Rencana Khas
Jershima Integrated Sdn Bhd syarikat yang mengeluarkan produk Jerslin teristimewannya Jerslin Oil yang dianggap minyak 1001 kegunaan telah melangkah setapak lagi dengan memperluaskan skop kebajikan syarikat berkenaan dengan memperkenalkan skim khairat kematian.
Norshima Abdul Aziz |
Skim ini lebih
merupakan komitmen dan aktiviti kebajikan syarikat berkenaan yang berasaskan
kepada kebajikan dan perniagaan untuk orang ramai. Jershima Integrated sejak
awal penubuhannya (2009) lagi dikenali sebagai sebuah syarikat yang
beroretasikan Islam – berkebajikan dan menjalinkan ukhwah Islamiyyah dengan
semua isan tanpa ada sekatan sempadan.
Tanpa disedari
berbagai pihak telah menerima bantuan kebajikan dari syarikat yang beroperasi
di Johor Baharu yang berasaskan kepada herba dan mementingkan kesucian ini, termasuklah anak-anak yatim, ibu tunggal, badan-badan
kebajikan, Ngo, badan-badan sukan dan lain-lain. Jershima Integrated didalam
menyampaikan bantuan dan kebajikan yang dituntut Allah s.w.t. tidak gemar menguar-uarkan
bantuan yang dihulurkan seperti mana kebanyakan syarikat perniagaan lain yang lebih untuk menunjuk-nunjuk apabila berbuat sedikit kebajikan.
Prinsip tangan
kanan memberi tangan kiri tidak mengetahuinya benar-benar diamalkan oleh Jershima Integrated. Bahkan
pengasasnya sendiri (Puan Norshima Abdul Aziz) jarang sekali muncul di mana-mana media bahkan penggunannya sendiri belum mengenali kerana semua
kerja-kerja promosi dilakukan para pengurus dan pegawainya.
Mengenai
penglibatan dan ehsan syarikat ini memberi bantuan kebajikan baik produk-produk keluaran syarikatnya maupun kewangan bukan saja
terbatas kepada kelompok, badan dan individu di negara ini saja tetapi turut
sama menghulurkan bantuan untuk negara luar termasuk Aceh Indoensia, Thailand, Palestin, India
dan sebagainya.
Mengenai skim khairat kematian ini merupakan skim
insuran tanpa faedah ataupun tanpa dikenakan apa-apa premium tertentu walaupun satu sen. Ia diperkenalkan
kepada setiap pelanggannya yang membeli satu pakej produk syarikat itu bernilai
RM100.00. Pembelian produk syarikat berkenaan bernilai RM100 secara automatik akan
didaftarkan sebagai ahli tetapi dengan syarat mendapat persetujuan pembeli menerusi pengisian borang khas disediakan.
Pekej atau khairat
kematian ini akan dilancarkan tidak lama lagi dan buat masa sekarang pihak
syarikat berkenaan sedang menyusun dan memperkemaskan pengoperasiannya.
Menurut jurucakap Jershima Integrated skim ini walaupun pelancaran ramsinya belum
dilakukan tetapi proses mengambil atau mendaftar pelanggan Jershima Integrated
telah pun dilakukan sebagai percubaan dan alhamdulilah sambutan menggalakkan.
Ditanya lanjut mengenai
kebaikan menyertai pakej khirat itu, beliau menjelaskan, setiap penggan yang menjadi
ahli khairat tidak akan mengalami apa-apa kerugian sebaliknya mereka akan
mendapat keuntungan (sedekah) RM500 secara automtik kerana mereka tidak perlu
membayar premium tertentu.
Setiap pembeli akan
mendapat RM500.00 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun skim dan setiap
yang mendaftar sebagai ahli automatik mendapat saham (faedah) sebanyak RM500.00 bersama barangan keluaran Jershism Intergrated bernilai RM100.00
Feadah itu menurutnya dapat diambil (dituntut)
bila-bila masa tanpa menunggu tahap matang tertentu tidak seperti mana skim-skim khairat atau insuran lain.
Lebih menarik lagi mengenai skim ini kadar
faedahnya ini tidak hanya terhad kepada kadar faedah pokok (RM500.00) yang dihadiahkan oleh
syarikat tetapi nilainya akan ditasfirkan mengikut budibicara syarikat.
Misalnya kalau ahli terlibat dalam kemalangan; jalan raya, kematian, mala petaka dan sebagainya mereka sudah tentu
akan mendapat faedah asas RM500.00 tetapi syarikat akan menambah mengikut kadar
atau tahap kemalangan dan penderitaan yang dialami ahli.
Salah page dari website Jershima Integrated. |
Dalam perkembangan
lain minggu lepas Jershima Integrated telah mengorak langkah memperluaskan
aktiviti kebajikan dan niagannya ke selatan Thailand. Pengembangan ke selatan Thailand menurut jurucakap itu lebih kepada usaha untuk membaiki taraf hidup masyarakat Islam di sana yang realtif masih ketinggalan.
"Alhamudilah sambutan menggalakkan dan kami melihat masyarakat di sana berpotensi untuk lebih maju menerusi kerja-kerja atau bantuan kebajikan seperti yang kami lakukan," jelas jurucakap syarikat berkenaan. Masyarakat Islam di sana yang hadir pada majlis perlancaran dan perasmian pejabat perniagaan dan khidmat masyarakat Jershima Integarated terletak di pusat bandar Yala itu juga didaftar sebagai ahli skim khirat kematian Jershima.
Untuk mendapat keterangan lanjut berhubung skim dan juga produk Jerslin ini bolehlah telefon di nombor berikut: 07 3515040 atau Hp 017 7278021.
[wm.kl.10:01 am 09/07/12]
Untuk mendapat keterangan lanjut berhubung skim dan juga produk Jerslin ini bolehlah telefon di nombor berikut: 07 3515040 atau Hp 017 7278021.
[wm.kl.10:01 am 09/07/12]
No comments:
Post a Comment