Lintas Langsung
Hari ini merupakan tamat tempoh yang diberikan kepada anak negarawan bekas TPM Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar supaya membuat keputusan sama ada ingin meneruskan kembara dan gelajah mencerahkan iman di seluruh negara serta menyedarkan rakyat betapa busuk dan jahatnya Umno ataupun beliau akan menerima padah. Kata dua telah diberikan kepada Tamrin untuk membuat perhitungan terakhir menerusi satu panggilan telefon.
Tamrin Ghafar |
Dua tiga hari lepas Tamrin telah menerima panggilan misteri yang memberi kata dua kepadanya supaya tidak meneruskan kembara menyadarkan rakyat agar meninggalkan Umno dan menjatuhkan kerajaan BN. Panggilan itu diterima semasa dalam perjalanan untuk berceramah di Bukit Gantang, Perak. Pemanggil itu membuat ancaman sekiranya Tamrin tidak berganjak beliau akan menerima nasib sama seperti dialami Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, yang diaibkan.
Baru sekejap saya menghubungi Tamrin untuk bertanya khabar mengenai ancaman berkenaan dan juga tuntutan yang dibuat pemanggilan yang dikenali rapat dengan tokoh Umno atasan. Tamrin yang ketika ini berada di lapangan terbang bersama Mohd Sobree Shafei dalam perjalanan ke Kelantan, memberi tahu beliau tidak pun mempedulikan ancaman berkenaan dan menganggap ia hanya kerenah budak nakal berkepala botak.
"Iya hari ini genap tempoh yang diberikan kepada saya, tetapi InsyaAllah saya akan meneruskan hajat saya kerana saya yakin apa yang saya buat kini adalah terbaik dan berada di jalan benar - Marditillah," katanya.
Menurutnya pendirian beliau terhadap ancaman itu sudah dijelaskan dalam ceramah-ceramahnya sebelum ini termasuk di Johor Baharu kelmarin. Katanya saya akan tetap dengan apa yang saya lakukan sekarangh ini kerana Umno jahat. Saya pernah duduk dalam reban bernama Umno setidak-tidaknya saya juga teena bau busuk itu dan saya sudah insaf.." tegasnya.
Tegasnya beliau juga berjanji dengan dirinya selagi Allah meminjamkan nyawa kepadanya beliau akan menggunakan nyawa itu untuk berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan waktu ini beliau melihat hanya Pas berjuang ke arah itu.
Sehubungan itu bila saya ajukan apakah beliau berniat untuk bertanding atas tikit Pas, cepat beliau mengelak dengan berkata; "Sayuti saya tidak fikir itu, bagai saya wakil rakyat sudah berlalu... lagi pun saya pernah berada dalam parlimen. Yang peting macam mana saya dapat menyumbang sisa-sisa usia ini untuk membantu Islam khasnya Pas."
Mengenai ancaman itu ditanya apakah kemungkinan ancaman itu Tamrin tidak dapat mengagaknya cuma berkata kalau mengenai wanita beliau tidak kisah isu itu kerana wanita dalam Umno samalah dengan bunga dan tangkai, akrab. Beliau kini katanya sudah tidak percaya Umno lagi. "Saya tidak kisah kalau isu wanita sebab saya dulu Umno. Tetapi ingat... saya juga ada menyimpan banyak kisah pemimpin Umno dengan wanita... yang setengahnya gambar ada dengan saya," katanya sedikit mengancam.
Diminta gambar-gambar itu atau menceritakan kisah korapnya pemimpin Umno dengan wanita beliau berkata; tak usahlah kita bermain secara gentlemen dan profesional.
Tamrin yang juga bekas Exco Pemuda Umno dizaman Anwar, berkata beliau tidak fikir Umno berani bermain buruk dengannnya mengenai isu wanita atau apa-apa, sebab apa yang beliau lakukan sekarang ini, atau melawan Umno kini bukan menggunakan isu peribadi tetapi lebih kepada realiti dan hakikat yang beliau alami sendiri.
Jelasnya juga rakyat hari ini tidak dapat menyembunyikan apa yang berlaku dan beliau bersama rakan Umno yang insaf hanya mengesahkan saja kerana kebetulan beliau adalah saksi hidup yang tahu mengenai sebahagian besar kesalahan dan kemungkaran pemimpin Umno termasuk Najib.
Malam ini Tamrin akan berceramah di parlimern Pasir Mas bersam Abby Abadi dan Mohd Sabree Shafee iaini rakan baik Inchek Ibrahim Ali. Sudah tentu apa yang bakal diperkatakan Tamrin khususnya ulasan mengenai ahli parlimen bebas itu yang rapat dengannya dinanti-nantikan oleh masyarakat di Pasir Mas. Dan jangan lupa dengar apa persepsi Sabree terhadap Inchek Ibrahim Ali... apakah dia mencela atau pun masih memberi muka. [wm.kl.12:08 t/hari 01/07/12]
No comments:
Post a Comment