Laporan Khas
Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bergelegak sedikit beberapa hari ini mungkin tidak akan sampai ke peringkat tahap didih (100 darjah celcius), ini kerana punca sebenar kenapa berlaku kemelut di pejabat AKSB kononnya berlaku jenayah (pencerobohan bilik seorang pegawai) sudah terjawab dan sudah bisa dibuat kesimpulan. Dakwaan awal mengenai beberapa dokumen dan peralatan kantor pegawai berkenaan hilang adalah kurang tepat.
Saya mendapat pejelasan dari Hanapi. |
Beberapa maklumat yang saya terima sebelum ini membolehkan saya mencuit AKSB memerlukan penganalisaan, dan apa yang saya kehendaki sudah terjawab serta hampir memuaskan hati.
Mungkin ada pihak-pihak lain yang lebih mengetahui sedalam mana 'loji air' Kelantan tidak akan berpuas hati dengan apa yang saya jelaskan. Saya tegaskan saya menjelaskan terhadap apa yang tersimpul dalam kepala saya. Tidak mustahil kalau ada yang membuat tohmahan lain pula kepada saya. Biasalah...
Bagus juga isu itu diecer dalam blog kerana pihak yang terlibat ada terasa sakitnya. Mereka yang terkutir juga wajar merasa demikian. Kerana saya sebagai penulis akan mengutir dan mecubit seisapa saja, untuk mendapat perkara yang benar dan betul. Mungkin kalau tanpa kutiran dan cubitan ini saya menjadi jahil dengan isu air ini dan menganggap ia adalah hasil kejahatan Umno keseluruhannya.
Dalam penjelasan atau analisa ini saya hendak mulakan dari tindakan NGO bernama MRTK yang membuat onar dan menjaja isu air Kelantan yang kemudiannya cuba meletakkan kesalahan ke atas pihak pengurusan iaini AKSB di mana akhirnya natijah akan terjatuh atas kepala kerajaan Pas Kelantan. Ngo itu yang dulunya diimpin oleh Inchek Ibrahim Ali kemudian Rosli Ibrahim, bekas senator... ini bergerak aktif kebelakangan ini cuba menimbulkan persepsi buruk kepada AKSB. Tindakan ini tidak usah bercerita panjang dan banyak berhelah, orang sudah tahu akan matlamatnya. Bak kata orang terkilas ikan di air sudah tahu jantan atau betina, siapa dan puak mana menunggang belakang MRTK.
MTRK tidak berbuat sesuatu kalau bekas presidennya tidak arah? Suisnya ada di Kuala Lumpur. Semasa bekas presidennya makan nasi setalam dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, MTRK tidak aktif menjadi penyambung lidah syaitan kononnya untuk membela kemungkaran dan menghapus penyelewengan. MTRK malahan seakan mati terus. Tetapi setelah nasi di talam habis, lauk ditalam dilahap barulah NGO ini muncul kembali yang dipimpinan oleh orang yang pernah disenaraikan sebagai bankrasi.
Tidak menjadi masalah... MTRK boleh bangkitkan apa saja isu demi kepentingan rakyat, tetapi biarlah secara adil dan profesional. Bangkit dan ungkitlah atas matlamat yang suci dan bersih. Atas tanggungjawab dan kekepentingan bangsa dan rakyat bukannya kerana menjadi alat dan perkakas kepada mana-mana individu. Kita seharusnya berjuang kerana Allah demi rakyat bukan kerana kepentingan lain demi tembolok kita.
Namun apa yang diungkitkan MTRK itu keterlaluan dan meleset. Paling mendukacitakan ada agenda lain di sebalik isu-isu mengenai kelemahan pengurusan di AKSB yang ditimbulkan itu. Pihak AKSB dan kerajaan negeri tidak bermasalah perlu menerima ungkitan MTRK itu selagi ia beradat, adil dan munasabah. Apa juga perkara diperkatakan perlu diambil tindakan dan peka terhadapnya. Tetapi kalau tindakannya mencermin tindakan seekor kuda atau pun lembu tenggala sawah, ia sudah tidak perlu diberi perhatian lagi bahkan perlu dijuah kerana tindakan sebegitu satu pengkhiatan.
Tetapi dari sudut lain yang mungkin menjadi persoalan dan dikesali, siapakah yang memberi maklumat kepada MTRK sehingga Ngo itu boleh mengecer akan apa saja keburukan tentang AKSB? Ini yang menjadi persoalan. Sama ada perkara itu betul atau tidak... itu satu hal, tetapi yang mendedahkan maklumat kepada pihak ketiga itu satu perkara lain yang dikesalkan.
Tindakan ini tidak amanah dan perlu dikesali oleh warga ASBK kerana ia menyentuh soal kredibiliti dan maruah. Sikap itu tidak ubah seperti ingin membuang najis tetapi berak di setesen bas. Satu tindakan yang bodoh dan melanggari ikrar dan sumpah perkhdimatan yang dilafazkan. Kenapa dikatakan begitu, kerana pihak ketiga seperti MTRK itu tidak akan tahu masalah dalaman kalau bukan ada gunting dalam lipatan yang membukanya.
Memorandum 34 Perkara
Apa diketahui, isu-isu yang dibangkitkan sebagai modal politik oleh MTRK untuk mengecam AKSB ianya bermula daripada memorandum 34 perkara yang dibuat oleh kakitangan syarikat berkenaan. Memorandum inilah yang menjadi perkara pokok serta punca kepada apa yang berlaku di syarikat itu sekarang ini. Memorandum itu ditandatangani oleh 10 orang kaki tangan AKSB yang tidak berpuas hati dan mungkin berniat baik untuk memperbaiki keadaan dalam AKSB yang dari kaca mata mereka banyak kecacatan dan kelemahan menyebabkan syarikat air Kelantan bermasalah.
Sekali lagi lagi ditegaskan memorandum itu tidak ada cacat celanya. Malahan ia suatu ibadat oleh kumpulan 10 itu. Tetapi apa yang menyebabkan memorandum itu dilihat menjadi penyakit ialah kerana pengurusan terhadap memorandum itu tidak berjalan dengan lancar. Ada prejudis dan sangkaan buruk kepada memorandum berkenaan yang dihantar kepada pihak Lembaga Pengarah (AKSB) pada Mac 2010.
Pihak Lembaga Pengarah telah bertindak ke atas memorandum itu menurut prosuder sepatutnya. Sebuah perunding dilantik untuk mengambil tindakan ke atas memorandum itu termasuk menyiasat apa-apa dakwaan di dalam memorandum itu terhadap AKSB. Sebanyak RM300 ribu katanya dibayar atau dibelanjakan untuk perunding berkenaan. Ertinya memorandum itu tidak dipendam seperti mana disalah anggap sesetengah pihak.
Hasil siasatan itu, seperti dijelaskan Hanapi perunding mendapati tuduhan di dalam memorandum itu tidak benar. Bertolak dari itu pihal Lembaga Pengarah telah memutuskan supaya satu siasatan dalaman (Demostic Inqiry) perlu diadakan kerana dalam memorandum itu terdapat unsur-unsur prejudis, memburukkan seseorang serta boleh menjatuhkan imej AKSB. Malangnya disebabkan beberapa masalah, teknikal siasatan itu tidak dapat dijalan dalam tempoh yang dikehendaki, menyebabkan timbul persepsi memorandum itu tidak dipedulikan dan pedihnya timbul tuduhan individu politik sengaja melindungi orang-orang tertentu.
Tuduhan-tuduhan secara senyap termasuk menerusi surat layan terhadap individu tertentu dan juga AKSB menjadikan perang dingin berlaku dalam AKSB di mana perang dingin memberi kesan tidak baik kepada syarikat itu dan menyebabkan tumpuan untuk memulihkan keadaan air tidak dapat dijalankan secara fokus. Memorandum yang berniat baik, tujuan untuk membaiki keadaan AKSB telah bertukar menjadi punca pergeseran, salah tanggapan di dalam AKSB.
Lebih malang lagi di celah-celah kegawatan inilah menyelinapnya musuh-musuh kerajaan Kelantan menggunakan isu ini untuk memburukkan lagi keadaan. Dari sehari ke sehari pihak yang memasang lukah di pergentingan makin kuat melaung dan melalak mahu menghuduhkan ASKB dan kerajaan Kelantan. Dan tentulah perkara yang paling menyakitikan hati apabila isu ini sampai kepada SPRM. Apabila ia sampai ke sini isu ini sudah dianggap serius dan wajarlah kalau pihak pentadbiran AKSB mengambil tindakan 'menyiasat' mengenali musuh dalam selimut kerana ia sudah melampau.
Menjadi tugas dan tanggungjawab pengursan AKSB untuk menyelesaikan isu ini. Kerana mempercayai siapa atau kumpulan mana membawa angkara maka siasatan ke atas mereka diperlukan. Tindakan ini juga wajar. Sekiranya pihak berkenaan, di dalam hal ini mereka yang diberi tunjuk sebab dapat memberi jawaban memuaskan hati dan tuntas, mereka tidak perlu takut dan gentar. Dalam kedudukan ini pihak pengurusan tidak boleh dipersalahkan kerana ada peruntukan berbuat demikian, menyiasat dan memberi surat tunjuk sebab.
Solusinya hasil pemerhatian saya, untuk menyelesaikan kemelut ini ataupun bagi mengurangkan tahap didihan air Kelantan semua pihak kena membuang segala kelodak mazmumah yang tertampal di hati. Gantikan sifat-sifat keji itu dengan sifat baik, mahmudah. Selagi sifat-sifat ini berkembang biak dan bertapak di istana Iblis (hati) maka selama itulah air Kelantan tidak akan jernih dan bersih. Sekarang ini baru saya faham kenapa di sesetengah tempat di Kelantan paip jadi tersumbat dan mengeluarkan air berkeladak kerana orang yang mengurus air bermasalah, berdengki sesama sendiri.
Apakah AKSB memerlukan satu reformasi menyeluruh? [wm.kl.9:02 am 10/07/12]
No comments:
Post a Comment