan penginap asrama berkenaan. DMAK adalah sebahagian asrama untuk peljar Malaysia di Mesir.
Apa juga dipersoalkan penuntut itu kalau Kerajaan boleh berikan RM3.12 juta untuk bantu mangsa banjir di Thaland kenapa tidak ada apa-apa untuk mereka.
"Harap MSO dapat bangkitkan isu ini," demikian ujar dan harapan Abe Janggut.
Diharap kalau pejabat PM membaca catatan dan keluhan pelajar Mesir ini dapatlah kiranya memberi penjelasan atas persoalan yang dibangkitkan itu. Kalau kerajaan bermurah hati membantu rakyat Thailand dilanda banjir masakan tidak boleh hulur RM200 setiap orang pelajar kita di Mesri? [wm.kl.8:45 pm 23/10/11]
No comments:
Post a Comment