Kebangkitan Suara Hak Asasi Tidak Boleh Disekat
SAYA hampir bersetuju dengan pandangan penumbuk mata nombor satu negara Rahim Nor yang meluahkan kebimbangan terhadap kebangkitan suara hak asasi dan menyamakan gerakan itu di negara ini sama dengan fahaman (gerakan) komunis yang mempersoalkan perkara-perkara diterima semua kaum termasuk kontrak sosial.Tetetapi penerimaan itu bukan bermakna menerima dan menganggap suara hak asasi manusaia itu sama dengan fahaman Marxisme atau komunisme. Persetujuan itu dilihat dari sisi potensi gelombang hak asasi yang akan mengambil alih peranan sistem demorkasi yang semakin pincang ke kebelakangan ini.
Memang suara hak asasi akan menjadi gelombang baru. Cuma andaian beliau terlebih sedikit dengan menyifatkan semangat itu sebagai agama baru. Andaian ini agak mengelirukan sedikit dan ada niat untuk memburukkan kebangkitan suara ini sebagai sebuah agama. Tujuannya ialah untuk mengelirukan pandangan umum.
Suara hak asasi dan kebangkitannya tidak sama dengan agama disyarit dan diperjuangkan. Ia bukan agama baru. Kebangkitan kuasa manusia biasanya untuk membela dan menuntut hak-hak di sekitar atau kepentingan kemanusiaan dan keduniaan semata-mata, ia bukan cuba membawa kebangkitan itu kepada fahaman agama, kepercayaan dan keyakinan sehingga ia menjadi akidah.
Kalau Rahim (foto) bermaksud menyamakan kebangkitan suara hak asasi berlandaskan perjuangan agama, adalah tidak tepat anologi itu. Agama adalah penunjuk kehidupan manusia bukan saja menuju dunia tetapi akhirat juga. Agama tidak sama dengan mana-mana perjuangan kerana ia mencakupi dunia akhirat dan tertakluk kepada hukum-hukum halal dan haram.
Adapun perjuangan hak asasi berlegar di atas dunia semata, mengenai ketidakadilan sosial, ekonomi, budaya dan sebagainya. Begitu juganya berpegang kepada konsep matlamat menghalalkan cara. Jadi ia tidak sama dan tidak boleh disamakan.
Kenapa saya hampir setuju pula, ialah dari sudut suara hak asasi semakin diterima umum hari ini. Perwujudan berbagai-bagai Ngo yang memperjuang hak asai lebih diterima dari parti politik yang stereotype pendekatan dan matlamatnya. Melainkan Ngo itu menjadi perkakas dan terompah kayu kepada mana-mana parti politik secara melampau ia akan dicemuh dan ditolak rakyat lebih teruk dari parti politik.
Contoh Ngo yang menjadi perkakas atau kaldai dungu tunggang Ngo ialah Ngo yang dirasmi pembukaan mesyuaratnya oleh Rahim sendiri. Ngo itu tidak ada potensi langsung untuk mewakil atau menjadi wadah baru kepada rakyat kerana kewujudannya hanya sebagai alat dan perkakas seperti tong sampah busuk semata-mata. Kalau Rahim ikhlas dan jujur untuk memperjuangkan keadilan dan kebenaran dia harus buang selempang pahlawan yang disarungkan Ngo itu ke tubuhnya.
Nampaknya Rahim bimbang kepada Ngo - pejuang hak asasi ini boleh melunturkan kepercayaan umum kepada parti politik khususnya Umno. Rahim benar-benar peka dan intelligent dalam hal ini. Rahim harus tahu kenapa suara hak asasi menjadi ancaman baru hatta dalam negara demorkasi seperti Malaysia. Jawabanya mudah kerana demorkasi Malaysia bukan demokratik. Demokrasi kita hanya indah diucap dimulut tetapi dari segi amalannya jauh menyimpang dan ia sudah lama pincang dan catat. Demokrasi kini pipih di luar rencung di dalam.
Bagaimana seperti berlaku ke atas pasukan polis yang diharap menjaga keamanan dan keselamatan, sebaliknya ia menjadi skuad pemusnah kepada integeriti pasukan berkenaan. Apa yang berlaku ke atas Rahim sendiri memumbuk mata Anwar sehingga lebam menunjukkan bagaimana proses kelunturan integriti pasukan polis itu berlaku dan sukar untuk dipulihkan kandati pun sudah satu dekad.
Jadi kalau Rahim takut kepada suara hak asasi beliau harus menanya dirinya sendiri kerana gagal menjadikan pasukan polis dibawah kekuasaanya sebagai pasukan berintgeriti dan disegani. Lebih malang lagi sesetengah tindakan polis di zamanya jelas menjadi alat dan perkakas secara terang-terang kepada Umno.
Suara atau gelombang hak asasi yang makin membara kini tidak boleh dipadamkan selagi tahap atau nilai demorkasi kita tidak dikembali kepada kedudukan dan matlamat asalnya. Selagi ada penyelewengan, kerajaan yang bobrok maka selama itu suara hak asasi menjadi semakin lantang dan terkedepan.
Terbaru apa yang berlaku kepada Abdul Aziz Bari yang mana dikenakan tindakan penggantungan secara veto oleh pihak UIA. Kebangkitan mahasiwa yang membela Aziz Bari ialah mereka merasakan ketidakadilan dilalukan kepada Profesor itu. Tindakan ke atas Aziz itu sebagai usaha untuk memenjarakan kebebasan akedemik kerana tindakan politik yang takut kepada bayangan sendiri dan perampasan hak asasi yang rakus.Kebangitan mahasiwa membela isu-isu berhubung kepentingan mereka dan rakyat adalah disebabkan mereka mulai melihat demokrasi negara makin pincang dan catat serta pasukan polis yang semakin diragui akan integriti dan profesionalismenya adalah disebabkan Rahim yang mengelecahkan polis dari ril sebenarnya lebih 10 tahun lalu.
Jadi kalau Rahim berniat untuk menyelamatkan Umno dengan menimbulkan kebimbangan sekaligus mengecam suara hak asasi ia adalah tindakan sia-sia. Dalam dunia terbuka dan manusia hidup menggunakan otak tidak boleh dikejutkan dengan kuasa berbentuk cota, tukul dan juga pelbagai tindakan kekerasan lainnya. [wm.kl.8:00 pm 28/10/11]
No comments:
Post a Comment