Lintasan Senja
Tanggal 14 Julai ini satu lagi himpunan rakyat akan diadakan di ibu negara yang bakal menggemparkan dan memeningkan kepala pemerintah hari ini. Himpunan dimaksudkan itu ialah himpunan bagi menyelamatkan Felda ekoran penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di brusa Saham Malaysia. Himpuan itu adalah simbolik kepada kemarahan di atas tindakan penyenaraian FGVH yang dibuat dalam keadaan tempang dan cacat.
Dua bentuk banner mengenai Himpunan Hijau. |
Justeru beberapa pihak bimbang nasib buruk bakal menimpa peneroka di mana gara-gara dipaksa menyebabkan Felda akan menanggung kerugian dan bebannya akan dipukul oleh peneroka.
Katanya peneroka tanpa pengetahuan mereka yang diberi pinjaman bank untuk membeli saham berkenaan telah mengadaikan harta benda mereka termasuk tapak rumah. Jika perkara ini menjadi kenyataan sudah tentu kedudukan dan nasib peneroka parah, apa lagi kedudukan untung rugi saham itu tidak menentu. Titik peluh mereka mengumpul wang dan harta sejak lebih 40 tahun lalu akan hangus begitu saja. Inilah yang dibimbangi oleh banyak pihak.
Bagaimana pun pihak kerajaan pula bermati-mati mempertahankan tindakan mereka dan mendakwa balik usaha pihak yang tidak setuju itu sebagai alasan politik sahaja. Disebabkan peneroka ada yang haus wang menerima bulat-bulat apa yang pihak 'majikan' mereka katakan.
FGVH yang disenaraikan minggu lepas jauh meleset daripada jangkaan awalnya di mana peremimunya (untung) diramalkan melebehi RM1.50 tetapi apa yang berlaku hanya sekitar 50 hingga 80 sen saja. Tidak sampai 24 jam saham itu disenaraikan katanya peneroka telah diarah agar menjualnya kerana mengelakkan menanggung kerugian.
Penjualan segera itu secara tidak langsung menolak dan menafikan pembelian saham itu bakal mengubah nasib peneroka seperti mana diuar-uarkan. Diyakini tidak ada seorang peneroka pun mendapat RM100,000 hasil penjualan saham itu melainkan pengerusi, para pengarah tertentu yang diberikan nilai saham sampai 500,000 hingga 800,000 unit.
Sebelum langkah menyenaraikan FGVH itu berbagai pihak memberi pandangan dan nasihat agar ia dibatalkan hasrat penyenaraian saham itu kerana kesan buruknya akan dihadapi peneroka. Bantahan itu termasuklah membawa kes itu ke mahkamah tetapi tidak berjaya dan pihak berkuasa di Felda tidak peduli langsung.
Himpunan 14 Julai ini dinamakan Himpunan Oren adalah kemuncak kepada bantahan terhadap penyenaraian saham itu. Himpunan juga nanti akan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong. Pihak penganjur menganggarkan seramai 20,000 akan menyertai himpunan berkenaan di mana sebahagian besarnya dari kalangan para peneroka.
Badan yang bertanggungjawab menganjurkan Himpunan Oren ini adalah Gerakan Selamatkan Felda di mana ia terdiri dari beberapa Ngo dan individu politik yang prihatin terhadap nasib dan masa depan peneroka.
Pas secara rasmi telah mengarahkan para pemimpinnya hadir dalam himpunan berkenaan dengan mengenakan pakaian berwarna kuning. Satu surat penjelasan dan jemputan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Mustapa Ali yang memaklumkan Pas dalam mesyuarat jawatankuasa agungnya telah mengambil keputusan menyokong himpuann berkenaan.
Abdullah dan Tengku Razaleigh turut hadir.
Menariknya dalam beberapa banner, flyers yang diedarkan kepada umum termasuk media massa terdapat dua wajah pemimpin Umno, Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah. Apakah kedua pemimpin Umno itu yang dilihat kurang senang dengan penyenaraian FVGH benar-benar akan hadir atau pun ia sebagai gimik.
Sebelum ini Presiden Anak, Mazlan Aliman ada membuat kenyataan ia Anak akan mengundang Abdullah menghadiri himpunan berkenaan.
Cuma agak sayang sedikit saya tidak berkesempatan menghadiri satu lagi himpunan bersejarah ini kerana pada tarikh itu saya tidak tidak ada dalam negara? [wm.kl.8:09 pm 05/07/12]
No comments:
Post a Comment