Mentari indah yang sempat dirakam dari kaca kapal terbang di KLIA. |
InsyaAllah esok saya akan mula memblog. Banyak isu-isu tertinggal oleh blog saya dalam dua minggu lepas. Semasa musafir saya mencuba untuk mengisinya, tetapi tidak berjaya... terutamanya sesama berada di Juruselam, begitu terdesak sekali untuk saya menulis memberi gambaran langsung secepat mungkin sebaik mata dan hati saya menyapa masjid berkenaan yang penuh bersejarah di mana keadaan kini seolah-olah dalam terbiar dan bisu.
Air mata saya terus mengalir laju sebaik saja melangkah masuk ke Dome of The Rock (Sakhara) di mana di situlah tempat Nabi kita Muhammad s.a.w. melalukan perjalanan penuh misteri waktu malam, Israj dan Mikraj ke langit untuk menerima syariat solat. Dan semasa berada di gua yang terletak di bawah dome itu di mana tempat Nabi mendirikan solat sebelum Mikraj ke langit, jiwa saya menggeletar bercampur sebak, pulu dan entah apa-apa perasaan yang mengilankan. Diri menjadi terawan-anwan dan dibelit rawan secara tiba-tiba. Perasaan menyelimuti diri menyebabkan saya bagaikan berada di alam lain. Banyak kali saya berastghafar didalam hati mengngati diri dan pencipta.
Banyak lagi sejarah dan memorial yang terdapat disitu yang boleh dilihat dan dijadikan iktibar. Saya akan cuba mencatatnya secara bersiri Insya-Allah jika diberikan kekuatan semangat dan iman oleh Allah. [wm.kl.11:04 pm 25/07/12]
No comments:
Post a Comment