Tuesday, March 20, 2012

Rencana Khas

Winnable Candidate Najib Tidak Praktikal

Sekali dengar tag line BN yang dibawa Ha Najib Najib bagi memilih calon untuk pilihan raya kali ini sedap, indah mengasyikan dan penuh profesional. Winnable candidate, itulah bunyinya. Iaitu calon yang boleh menang. Calon yang boleh menang ini tidak kira siapa atau kedudukannya dalam parti tetapi ia boleh membawa kemenangan.

Slogan itu sungguh retorik itu, seolah Najib ada team atau makenisme sendiri untuk memilih calon winnable seperti mana diharapkan itu. Dalam hal ini organisasi parti tidak lagi mempunyai hak dan kuasa untuk mengemukakan sebarang calon seperti lazimnya.

Kaedah atau formula itu menampakkan seolah-olah tidak ada entiti atau pihak lain yang memilih calon. Soal kedudukan atau ranting dalam parti tidak boleh diambil kira. Tidak secara automatiknya ketua bahagian, timbalan atau naib-naib ketua dan ketua pemuda dan wanita akan disenarai utamakan menjadi calon.

Idea dan pendekatan baru Najib ini menjadi pro dan kontra. Ada yang setuju dan ada yang tidak. Kalangan ketua-ketua bahagian dan pemimpin lain merasakan mereka diketepikan menerusi formula menang Najib itu. Kerana itu ada yang terang-terang memprotes Najib secara senyap.

Menerusi formula itu maka di Kelantan misalanya enam dari 14 ketua bahagian kemungkinan besar tidak akan dicalonkan. Penolakan mereka itu boleh disifatkan mereka tidak layak, sesuai dan mampu membawa kemenangan kepada UBN.

Mislanya yang sudah jelas ketua Umno Rantau Panjang Abdullah Yassin atau (Dollah Wong), ketua bahagian Kubang Kerian, Fauzi Ayam, ketua bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman atau cikgu Awi tidak berada dalam senarai teratas sebagai calon.

Manakala kedudukan ketua Umno Bahagian Ketereh Annuar Musa, ketua bahagian Kuala Krai Ramzi Abdul Rahman dan ketua bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah masih dalam seribu persimpangan. Annuar sedang kuat melobi dan menjaja namanya lebih layak dari pemimpin lain untuk kerusi parlimen Ketereh begitu juga dengan Ramzi di Kuala Krai.

Apa yang menimpa nasib beberapa ketua bahagian itu ialah kerana idea atau formula diperkenalkan Najib itu, winnable candidate. Mereka boleh mencalonkan diri mereka tetapi penentunya ialah menerusi formula winnable candidate.

Formula itu memberi harapan dan tuah kepada mereka yang tidak berada dalam hierarki kepimpinan peringkat bahagia untuk diambil menjadi calon. Lantaran itu sudah ada beberapa bekas veteran yang sudah kabur mata dan sudah alpa tarikh hari jadi Umno mungkin akan dipaksa bertanding kerana mereka adalah winnable candidate.

Apakah dua orang bekas PM juga akan diminta bertanding lagi? Keadaan ini menunjukkan keterdesakan Umno untuk menang begitu ketara sekali.

Diramalkan dalam pilihan raya kali ini banyak pemimpin Umno yang terkorban dan menjadi mangsa formula Najib. Yang sudah lama menempah bush jaket, atau berangan-angan mendapat title YB akan menangis tidak berlagu. Mereka yang mengharapkan dapat sejuta dua dari parti kalau dipilih menjadi calon nampaknya tidak menjadi kenyataan dan mengecewakan mereka. Ada juga perangai orang Umno mereka mahu menjadi calon bukan untuk menang tetapi untuk memperolehi wang panas sejuta dua yang diperuntukkan parti untuk belanja pilihan raya.

Sejauh manaklah winnabe candidate ini menjadi kenyataan dan akan membawa keselesaan kepada Umno? Bagiamankah perlaksnaanya di peringkat bahagian, negeri dan pusat?

Ia sebenarnya bukan mudah. Najib boleh beretorik tetapi sejauh mana retoriknya didengar? Dia mungkin ada calon lain di bahagian, bukan ketua bahagaian, timbalan dan sebagainya. Tetapi apakah ketua bahagian akan turun membantu calon itu sedangkan dia rasa dia lebih layak tetapi tidak dipilih? Apakah mereka redha untuk menyerahkan kepada orang lain sedang mereka sudah bertungkus lumus dan telah habis wang beratus ribu membina parti? Inilah masalah bakal dihadapi Najib menerusi winnable candidate itu.

Seruan agar tidak cantas dan cah keting hanya seruan atas pentas sahaja dan diaminkan dari bawah pentas. Seurai majlis masing-masing bercakap dan menggeleng kepala apakah ia boleh dipraktikkan atau pun tidak. Pemimpin atau ahli Umno nampak damai di hadapan pemimpin besar kemudian akan 'berberai' semula selepas pemimpin hilang.

Mungkin ada setengahnya akur kerana mahu UBN menang dan bimbang kepada kehilangan kuasa. Tetapi tidak sedikit berpendapat biarlah sama-sama sahaja. Sikap sama-sama saja ini sangat berbahaya dalam politik Umno. Sikap dan perangai ini sudah mengakar umbi dan meresapi ke dalam minda mereka.

Lagipun Najib tidak ada krebiliti secukupnya sebagai presiden parti. Dia tidak seperrti Mahathir yang tegas dengan keputusan dan setiap apa dikatakan dituruti. Najib tidak ada kuasa veto atau pun kukuh besi seperti Mahathir. Mungkin winnable candidate itu boleh dilaskaana kalau Najib ada kedudukan kukuh dan berpengaruh. Tetapi Najib tidak begitu hari ini. Dia merampas batton dari Abdullah Badawi setelah Umno kepenatan di pusingan akhir.

Justeru winnable candidate bukan pratikal seperti mana yang Najib harap-harapkan. Sekiranya pimilihan calon berdasarkan kelayakan ini dan bukan senioriti dalam organisasi ia bakal memberi susah kepada Najib.

Hari ini pun kalau ditinjau di bawah sudah ada 'sokses-sokse' yang kurang senang dengan formula Najib itu. Mereka juga ragu apakah yang menjadi ciri-ciri winnable cadidate itu. Apakah hubungan mereka dengan rakyat atau pun hubungan mereka dengan atasan. Kalau hendak diambil kira hubungan dengan rakyat sudah tentulah pimpinan di peringkat bahagian lebih mendekati rakyat dari calon berkelayakan yang mungkin dibawa dari luar.

Tengku Razaleigh Hamzah pernah mengulas kepada saya, baginya winnable candidate dalam kepala Najib ialah calon yang baik dengannya. Yang akan akur dan tunduk dengannya bagi memudahkan dia semasa hendak bertanding jawatan presiden parti. Katanya Najib berbuat begitu supaya calon-calon itu merasakan dia dipilih oleh Najib itu saja.

Kalaulah benar andaian Tengku Razaleigh itu ternyata winnable candidate yang diperkenalkan Najib itu bukan saja tidak praktikal tetapi ia bakal memberi naas kepada Najib dan Umno seluruhnya. Winnabale candidate akan menjadi bebal candidate. [wm.kl.10:05 am 21/03/12]

Post a Comment