Tuesday, March 20, 2012

Pemakluman Peribadi

Page view Blog Merah Tinta Cecah 9 Juta

Tanpa disedari pengunjung blog Merah Tinta (page view) kini sudah pun mencecah ke angka 9,029498 dengan jumlah pengikut setia seramai 1,545 orang. Manakala jumlah yang menjadi ahli Fan kepada blog ini yang baru dilancar sebulan lebih seramai 2,176.

Pencapaian ini
sesuatu yang mengharukan saya. Nampaknya blog saya masih lagi diberi kepercayaan oleh pengunjung untuk mendapat maklumat atau berintraksi - berbicara politik dengan saya, bertukar bahan dan sebagainya. Tampaknya beberapa orang penjengok yang bersumpah untuk tidak menjengok blog saya kerana tidak sejiwa dengannya tidak menjejaskan jumlah pengujung atau page view.

Sesuatu yang menggembirakan saya, sudah ada peralihan dan perubahan sikap dari kalangan penjengok. Akhir-akhir ini penjengok yang nakal (saya istilahkan otak kemetot) ataupun yang sengaja menganggu blog saya menerusi komen-komen yang tidak beradat dan dibuat semasa melepas hajat sudah berkurangan.

Jumlahnya tidak sampai 0.5 persen. Mungkin kesedaran ini bergerak bersama peredaran masa dan juga tindakan-tindakan tegas yang saya ambilkan seperti menyiarkan komen-komen yang kurang adat untuk direnungi dan dinilai bersama. Atau pun mereka yang dulu comot kini sudah agak bersih. Saya berharap semoga 'kesihatan akal' sebegini akan berterusan.

IsnyaAllah atas sokongan semua saya akan cuba berjuang dan berbakti menerusi blog ini. Saya sedia berkongsi dengan sesiapa juga untuk kebaikan. Saya tidak akan terlalu bias. Cuma sesuatu yang saya sedang fikirkan bagaimana untuk saya mengatasi beberapa kelemahan yang sering diperkatakan terhadap blog saya baik secara umum atau peribadi. Saya juga sedang memikirkan bagaimanakah untuk memperbaikinya.

Yang selalu saya harap bukan pujian dan sanjungan tetapi pengertian ikhlas anda bahawa kerja membangun dan meneruskan penulis alias perjuangan dalam blog seperti ini adalah sukarela. Cukup anda memahami masalah ini kandati tanpa sanjungan. Terus terang saya katakan kalau tidak ada komitmen dan kesungguhan tidak terbangun blog ini kandati pun mutunya tidak seberapa.

Yang orang tidak tahu juga kadang saya terpaksa menulis, membuat posting baru walaupun dalam keadaan betapa sibuk dan dhaif. Saya rasa bersalah kalau sehari tidak membuat posting baru kerana tidak sanggup penjengok setia saya ternanti-nanti dengan pelbagai andaian terhadap saya.

Dalam pada itu saya juga bercadang untuk membebaskan komentar ke dalam blog ini tanpa mengsensorkan. Namun ia masih dalam pertimbangan sejauh mana keperluan dan kebaikannya nanti. Apakah ada jaminan dari penjengok sekalian kita akan beradat dan bertatasusila?

Akhirnya kepada anda khasnya penjengok blog saya, yang tidak jemu-jemu memberi semangat kepada saya, saya ucapan terima kasih. Tanpa anda pena saya tidak akan mengalir minda saya tidak berkembang! Didoakan moga segala kebaikan itu diperhitungkan Allah s.w.t. baik di dunia maupun di akhirat. Tidak pernah terlupa kepada isteri Hjh Naimah yang sesekali diminta membantu.


Salam hormat,
MSO, Kuala Lumpur.

10 comments:

NorfizinYusoff said...

teruskan penulisan secara ilmiah penulisan secara check and balance supaya ia menjadi penegur membina kepada kerajaan dan pembangkang

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Berkenaan hasrat tuan untuk membebaskan komen-komen penjungok, saya rasa biarlah tuan kekalkan cara sekarang yakni membuat tapisan.

1. Saya pasti keadaan itu boleh diambil kesempatan oleh mereka yang ingin memburukkan blog tuan. Sekarang mungkin agak kurang sebagaimana kata tuan. Naun andai tuan mebebaskan komen maka mereka akan datang kembali.

2. Bagi penjengok seperti saya yang tidak mempunyai asas kewartawanan dan penulisan, kami tida tahu langsung tentang etika dan peraturan dalam penulisan lebih-lebih berkenaan isu politik, keselamatan negara, akta mesin ceta dan dan susiladalam menulis.

Setiap kali saya membuat komen dankomen saya tidak disiarkan maka saya sangat ia pasti ada yangtak kena dan seandainyadisiarkan maka ia adalah wajar untuk datatap oleh umum. Jadi, bagi saya tuan adalah pemeriksa pada komen-komen saya.

Wa Allahu alam.

Mattamam said...

Salamullah alaik MSO..sy antr pnjengok blog tintamerah yg sntiasa tnanti2 posting tbaru..truskan usaha saudara yg byk memberi sumbangan minda kpd pnjengok tdk kira dr parti mana..moga rahmat Allah mengiringi usaha saudara..

yaziz mohd yusof said...

Assalamualaikum saudara MSO.......tahniah diucapkan diatas pencapaian tersebut, harap teruskan penulisan anda sebagai wadah untuk menyampaikan pendapat anda dan berita yang tidak terdapat dalam saluran arus perdana.

orangkasai said...

penulisan bermutu, menarik dan yang penting ada kebolehpercayaan kandungannya....tuan tidak beremosi seperti blogger lain....teruskan

tokjeng said...

Tahniah buat Pak MSO.. saya harap Pak Sayuti terus menulis secara analitik dan adil secara konsisten. Saya memang peminat setia blog ini..

Aku Dan Teksi said...

Blog ini menjadi yg pertama sy buka setiap kali mengadap PC,tulisan tuan tentang politik amat relevan sekali.kekadang sy mengambil contoh gaya penulisan dengan blog ini.

AnakSama said...

Tahniah atas pencapaian page view mencecah 9m. Moga semakin ramai yang dapat berkongsi ilmu dengan tuan. Teruskan berjuang melalui mata pena tuan dengan ikhlas.....

firdaus said...

tuan mso memang dilahirkan untuk menjadi penulis.. semoga Allah terus memberi kekuatan dan ilham seperti yang dikehendakiNya untuk tuan

semoga peminat akan bertambah ramai dan segala idea tuan dapat diterima mereka dan membuka minda mereka bahawa sebarang bentuk penulisan yang ditulis sebenarnya adalah untuk mencari kebaikan memberi inspirasi mencari dan mencurah idea.. bukan mensia-siakan ilmu yang kita ada hanya untuk menyakitkan hati orang lain semata-mata untuk kepuasan diri

memang dah semulajadi manusia tu ada pelbagai ragam dan perangai..terimalah realiti kalau ada hati nak pijak ke bumi...

akulah69 said...

salam,

tahniah tuan, semoga terus memberi input yang telus dan terkini.