Pemuda Pas Perlu Jadi jejantas Penghubung
[kemaskini] SAAT ini sedang berlangsung Ijtima' Tarbawi anjuran Dewan Pemuda Malasyia bertempat di Kolej Islam Dr Zulkefli Muhammad (Kuizm) Taman Melawar, Gombak. Program itu akan berakhir petang esok yang ditutup oleh Presiden Abdul Hadi Awang.
Upacara perasmian dilakukan malam tadi oleh Naib Presiden Sallahuddin Ayub, manakala Mursyidul Am Pas Tokguruku Nik Abdul Aziz memberi kuliyyah khas Maghrib.
Itjma' Tarbawi adalah satu himpunan kelimuan dari kalangan Pemuda bagi menyuntik para pemuda Pas yang menjadi ansurullah dengan ilmu-ilmu agama. Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ijtima' Tarbawi pemuda itu perlu dijadikan itjima' - himpunan ilmuan - orang-orang muda.
Pujian patut diberikan kepada usaha ini. Bukan saja dari segi kehadiran boleh mengerah lebih 4,000 pemuda tetapi pengisiannya berbentuk ilmu - dunia dan akhirat. Di samping melengkap para ansurullah - pembantu agama Allah yang berkhemah di bawah panji Pas dengan ilmu dunia mereka juga perlu dilengkapi dengan ilmu agama (kerohanian) yang mampan dan mantap.
Seperti mana tegas ketuanya, Nasrudin Hassan, dalam ucapan alu-aluannya, beliau mahu Pemuda Pas bukan saja berjuang untuk mendapat kuasa politik, tetapi berjuang mendapatkan kemenangan untuk agamanya. Justeru ujarnya pemuda bukan saja perlu melengkapkan diri dengan aset tektikal (politik) tetapi juga mempunyai akhlak dan ilmu agama yang tinggi bertindak sebagai da'i dan murabi mendidik anak bangsa.
"Kita mahu pemuda Pas menjadi pemuda rabbani yang sanggup mati untuk agama," ujar Nasarudin dengan nada agak emosi sekali meletakkan harapan dan azam kepada pemuda Pas di makam tertinggi.
Memahami pesan-amanat Nasrudin itu bagi pemuda kalau Pas tidak menang dan berjaya menawan negeri - mendapat kuasa, pun tidak mengapa asalkan Pas dapat memastikan agama Allah ditegakkan. Malahan bagi Pas... hakiki perjuangannya ialah membela agama Allah dan syariat-Nya.
Lantaran itu dengan nada sedikit keras dan beramaran Nasrudin meninta kepada mereka yang obses kepada kemenangan dan kuasa politik supaya menoleh melihat kepada asal usul dan nawaitu pokok perjuangan Pas itu sendiri.
Undang tokoh pemuda, lupa Husam
Bagi mengisi program itu pemuda telah mengundang semua bekas-bekas ketua pemudanya. Nampaknya pemimpin yang bukan dari rahang pemuda diketepikan atau terlupa dijemput. Apakah justifikasi tindakan ini, dan apakah ia tidak menunjukkan pemuda satu kumpulan yang jumud dengan idealisme kepemudaannya dari dulu hingga kini. Apakah mereka yang berada di luar bingkai pemuda tidak berhak untuk memberi sumbangan?
Di sini saya merasa sedikit teralat dengan adik-adik pemuda baru ini. Kebetulan pula bekas-bekas ketua pemuda dan kepimpinan pemuda kebanyakannya kini sudah menjadi anggota Dewan Harian Pas. Justeru bila mereka semua dijemput seolah-olah Itjima' tarbawi itu hanya mahu menimba pengalaman dan menceduk ilmu dari barisan kepimpinan pemuda sahaja.
Semua bekas pemuda yang dipanggil dan diberi slog khas dalam program itu. Ini termasuklah, Mustapa Ali, yang kini Setiausaha Agung, Mohamad Sabu Timbalan Presiden.
Sallehuddin Ayub, Mahfuz Omar yang kini Naib Presiden. Abu Bakar Chik dan juga Idris Ahmad bekas timbalan ketua pemuda. Hanya seorang sahaja di kalangan bukan hierarki pemuda yang diundang khas ialah Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini Ketua Penerangan.
Mungkin saya terlepas pandang atau pendengaran agak samar sewaktu mendengar tantatif program dan nama tokoh-tokoh dibaca yang diundang mengisi program perdana itu. Saya tidak terdengar seorang lagi nama Naib Presiden iaitu Husam Musa. Saya harap saya tidak silap. Kenapa Husam tidak dipanggil sama. Apakah kerana beliau tidak pernah berkecimpung di dalam pemuda maka beliau tidak perlu disenaraikan untuk diberi bahagian?
Bagi saya melupai Husam satu kesilapan atau tindakan kurang sopan dan kurang manis. Biarpun atas apa alasan apabila hanya beliau seorang saja dicicirkan ia telah memberi kesempatan kepada pemerhati membuat penilian mengenai sikap pemuda. Pemerhati ini termasuklah saya yang mempersoalkan kini. Dengan meninggalkan Husam menyebabkan umum akan bertanggapan bahawa pemuda bermasalah dengan Husam sedangkan hakikatnya sama sekali tidak.
Tidak sepatutnya Husam dialpakan begitu. Walaupun dia tidak pernah terdidik dalam dunia kepemudaan di peringkat nasional dan menjawat jawatan tertinggi dalam dewan itu, tetapi Husam juga pernah menjadi anak muda dan pernah bergelumang di dalam dunia kepemudaan. Alasan beliau bukan bekas ketua pemuda adalah alasan remeh dan kebudak budakan. Siapa dia Tuan Ibrahim dalam konteks pemuda?
Saya percaya banyak faedah kalau pemuda memasukkan sama Husam sebagai pembentang kertas kerja atau pun seorang penceramah. Beliau boleh input mana-mana ilmu dan maklumat kepada pemuda. Umum mengetahui Husam memiliki ilmu tektikal politik yang cekap dan berpandangan jauh serta kreatif menangani isu. Seharusnya pemuda kalau pun menumpukan kepada tarbiyah ke dalam tetapi teori-teori politik barat juga perlu diketahui kerana mereka berada dalam habitat politik bukan dakwah ala para wali.
Sebagai golongan muda yang menjadi jejantas kepada golongan lama, pemuda harus berjiwa besar. Mungkin ada kalangan pemuda tidak begitu serasi dan mesra alam dengan pendekatan politik dipraktikan Husam, tetapi keadaan itu bukan alasan untuk mencicirkan dia dari memberi input kepada sayap kanan parti seperti pemuda itu.
Kalau Husam ada melakukan kesilapan dan kesalahan, kesilapan dan kesalahan itu bukan alasan untuk menghukum beliau. Apa juga kesilapan perlu ditegur dan diperbetulkan. Sesiapa pun tidak dapat lari dari belitan kesilapan, apa lagi dalam dunia politik yang mengambil pendekatan "cuba dan salah" yang mana teori ini, setakat ini tidak membawa kepada kekufurkan.
Hendaknya pesanan ini diperhatikan oleh adik-adik ansurullah dalam Pemuda Pas agar hal ini tidak akan berlaku di masa akan datang. Orang yang bijaksana ialah orang yang pandai melepaskan ikan dari belitan pukat tanpa merosakkan sisik ikan, dan tanpa mencarikan pukat. Mat Maslan tentu tersenyum bila melihat permata cincin Nasrudin Tantawi hampir sama besar dengan permata cincin Rosmah. [wm.kl.5:48 pm 28/10/11]
4 comments:
pemuda PAS sejak bila di pegang oleh nasruddin ini lebih banyak syok sendiri.
dari dulu sampai skang... cubalah buat kaji selidik kpd anak-anak muda di luar PAS... 'adakah mereka kenal sapa ketua pemuda PAS'
agak2 berapa percent yg tahu?
Mengatakan sesuatu pihak terlalu obses pada kuasa dan kemenangan mungkin agak melampau.. Mengapa dgn senang senang nasrudin menuduh demikian seolah olah menyindir mereka yg ikhlas berjuang.. Apakah krn obses kita.mudah siruduh membelakangkan agama lalu memburu kemenagan yg tidak diredhai.. Sedangkan pemburuan kemenangan dan kuasa adalah perlu bagi pas utk menegakkan agama islam.. Justeru jgn pandang sebelah mata kpd mereka.. Politik dunia yg penuh hipokrasi memerlukan taktik tertentu utk berjaya asalkan si pengamal tahu dosa dimana dan pahala dimana.. Percaya pada diri bahawa aku juga buat baik amat diperlu kpd si pengamal
setuju dgn firdaus,
Nasrudin memang tidak suka Husam. Kita boleh baca posting blog beliau sebelum ini (sama spt yg Firdaus komen).
Nik abduh memang menuduh Husam menjatuhkan iparnya (Arif Fahmi).
memang nampak sgt gabungan itu anti Husam. saya bukan la penyokong Husam tapi nampak sgt mereka nak menyekat Husam
asalamualaikum tuan haji, harap teruskan lagi terguran-teguran membina kepada kepimpinan pemuda...rasanya dari strategi memang pemuda PAS ada masalah...
Post a Comment