Wednesday, October 19, 2011

Dari Kejauhan Ini

Najib, Anwar Tunjukkan Kejantanan Anda

SYABAS Akademik Pak Sako Universiti Malaya kerana mengambil inisiatif untuk menjadi penganjur kepada debat Bajet di antara Menteri Kewangan, Najib Razak dengan bekas Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim. Menurut laporan, akademik berkenaan akan menguruskan jemputan kepada kedua-dua pihak untuk tujuan itu, Jumaat ini.

Tempat yang dicadangkan ialah di Dewan Tunku Cencelor UM. Molek benar, dewan itu banyak mencatat sejarah dalam menganjurkan debat. Zaman UM terkenal dengan Debat Agung yang mengundang pelbagai tokoh parti politik, setiap kali diadakan debat agung dewan itu penuh melimpah ke luar.

Saya masih ingat sekitar tahun 1980-an sewaktu menjadi wartawan kecil telah berlangsung debat agung politik yang turut mengundang bekas Naib Presiden Pas, Nakhae Ahmad, manakala wakil daripada parti UBN pula ialah Allahyarham Ikhwan Nasir. Nakhae adalah tokoh Pas yang sering dihantar ke dedabat-debat seperti itu kerana kehandalan dan ilmu agama yang ada kepadan.

Malam debat itu dewan itu penuh sesak. Sejak dari petang lagi orang ramai dan mahasiswa memenuhi dewan itu sehingga melimpah ke luar.

Era itu program debat agung itu menjadi acara tahunan di universiti tersebut. Ia banyak memberi ilmu dan mendedahkan perihal politik kepada mahasiswa. Dengan adanya majlis ilmiah seperti itu telah berlaku pencerahan politik di negara ini. Ia menunjukkan ahli politik kita sedia untuk berdepan secara langsung sambil menjawab dan membalas hujah yang dilemparkan di antara satu sama lain.

Bagaimana pun acara yang saya kira teragung bagi UM yang melibatkan orang luar dihentikan apabila kerajaan gerun dan takut dengan perkembangan serta pengaruh pembangkang yang meluas di kampus universiti. Pemberhentian program itu dikira satu tindakan yang surut ke belakang. Kesurutan itu membawa sampai ke harei ini apabila Menteri Pengajian tinggi yang menjadi kampus tidak berani membuka balik tirai debat berkenaan.

Apabila Akdemik Pak Soko mengajukan itu, saya benar berharap Najib akan sedia menerima undangan Akademik Pak Sako itu. Kalau Pak Sako (Ishak Hj Muhammad) masih ada, beliau pun akan hadir, tersenyum simpul mengikut perdebatan itu. Najib boleh mempertahankan kritikan mengenai Bajet yang dibentangnya baru ini dan dalam masa sama Najib juga boleh menempelak Bajet Pakatan Rakyat yang dibentangkan oleh Anwar. Berbahaslah sepenuh hati dengan mengemukakan fakta dan hujah.

Hanya dengan cara berdepan di pentas saling jawab menjawab hujah masing-masing memberi peluang kepada umum untuk melihat siapa lebih tokoh, lebih berwibawa dan petah dalam berpidato. Serangan secara gelap kepada mana-mana pemimpin baik ke atas Najib maupun Anwar bukan boleh diambil kira dan dijadikan ukuran. Serangan ke ata speribadi secara gelap adalah sikap orang penakut.

Najib ada hujan dan sandarannya kenapa beliau membentang Bajet bernilai RM232.8 billion itu. Manakala Anwar juga ada hujahnya dengan apa yang dikemukakan dalam Buku Jingga dan juga Bajet yang dibentangkan sehari sebelum Najub bentang Bajet negara itu.

Nah berbahaslah dengan profesional dan biarkan orang ramai terutamanya mahasiswa dari jurusan ekonomi, politik dan sebagainya membuat penilaian. Kepada saya kemampuan berfikir, menyelesaikan masalah dan menguruskan negara lebih penting daripada soal moral yang dibangkitkan ke atas kedua pemimpin berkenaan. Apa lagi segala yang dibangkitkan itu mislanya mengenai liwat, pembabitan dalam pembunuhan Altantuya masih bersifat fantasia dan berbau politik hampak.

Apakah Najib bersedia? Saya kira Anwar bila-bila masa untuk berdebat kerana cabaran itu muncul darinya. Najib tidak perlu takut dan gentar. Kalau Ahmad Shabery Chik boleh berbueh mulut berdebat dengan Anwar apalah hendak ditakutkan. Lagipun Najib perdana menteri bukan menteri kontoi seperti Ahmad Shabery.

Kalau Najib menolak dengan berbagai alasan, malulah Najib kepada Ahmad Shabery. Kalau perdebatan itu diambil kira untuk menentukan siapa berhak menjadi Perdana Menteri, ini bermakna Ahmad Shabery masih berkelayakan berbanding dengan Najib.

Beranikah Najib? Tentu takut punya. Saya akan sms Mat Maslan menanyai hal ini. [wm.kl.6:30 pm 19/10/11]

3 comments:

Joyah said...

Tindakan Anwar mencabar Najib untuk berdebat hanya tindakan terdesak umpama orang lemas cuba mengapai tangan mencapai apa saja yang dapat menyelamatkannya. Kes liwat Anwar dah sampai kemuncak dan nampak jelas Anwar gagal mempertahankan dirinya. Kononnya Anwar ada alibi kukuh untuk menafikan tuduhan itu ternyata palsu. Justeru itu, Anwar sekarang mencari jalan lain untuk mengangkat semula maruah diri yang tercemar teruk. Tindakan MSO menyamakan kes liwat dan kes pembunuhan Altantunya langsung tidak sepadan. Kes liwat bukan kes fantasia bro MSO hoi. Cukup lah tu MSO.

MNA said...

Askm tuan, saya pun ahli UMNO, kakitangan kerajaandan penyokong kerajaan. Pun begitu saya tertunggu-tunggu perdebatan antara Najib dan Anwar Ibrahim. Perdebatan berbentuk ilmiah begini sebenarnya akan membantu rakyat lebih memahami kedudukan kewangan negara. Jika Datuk Seri Najib tidak menyembunyikan sesuatu bermakna beliau ikhlas dan saya fikir rakyat akan menerima bajet yang dibentangkan denga redha tetapi kalau ada yang disembunyikan maka jadi PM kita ini takt unuk berdebat. Nampaknya dalam hal ini bila Najib menolak unuk berdebat maka rakyat akan melihat bahawa bajet yang dibentangkan itu tidak ikhlas dan lebih kepada bajet untuk pilihan raya. Bajet itu tidak lebih sebagai umpan. Di sudut lain, rakyat boleh meilai keikhlasan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat. Saya fikir bajet Pakatan Rakyat juga ada kelemahannya, Sebagai perdana menteri Datuk Seri Najib boleh meminta bantuan paar ekonomi untuk menghalusi damn emperinci kelemahan bajet Pakatan Rakyat tetapi sayangnya Najib namaknya memperlhatkan ketakutan beliau untuk berdebat. Sebagai ahli UMNO saya juga keceewa dengan sikap Najib ini.

Jashamsulnizam said...

Nak tergelak baca komen spesis2 manusia mcm Joyah, mungkin puak2 Umno tak tahu ape masalah sebenar rakyat M'sia khususnya berkaitan dgn masalah ekonomi dan sosial yg melanda negara sekarang ni, bila dah buntu idea nak berhujah maka mulalah sebut perkara2 tak senonoh spt video seks, liwat dan berbagai lagi, itulah Umno sampaikan masyarakat di kejiranan saya ada mengatakan "ingat Umno, ingat seks", sampai begitu sekali persepsi rakyat terhadap Umno, tapi saya percaya majoriti ahli2 Umno mesti tak tidur dengan aman mengenangkan apakah nasib yang bakal menimpa mereka pada malam keputusan PRU-13 kelak...

Pak MSO, balik kerja naik bas penuh dengan para pendatang tapi tingkah laku punyer berlagak mengalahkan rakyat kita mungkin kebanyakkannya dah mula dapat I/C kot???...