Keindahan Yang Tak Dimanfaatkan
Adakalanya kita terlupa atau pun tidak perasaan kepada keindahan alam sekitar di tempat kita. Kita mudah terpegun dengan keindahan ataupun kecantikan kampung halaman orang lain atau orang asing walaupun ianya tidak seberapa mana.

Di sini ada sebuah tasik besar yang kini menjadi empangan. Empangan ini dibawah seliaan Jabatan Parit dan Saluran (JPS) Kelantan. Tidak ada catat sejarah bagaimana empangan ini terbentuk. Tiada pula lagenda atau mitos mengenai empangan ini di ceritakan orang tua-tua. Tidak terdengar di tasik ini ada misteri tertentu.

seorang wanita Umno mati lemas semasa mandi di sini ketika parti itu mengadakan khemah kerja kira-kira 32 tahun lalu.
Tiada catat rasmi mengenai empangan ini. Masa saya semakan geoogle tidak terdapat banyak gambar empangan ini yang dimasukkan. Ini menunjukkan empangan ini tidak menjadi daya tarikan ramai serta dipedulikan. Tidak diketahui berapa kedalamannya dan keluasanya. Fakta-fakta asas mengenai tiada langsung.

Semasa menghadiri majlis kenduri anak buah di Padang Bukit Sabtu lalu saya menyempatkan diri untuk melihat empangan berkenaan dan mengutip jejak-jejak rindu di masa remaja. Sudah lebih 30 tahun saya tidak menjengoknya.

Menakjubkan, itulah yang terdetik di hati saya. Keluasannya sejauh mata memandang menjadikan terasa ia bukan Bukit Kwong yang saya saksi 30 tahun lalu. Air yang jernih disimbah awan membentuk dua dimensi yang merujakan perasaan. Seakan langit dan bumi bercantum menjadi satu. Dari kejauhan pula kelihatan sayup-sayupan bukit bukau yang seolah-olah mengelilingi empangan itu persis menjadi jaga.
Rupa empangan itu sudah diperindahkan dengan binaan tembok sebagai benteng. Kawasan empangan ini juga saya rasakan semakin luas. Dulu ada dataran di tasik yang boleh dijadikan padang untuk bermain bola ataupun diadakan apa-apa majlis keramaian ataupun pesta.

Untuk menjadi daya tarikannya mungkin boleh diwujudkan pusat membeli belah atau penjualan barang kraf tangan atau hasilan seni Kelantan di sekitar

Bila adanya pesta tahunan itu di situ menjadikan empangan Bukit Kwong akan lebih dikenali lagi. Dan sekiranya berkemampuan pesta air juga boleh diadakan di empangan itu, seperti lumba kayak, boat dan sebagainya. Keluasan tasik dan air yang jernih dan bersih boleh dimanfaatkan untuk itu.
Sayang kalau empangan yang indah dan mendamaikan perasaan itu tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. Sekiranya empangan itu dimajukan sebagai pusat pelancongan ia juga boleh mengatasi masalah sosial yang dikatakan berlaku di sekitarnya di mana kini ia menjadi tempat remaja berpelesaran di dalam semak samun berdekatan empangan itu. [wm.kl.12:46 t/hari 14/03/12]
No comments:
Post a Comment