Hasan Akidah Terkena Lagi?
Musykil juga kita macam mana seorang Melayu yang kuat beragama, membawa Quran sejak dari kecil, membaca Khutbah di masjid-masjid berkelulusan Phd di luar negara lagi.. tetapi boleh berbohong. Sepatutnya orang agama yang berpendidikan seperti itu tidak akan berbohong atau tergamak memutar fakta yang mudah dipetahkan oleh orang lain?
Tetapi itulah nampaknya yang berlaku kepada Hasan Akidah alias Hasan Ali seperti mana didedahkan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan bekas Exco Selangor itu mengenai peruntukan membaiki pejabat.
Kata Hasan sebelum ini beberapa orang Exco telah membelanjakan wang ratusan ribu untuk membaiki pejabat.
Sebaliknya apa yang didedahkan oleh Khalid hari ini jelas, nyata dan tidak payah bersuluh lagi yang banyak membelanjakan untuk membaiki pejabat ialah Hasan sendiri. Hasan tampaknya telah meludah ke langit akhirnya terkena hidung comelnya sendiri.
Dedah Khalid, Hasan Akidah telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.
Misalnya Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).
Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).
Daslam senarai itu tidak pun termasuk nama Dr Halimah Ali yang dituduh oleh Hasan sebagai Exco yang paling banyak membelanjakan peruntukan untuk membaiki pejabat. (Saya nak pergi ke pejabat Halimah dan mengambar gambar seperti ditawarnya. Harap Halimah boleh hubungi saya).
Berdasar pendedahan Khalid itu menjelaskan Hasan bohong dan cuba melindungi apa yang berlaku kepada dirinya. Pembohongan ini memalukan Hasan dan beberapa orang pengikutnya. Elok kalau Hasan memohon maaf atas pembohongan beliau seperti didedahkan oleh Khalid itu.
Dalam hal ini saya tidak kira Khalid yang tidak dilihat Islami, yang tidak mengakui mengaji Quran sejak kecil, yang tidak mengaku berkelulusan tinggi, yang tidak mengaku tahu membaca khutbah... atau yang tidak mengaku sebagai seorang pejuang akidah... lebih Islam dan jujur dari Hasan Akidah.
Jelas yang perlu diperbetulkan akidah politik dan agama di sini bukan orang lain melainkan Hasan sendiri. Sebab dalam Islam, dilarang orang yang bercakap bohong, membuat fitnah dan memburukkan rakan dan parti sendiri.
Dalam perkembangan lain khabarnya seorang orang kuat Hasan yang selama ini menjadi penasihat telah bertelingkah dengan Hasan. Katanya bekas Exco itu yang baru set-up pejabat di Taman Tun Dr Ismail telah melarang orang kuat itu dari memasuki pejabatnya.
Masalah yang difahami ialah berhubung dengan penyalahgunaan wang? Sejauh mana ianya benar kita akan cuba siasat. [wm.kl.7:34 pm 27/03/12]
1 comment:
dia ada pelbagai modul untuk memotivasikan orang tetapi dia lupa mencipta modul untuk dirinya sendiri.
bila sudah jadi golila itulah jadinya,
golila akan makan apa saja dalam hutan,
Post a Comment