ULASAN SELINTAS
Pemimpin Umno tidak lagi boleh
'berdendang perantau' mempersendakan Pakatan Rakyat amnya dan Anwar Ibrahim khususnya yang
dianggap sebagai bermimpi di siang hari untuk mengambil alih pemerintahan negara.
Beberapa perkembangan terbaru menunjukkan sokongan rakyat kepada PR semakin hangat
dan menyakinkan. Saham Pakatan Rakyat tampaknya lebih berpotensi dari saham
FGVH.
Kalau beberapa minggu lalu Pas
menjadi perhatian dan kebimbangan Umno dengan penyertaan beberapa orang pegawai
tinggi kerajaan, pegawai tinggi polis dan artis, kini perkembangan dan
kebangkiktan politik di Sabah pula mengambil temnpat untuk menganggu emosi UBN.
Welfred Bumburing |
Penyertaan bekas pegawai
tinggi kerajaan ke dalam Pas memberi nilai tambah kepada parti berkenaan dan
secara tidak langsung menyuntik semangat dan keyakinan umum kepada PR.
Penyertaan di atas kesedaran sendiri itu kerana bosan dengan corak dan stail
pemerintah BN menunjukkan makin ramai orang cerdik hilang keyakinan kepada
kerajaan UBN.
Perhijrahan atau bangkangan
secara fizikal para pegawai kerajaan itu juga menunjukkan transformasi politik dan pentadbiran
ditawarkan Ha Najib Razak tidak memberi apa-apa bekas. Ia tidak 'bersera' ke hati. Mereka menyedari bahawa
segala perubahan dan janji-janji itu adalah retorik semata-mata. Ketidakpedulian
kepada anjakan Najib itu menggambarkan perdana menteri itu tidak ada wibawa dan
kredibilitinya lemah.
Kini di Sabah pula berlaku tindakan yang dianggap sebagai drastik dan dramatik. Dua orang pemimpin utama negeri itu yang lebih merupakan pembela rakyat, Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing telah melakukan “hara kiri” dalam politik apabila mereka mengumumkan meletak jawatan dalam parti dan keluar dari BN.
Paling merujakan tindakan
mereka ini bukan bersendirian tetapi disambut ribuan rakyat. Rakyat Sabah bangkit bersama mereka. Sebelum ini bekas
timbalan menteri kabinet BN, Kalakau Untul juga telah keluar meninggalkan parti dan menyertai
PKR.
Najib tidak terfikir bahawa akhirnya kedua tokoh rakyat yang berpengaruh itu mengambil keputusan. Mungkin selama ini Najib dan pemimpin UBN lain menganggap mereka hanya mengugut dan bermain dengan kata-kata. Shafei Afdal yang sebelum ini menganggap keluar parti adalah perkara biasa juga mungkin, sudah menjadi loyak dan mumai dengan apa yang berlaku. Pengistyharan rasmi penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang dikepalai mereka boleh memabukkan Shafei.
Usaha Najib disaat akhir untuk
menyelamatkan BN Sabah dari gara-gara goyangan mereka karam tidak berjaya. Sebelum ini katanya Najib terpaksa membatal
beberapa majlis di Kuala Lumpur dan terbang malam ke Sabah bagai menyelesaikan
kemelut dan ugutan, namun tidak berjaya. Najib pulang ke Kuala Lumpur dengan
tangan kosong.
Apa yang berlaku itu bukan
salah siapa melainkan salah Najib juga sebagai perdana menteri. Sudah lama
mereka berkokok menimbulkan rasa kurang senang baik secara lisan maupun menerusi
parlimen tetapi tidak dipedulikan. Najib membiarkan mereka dan menganggap suara
mereka hanya suara peribadi dan bukan suara rakyat.
Najib juga mungkin berfikir
mereka berdua dan sekalian rakyat boleh dibeli dengan wang ringgit. Cara Najib
berpolitik dengan mengumpankan wang ternyata sudah tersilap.
Bekas ketua penerangan Umno
Malaysia Hussein Ahmad penah menyebut kepada saya cara Najib berpolitik tidak
ubah seperti pemelihara harimau yang suka memberi harimau daging di mana
akhirnya pemelihara itu akan dibaham harimau apabila suatu hari dia gagal
menyediakan daging nuntuk harimau. “Politik Najib amat bahaya,” tegas Hussein.
Najib begitu angkuh dengan
kekuasaan dan politik tabur janji dan wang. Sudah ratusan billion yang beliau
taburkan kepada rakyat. Najib mengira semua rakyat boleh dibeli dan wang adalah
kuasa mutlak. Sebenarnya fatwa dan petua itu silap sama sekali kerana bukan
semua orang akan lalai dan ralik dengan wang.
Sejujurnya juganya Najib tidak ada cara lain untuk menawan rakyat melainkan dengan memberi wang seberapa sen kepada rakyat. Najib tidak ada modal dan aset peribadi. Dia menyedari akan kelemahannya serta kemampuannya sebagai pemimpin. Najib tidak mempunyai kekuatan diri sebagai pemimpin baik idea, wawasan dan juga track rekod sebagai pemimpin. Sebagai orang yang tidak pernah diuji dan melalui liku perjuangan panjang Najib kering dengan pengalaman dan sejarah.
Apabila sudah sampai satu tahap di mana ketidakadilan berleluasa, kekejaman berlaku dalam apa juga sudut, penipuan di mana-mana rakyat tidak akan pedulikan lagi kepada wang dan kebendaan. Naluri manusia tidak kira siapa mahukan kepada keadilan dan kebenaran, benci kepada kemungkaran berterusan. Manusia yang sihat boleh ditipu sebanyak dua kali bukan untuk ketiga dan seterusnya melainkan yang otaknya bertompok dengan doktri Umno ala-ala Ahmad Maslan.
Lajim Ukin |
Apa lagi bagi orang seperti
Wilfred dan Lajim atau Kalakau itu, bagi
mereka wang tidak memberi apa-apa makna lagi. Mereka sudah mempunyai wang.
Sebagai orang yang ada ehsan dan sisa perjuangan rakyat mereka akan melihat
kepada nasib rakyat. Apa yang dilakukan saya melihat kerana mereka ingin
membela nasib rakyat negeri mereka yang tidak dipedulikan oleh Kuala Lumpur.
Mereka juga sudah mulai sedar dari diperbodohkan oleh pemimpin UBN Semenanjung.
Manusia boleh bersabar,
setahun, 10 tahun 20 tahun tetapi tidak selama-lamanya. Dalam kes ini rasa
sabar mereka itu sudah pun mencair maka tindakan itu diambil.
Sesungguhnya apa yang berlaku
di Sabah membahayakan UBN. Jika dilihat kepada sejarah masa lalu, tidak syak
lagi dalam pilihan raya kali ini dunia akan menyaksikan sekali lagi kerajaan
Sabah akan bertukar tangan. Kali ini Pakatan Rakyat nampak seperti mendapat
keuntungan itu.
Tawarikh telah dicatat di
Sabah apabila berlaku perpecahan di dalam parti atau ada pemimpin meninggalkan
parti, maka kerajaan yang wujud sebelum itu akan tumbang dan kerajaan baru akan
naik.
Dalam tahun 1967 kerajaan
Sabah ketika itu tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmongun
Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) keluar parti dan bergabung dengan Usno
pimpinan Tun Datu Mustapa Harun.
Manakala pada tahun 1976
kerajaan BN Sabah pula tumbang apabila Salleh Sulung dan Haris Salleh
meninggalkan parti dan menubuhkan parti Berjaya. Berjaya berjaya memerintah
Sabah.
Nasib dialami Usno ikut sama
dirasai Berjaya selepas itu apabila Pairin Ketigan dan Mark Koding keluar meninggakan
parti dan menubuh parti baru PBS berfeudamental Kristian tahun 1985 berjaya menmgambil alih kerajaan.
Bagaimana pun kerajaan BN yang dirampas PBS itu terselamat apabila BN bertindak
‘merampas’ kuasa seperti mana berlaku ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Berdasarkan sejarah dan pengalaman
serta hukum karma itu sudah pasti apabila ada tiga pahlawan rakyat Sabah bergabung
untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat, kejadian sama akan berulang di
mana kerajaan UBN Sabah akan tumbang dan tergolek jatuh dari gunung
Kota Kinabalu dalam pilihan raya ke-13 ini.
Sesiapa pun jika membelakangkan
rakyat akhirnya akan dibalas rakyat. Kuasa rakyat adalah kuasa mutlak yang
boleh mengugagat mana-mana kerajaan kandatipun sekuat Mahathir maupun Firaun. [wm.kl.5:40 pm 29/07/12]
No comments:
Post a Comment