Lukisan Rasa
Hari ini 15 Syaaban 1433 saya tidak membuat apa-apa posting atau catatan kerana agak sibuk sedikit. Sibuk jiwa! Hari ini pagi-pagi lagi saya ke ke pejabat Siasah di Taman Tun Dr Ismail bagi menghadiri majlis khas yang dibuat untuk saya oleh kakitangan pejabat akhbar Siasah, iaini perpisahan saya dengan Siasah secara rasmi.
Menerima cenderamata dari Siasah Sdn Bhd. |
Dalam pada itu ada juga yang cengeng dengan saya kerana tidak dapat menerima tabloid kesayangan mereka itu berubah 'perangai' secara mendadak. Kritikan atau pun sapaan menerusi SMS dan email ada yang lebih dahsyat dari itu. Tetapi semua itu saya tidak peduli kerana HANYA KITA MEMAHAMI DIRI KITA. Yang baik hati dan memahami tidak membuka mulut untuk bertanya mengenai nasib Siasah kerana mereka mungkin tahu kekok untuk saya menjawabnya. Mereka yang pernah terlibat dengan dunia penerbitan (akhbar) lagi arif akan suka dukanya menerbit sebuah surat khabar yang bermodalkan air liur, semangat dan bakat semata-mata.
Hari ini memberi peluang kepada saya untuk memberi sedikit penjelasan mengenai Siasah dan kedudukan saya atau kaitan dengannya. Semoga dengan penjelasan ini pembaca Siasah yang berada dalam keadaan kelu, sedih dan geram akan dapat membuat konklusi sendiri, apa sudah berlaku. Mereka yang pelik, 'terkejut beruk' melihat Siasah kini juga akan dapat membuat penilaian dan menjawab sendiri dengan penjelasan ringkas ini.
Saya sebenarnya tidak bertanggungjawab ke atas Siasah sejak Novermber 2011 lagi. Tepatnya selepas bermulanya isu Bersih 2.0 saya tidak lagi berkarya dan berjihad di dalam Siasah. Saya tidak mentalaqkan Siasah tetapi saya mufarakah darinya. Isu mengenai ulasan mengenai Bersih 2.0 itu adalah isu terakhir ia dibawah tangan saya. Selepas itu Siasah juga dihentikan penerbitan sehinggalah ia menjelma kembali selepas enam bulan kemudian dengan wajah dan kandungan yang ada hari ini.
Tetapi disebabkan orang melihat Siasah itu Sayuti, dan Sayuti itu Siasah ia terus dikaitkan dengan saya. Tidak boleh tidak kerana Siasah itu adalah milik saya (permitnya). Saya diajukan berbagai persoalan dan pertanyaan apakah saya masih bertanggungjawab terhadap Siasah. Mereka bertanya kerana persembahan Siasah bukan dari citarasa, laras atau aspirasi perjuangan saya selama mereka mengenali saya. Siasah bukan lagi Bebas Berwibawa tetapi terkongkong hilang wibawa. Itu yang mereka rasa.
Mereka yang serasi dengan Siasah terdahulu yang kritikal dan pro pembangkang marah dan murih kepada saya dengan apa yang berlaku. Pelbagai tohmahan tersebar termasuk dalam media maya. Itu hak kepada sesiapa untuk berbuat demikian. Tidak perlu untuk saya menjelaskan semua itu, atau kenapa berlaku demikian kerana ia tidak mudah untuk diterima dan difahami apa juga alasan dan jawaban. Ada kalanya persepsi mengatasi realiti. Dalam hal ini bagi saya Tuhan tidak marah atas apa yang kita lakukan kerana Tuhan lebih baik daripada hambanya.
Dalam penjelasan ini juga saya tidak mahu memberi alasan untuk mereka yang minat kepada Siasah dulu dapat menerima apa yang diucapkan ini. Cukup kalau saya katakan begini, berat mata memadang, berat lagi bahu memikul. Kalau anda menangis dengan nasib dialami Siasah saya pula sudah ketiadaan air mata untuk menyedihinya. Dalam hal ini saya bukan sahaja memikul tetapi melahir dan membesarkan Siasah sehingganya ia diterliuri oleh orang untuk meminangnya ia setelah ia besar tentulah lebih emosi mengenai Siasah.
Sesiapa tidak puas hati boleh berjumpa dengan saya secara baik berdepanan. Bukan niat saya di sini untuk menulis dan mencatat salah sesiapa dalam hal ini ...kerana betapa pun saya menjelaskan semua itu akhirnya kesalahan akan dipulangkan juga ke atas batu jemala saya kerana saya tuan punya asalnya yang bertanggungjawab dan berkuasa memutuskan apa-apa mengenai.
Jadi hari ini sukacita saya jelasnya bahawa "Sayuti" tidak ada kena mengena lagi dengan Siasah. Sayuti telah melepaskan segala kepentingannya di dalam Siasah sama ada sebagai pekerja tuan punya atau apa-apa. Yang akan dipunyai Sayuti hanyalah kenangan dan kenangan.
Kenapa saya berbuat begitu, rasanya tidak perlu dinyatakan kerana pembaca yang bijaksana dan arifillah serta menjejaki perjuangan saya selama ini (berpuluh tahun lalu) mengetahuinya di mana saya sebenarnya. Kepada mereka yang mengirimkan salam; "saya tak beli Siasah lagi", saya tidak terasa hati kerana saya juga tidak menyentuh Siasah sejak saya melepaskan tanggungjawab editorialnya.
Bergambar kenangan bersama staaf Siasah. |
Tidak pernah terlupa sekelumit waktu jua ialah kepada pembaca Siasah dari awal hingga akhir khasnya di era saya dan Ahmad Lutfi Othman serta Zulkifli Sulong menjadi Pengarangnya. Sokongan anda itulah yang meletakan kami (saya) di atas tanah juang ini. Bagaimana tentang saya, tentang saya tidak perlu dirisaukan sebab saya berjuang menerusi pena ini lama sebelum wujudnya Siasah. InsyaAllah... Allah akan membuka thariq buat saya selagi saya yakin dengan-Nya. [wm.kl.9:38 pm 04/07/12]
2 comments:
Siasah semasa era tuan saya simpan buat arkib setakat oktober 2011
Siasah saya beli dua bulan kebelakangan ni saya terus buang selepas saja saya baca posting ni..baru lah tahu sekarang
patutlah dah tak ada kick lagi. Sejak diterbitkan semula saya cuma beli dua keluaran sahaja. Tak minat lagi sebab dah berubah ada segmen hiburan dan sukan yang out of dated. Saya tahun ni dah tak beli. Kalau dulu siasah nombor satu, kemudian barulah harakah
Post a Comment