Friday, March 2, 2012

Selepas Subuh

Pas Kedah Perlu Membulankan Diri

Malam
tadi Jawatakuasa Kerja Pas Pusat telah mengadakan mesyuarat rutin bulanan yang saya kira antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai perkembangan Pas Kedah yang sedikit riuh randah beberapa hari lalu.

Mesyuarat malam tadi tanpa kehadiran presiden kerana Abdul Hadi Awang berada di luar negara. Khabarnya beliau berada di Vienna Austria kerana menghadiri forum dunia. Saya tidak faham sepenting mana forum itu perlu dihadiri Abdul Hadi berbanding pulang untuk melihat kemelut dalam partinya sendiri.

Bagaimana pun timbalan presiden Muhammad Sabu hadir dan mempengerusikan mesyuarat malam tadi. Seperti mana diumumkan Muhammad Sabu, satu pertemuan di Kedah akan diadakan Sabtu ini. Perteman itu dinamakan pertemuan mahabbah di antara semua pihak di Kedah. Perusuhjaya negeri juga turut dikerah ke negeri Jelapang Padi itu.

Pertemuan itu bagi melendikkan keadaan di Kedah. Walaupun masalah angkat sumpah Exco sudah selesai tetapi masih ada perkara-perkara yang perlu distrikerkan.

Katanya antara tujuan pertemuan mahhabah itu untuk mempertemukan Azizan Razak dengan timbalannya Phakhrolrazi Zawawi yang bertegas tidak mahu menyambung khidmatnya sebagai Exco kerana akur dan patuh kehendak Pas kawasan Kuala Kedah. Katanya Pas Kawasan Kuala Kedah yang dipimpinnya telah mengambil ketetapan agar semua Adun dalam Parlimen Kuala Kedah tidak menerima tawaran Exco sebagai protes kepada Azizan.

Ketetapan itu juga terkena ke atas batang tubuh Amiruddin Hamzah kerana beliau salah seorang Adun dalam Kuala Kedah. Tetapi mengelirukan sedikit bila mana Amiruddin tidak sedia akur dengan keputusan itu atas alasan beliau tidak menghadiri mesyurat yang membuat ketetapan itu.

Kekeliruan inilah menyebabkan Amiruddin dilihat sebagai belot menyebabkan Pas Kuala Kedah memberi kata dua sama ada kekal untuk bertanding di Dun yang diwakili sekarang ataupun melepas jawatan Exco. Keadaan ini merupakan tekanan kepada Amiruddin dan meletakkan Exco ini dalam keadaan terjempit.

Seperti dikatakan tadi kerajaan Kedah telah dibentuk pada Ahad lalu. Tetapi tanpa penyertaan Phakhrolrazi dan Dr Ismail Salleh ia nampak tidak sempurna. Pas Kedah kelihatan masih berkemelut, apa lagi Phakhrolrazi adalah timbalan Pesrujhaya 1, manakala Dr Ismail Salleh timbalan Pesruhjaya 2, kedua-dua mereka adalah orang penting dalam Pas Kedah.

Sejauh manakah usaha Pas Pusat untuk membawa semua pemimpin tertinggi mereka berhimpun di Kedah malam esok esok berjaya menghuraikan masalah, ia menjadi perhatian umum. Semua pihak akan terbeliak mata melihat pertemuan esok. Dipihak Pas mengharap ia boleh menyelesaikan masalah.

Apa yang perlu berlaku esok, pertemuan itu hendaklah berjaya. Harapnya pertemuan di kediamaan MB di Mentaloon itu akan dihadiri oleh Phakhrolrazi, Dr Salleh dan pihak-pihak yang bersamanya khasnya Dewan Ulama Pas Kedah. Jangan ada yang absen atas apa juga alasan. Kalau satu pihak tidak hadir ia akan disuluh sebagai kegagalan pertemuan itu.

Kooradinator pertemuan ini ialah Salehuddin Ayub. Beliau hendaklah memainkan peranan penting dan memastikan ia berjalan lancar. Kegagalan pertemuan esok ia akan memalitkan kepada Sallehuddin. Setakat ini usaha yang dipikulnya berjalan lancar.

Kemelut Pas kedah perlu diselesaikan. Pas Kedah perlu mengelakkan sengketa atau perbalahan yang boleh diambil kesempatan oleh musuh. Kedudukan kedah penting bagi Pakatan Rakyat kerana ia memberi lambang kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang. Kalau Kedah juga bercelaru ia boleh menjejaskan kepercayaan rakyat kepada oposisi.

Nasib yang menerima kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sudah memberi imej buruk kepada Pakatan kandati apa yang berlaku itu adalah pengkhinatan UBN. Manakala kejatuhan kerajaan Pas Tenengganau juga satu bayangan menakutkan. Tidak mustahil kalau tiada kestabilan dan persepakatan Kedah juga akan mengami nasib buruk seperti Terenganu.

Dalam pertemuan esok esok, Azizan dan Phakhrolrazai dan Azizan hendaklah kembali kepada matlamat asal. Ketepikan perasaan diri sendiri atau ego masing-masing. Matlamat asal ialah untuk mengekalkan Kedah dibawah Pas. Sekiranya mereka menyedari perbalahan itu tidak memberi untung kepada sesiapa, nah mereka perlu mahasabah dan ahlawansalan.

Baik Azizan atau Phakhrolrazi kena terbuka, telus dan ikhlas dalam usaha mencapai niat ini. Laianlah kalau masing-masing beranggapan krisis mereka tidak menjejaskan peluang Pas Kedah maka bergasaklah sampai ke Subuh. Namun kena ingat kalau kerajaan Pas Kedah tumpas, rakyat akan meletakkan kesalahan dan dosa nanti di atas bahu mereka berdua walaupun faktor lain kejatuhan itu tetapi mereka berdua tetap akan disabitkan.

Makanya sebelum pilihan raya umum tiba kedua mereka hendaklah membersihkan diri masing-masing. Caranya ialah berbaik seperti sebelum mendapat kerajaan negeri dulu. Saya yakin kalau kedua mereka berfikir seperti dulu, kemelut itu akan dapat distrikerkan dengan ada pertemuan mahabbah itu.

Manakala pihak-pihak ketiga yang menjadi penyokong kepada kedua orang tokoh itu harus damaikan perasaan dan insaf. Mereka juga kena kembali ke asal. Jangan mereka simpan salah seorang wajah mereka itu dalam minda mereka, tetapi simpanlah keduanya. Seluruh orang Kedah kena membulankan diri di atas tanah hijau. [*** wm.kl. 03/02/12]
Post a Comment