Najib Perlu Curigai Daim, Mahathir...
Akhir-akhir ini bekas menteri kewangan dan bendahari Umno, Daim Zainuddin 'lacak berkecek' dan banyak berterori mengenai masa depan UBN dan juga peluang parti itu dalam pilihan raya umum akan datang. Satu masa beliau menyatakan keyakinan UBN akan mampu menguasai Malaysia dengan pencapaian sama tahun 2008. Teori atau pandangan itu seperti memberi kelegaan tektikal kepada Najib Razak dan untuk membolehkan Najib memejamkan mata tidur seketika.
Terbaru beliau menyebut pula isu projek lembu gemuk (NFC) akan menentukan jatuh bangun UBN. Serentak itu beliau memberi teori Najib perlu berundur sekiranya tidak mampu mencapai kerusi banyak dalam pilihan raya ke-13. Katanya kalau pun tidak berundur Najib pasti akan dicabar dalam pemilihan Umno. Cabar mencabar itu adalah lumrah politik, katanya berhelah tanpa mempertahankan Najib. Kenapa? Kalau ada yang mencabar siapa?
Saya tidak mahu mengulas mengenai teori pertama Daim tentang keupayaan UBN dalam pilihan raya akan datang yang saya lihat lebih kepada beliau meralatkan apa yang beliau sebut sebelum pilihan raya ke -12 yang telah menjadi kebenaran.
Masa itu beliau telah meramalkan beberapa buah negeri akan jatuh dan ternyata benar. Mulut Daim seakan menjadi keramat, sedang beliau bersama Mahathir sendiri banyak mengecam Abdullah Badawi yang memimpin Umno ketika itu. Sikap pesimis mereka kepada Umno ketika itu adalah usaha menjatuhkan Abdullah. Dalam kata lain Daim dan Mahathir bersekongkol menjatuhkan Abdullah.
Jadi apabila beliau membuat ramalan yang UBN akan tetap menang ia sebagai untuk meralat mulutnya sendiri sedang dia tahu hakikat hari ini kedudukan dan reputasi UBN lebih teruk dari zaman Abdulah Badawi.
Isu-isu yang menimbun hari ini cukup penat untuk diselesaikan oleh Najib dan ada yang hampir tidak terselesaikan. Kalau masa Abdullah beliau dibenci kerana tidak tegas dan mengambil tindakan membatalkan projek mewah (yang dirancang Mahathir) kerana mahu mengawal wang negara, berbeza di zaman Najib ini. Najib jadi sebaliknya... semua kerja untuk menghidupkan Umno digunakan wang. Lebih terus lagi Najih melacorkan hak-hak Melayu yang kononnya diperjuangkan demi survival politiknya.
Selain pembawaan itu ia ditambah dengan beberapa isu mutakhir kini yang menyenakkan Najib. Isu projek lembu gemuk suami Sharizat adalah di antaranya. Ia menjadi isu terpenting. Selain itu isu SBPA yang baru diselesaikan tetapi tidak 'lendik belah mana'. Isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd., di bursa Malaysia masih dalam keadaan belum menentu. Begitu juga dengan isu alam sekitar pembinaan kilang mengeluarkan nadir bumi (Lynas) di Kuantan masih masih membara dalam jiwa rakyat terutamanya di Kuantan.
Isu Lynas mengenai bantahan puluh ribu rakyat boleh ditutup oleh media penjilat buntut tetapi tidak oleh media rakyat yang bebas yang menjelma dalam pelbagai bentuk hari ini. Mengenai jumlah yang membantah Linyas di Kuantan baru-baru ini hanya manusia jenis pak pandir tidak tahu membilang saja menerima jumlah pembantah hanya 3,000.
Lambakan isu-isu ini semua difahami oleh Daim ia menjadi kudis dan barah kepada UBN. Pemberian RM500 kepada rakyat dari wang rakyat juga tidak dapat mengambus dan mengubati kelukaan hati rakyat terhadap luka-luka lama dibinik UBN. Malahan kesan atau maksud untuk membeli dan mempengaruhi rakyat dengan RM500 tidak berapa menjadi dan berkesan.
Rakyat tidak akan ingat dan kenang kepada wang itu. Apa lagi sebaik tiba hari mengundi wang itu sudah pun habis. Rakyat tidak dapat menggunakan wang itu lagi untuk membeli sayur, ikan, daging semasa pulang dari tempat mengundi. Adalah baik kalau UBN berikan wang itu kepada pengundi beberapa jam sebelum mengundi atau sesudah mengundi dengan memberi syarat-syarat dan peraturan tertentu secara sulit. UBN tersalah besar apabila berbudi di luar edah pilihan raya.
UBN kena faham psikologi orang Melayu. Mereka mudah lupa dan mudah tidak mengenang budi. Mereka akan kenang selagi apa yang diberikan berada dalam tangan atau di hadapan mereka. Sebaik apa yang diberikan itu sudah luput, hilang dimata, di makan atau musnah mereka akan kembali kepada asalnya. Minda Melayu bukan minda sejarah? Bahkan mereka tidak pernah melihat najis mereka sesudah memakan sesuatu benda.
Bertolak dari itu saya mengira UBN tidak mendapat untung banyak dari pemberian wang rakyat kepada rakyat yang bernilai RM1.92 billion itu. Tetapi tidak mengapa kerana niat tidak betul maka wajar kalau rakyat tidak membalas budi yang diberikan itu. Rasnya tidak sampai 10 peratus daripada kira-kira 3.74 juta yang menerima wang itu akan memberi sokongan kepada UBN.
Berbalik kepada cerita Daim yang banyak bercakap hari ini; Najib kena faham isyarat yang diberikan oleh Daim itu, yang mengatakan Najib perlu berundur kalau UBN gagal mendapat undi banyak. Apa termaksud dari itu ialah sekiranya UBN masih gagal menguasai majorii 2/3 di parlimen pada pilihan raya umum akan datang.
Daim telah membawa senario yang ada hari ini, UBN tidak akan dapat majoriti 2/3. Malahan mungkin kerusi yang dimenangi kini akan menurun. Daim ada motifnya memberi isyarat begitu kepada Najib. Kenyataan dan pandangan itu adalah kata dua darinya. Apa yang boleh diterjemahkan Daim kini sedang menguruskan kejatuhan Najib dalam Umno. Dalam bahasa manis menguruskan persaraan awal Najib dalam Umno.
Kalau Daim tidak ada maksud dan niat itu dia tidak membuat predection atau pun pandangan sebegitu kerana ia menegatifkan Najib dan UBN. Sebagai seorang tokoh Umno kata-kata Daim amat diperhatikan dan boleh mempengaruhi pengundi. Dalam keadaan Najib lemah dan gundah hari ini Daim sepatutnya tidak mengugut dan mengancam Najib. Daim juga tidak perlu menyebut isu projek lembu gemuk sebagai isu yang boleh mengancamkan UBN sekiranya ia tidak diurus dengan baik.
Daim seakan memperkemaskan bahawa isu itu akan memakan UBN, bila mana dia mengatakan isu NFC itu berbeza dengan isu Lynas yang bersifat lokal berbeza dengan isu NFC yang bersifat nasional. Kalau Daim ikhas dan jujur ingin membantu Najib beliau patut memberi formula bagaimana menyelesaikan isu NFC itu.
Orang yang dapat membaca politik licit Daim akan tahu ke mana hujung jatuh, nasihat, ugutan dan suara kebimbangan Daim itu. Daim tidak akan menabur benih begitu sahaja kalau ia tidak berhajat untuk menunaikannya. Apabila dia merancang menjatuhkan seseorang sudah tentu ada seseorang lain yang dirancang supaya naik. Ingat otak Daim adalah otak kapatilis. Seorang kapatilis akan mengambil kesempatan dari celah dan keadaan mana sekali pun.
Selepas pilihan raya akan berlangsung perhimpunan agung yang melibatkan pemilihan kepimpinan. Di sinilah yang sedang dinanti oleh Daim dan Mahathir. Pemilihan Umno itu mereka nanti seperti mana menanti ikan masuk ke pergentingan setelah air di hulu milik kucahkan. Campur tangan Daim dan Mahathir dalam politik Najib hari ini ibarat mengucah air di hulu untuk menangkap ikan di hili.
Sudah tentu sekiranya Najib gagal mendapat majoriti 2/3 beliau harus berundur dengan terhormat sebagai presiden Umno. Najib tidak boleh bertahankan lagi dan ahli Umno juga terutama mereka yang veteran dan simpati dengan Abdullah tidak sedia untuk bersama Najib. Najib tidak ada apa-apa kelebihan dalam menguatkan politik dirinya selain dari menerusi jawatan-jawatan yang pernah disandangnya.
Di sinilah nanti Najib akan menangis tanpa lagu dan iramal. Sekiranya dia mengambil jalan untuk terus memipin Umno dia pasti akan dilawan. Orang yang diaturkan oleh Daim dan Mahathir nanti akan berdepan dengan Najib. Dalam konteks ini orang itu bukan Tengku Razaleigh Hamzah yang masih bermain mata untuk kerusi Presiden Umno.
Siapakah orang itu, dia tidak lain dan tidak bukan Muhyuddin Mohd Yassin alias Udin anak Yassin. Bagi Daim dan Mahathir mereka mempertaruhkan harapan besar untuk menganjakkan Muhyuddin ke atas. Bagi Daim sudah tentu kalau Muhyuddin naik beliau akan dibalas oleh Muhyuddin (sekiranya UBN menang) untuk menjaga khazanah negara. Gubuk ekonomi akan diserahkan kepada Daim.
Manakalan Mahathir ada kepentingan lain yang tidak tertafsir oleh Abdullah Badawi. Mahathir mahukan anaknya Mukhriz naik menjaluri belakang Muhyiddin Yassin. Untuk mencapai cita-cita ini mudah bagi Mahathir kerana kalau Muhyiddin naik bangsa-bangsa atau 'darga-darga' lain seperti Ahmad Zahid Hamid, Hishamuddin Hussein dan Shafei Afdal bukan pesaing lagi.
Apakah ada orang fikir Mahathir tidak mahu jadi seperti Tun Razak? Justeru Najib perlu mencurigai Daim Zainuddin dan jangan memberi ruang terlalu banyak dalam media milik Umno untuk orang kecil tinggal atas bukit ini bersuara. [wm.kl.10:17 am 15/03/12]
No comments:
Post a Comment