Monday, March 5, 2012

Maklumat Terkini

Phahrolrazi, Dr Ismail Terima Tawaran Exco
Kemelut Kedah Selesai

MAKLUMAT yang baru saja saya terima dari Kedah, Phahrolrazi dan Dr Ismail sedia untuk kembali menjadi Eco Kerajaan Kedah dan berada dalam barisan kabinet Azizan Razak. Dengan penerimaan ini kemelut Pas Kedah yang agak membimbangkan itu bolehlah dianggap sudah selesai.

Phahrolrazi dan Dr Ismail menerima padangan dan arahan Pas Pusat dan juga mengalu-alu penubuhan jawatankuasa khas Pas Pusat untuk memantau pentadbiran negeri Kedah. Simbolik kepada keputusan itu menunjukkan Dewan Ulamak Kedah yang bersama Phahrolrazi mengambil sikap berlapang dada dan telah meletakkan kepenting politik dari segala-galanya serta turut memansuhkan fatwa-fatwa kecil yang bersifat rigid sebelum ini yang dikemukakan segelintir mereka.

Pastilah orang yang paling bersyukur dengan perkembangan ini ialah Salahuddin Ayub yang menjadi koorodinator yang menguruskan penyelesaian kemelt ini. Orang pertama yang mengambil iniasitif dan tanggungjawab membincang kemelut di Kedah ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian itu apabila presiden dan timbalan berkebetulan tiada dalam negeri.

Bermula dari usaha Salehuddin bersama beberapa pimpinan lain itulah isu kemelut di Kedah diberi perhatian serius sehingga membawa kepada pertemuan mahabbah di antara Azizan dan Phahrolrazi di kediaman MB Kedah di Mentaloon malam semalam yang akhir mencapai penyelesaian semua pihak untuk menamatkan pertelagahan.

Tahniah kepada semua pihak yang memberi perhatian dalam isu ini dan yakinlah apa yang berlaku itu ada hikmat besar di sebaliknya. Tahniah juga kepada Azizan Razak, Phahrolrazi dan Dr Ismail kerana berjiwa besar dan masih wala' kepada keputusan pemimpin bukan seperti Hasan Akidah.

Memetik kata-kata Mustapa Ali, penyelesaian kemelut itu akan menjadikan Pas Kedah semakin kuat. [wm.kl.5:40 pm 05/03/12]
Post a Comment