Lintasan Rasa
Walaupun cita-cita dan hasrat murni kerajaan Kelantan untuk membina lebuh raya di antara Kota Bharu - Kuala Krai (LRRK) sepanjang 73 km diejek dan dipersendakan oleh pihak tertentu namun rakyat Kelantan serta mereka yang bersimpati dengan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menghulurkan derma untuk pembinaan lebuh raya berkenaan. Ejekan dan sendaan itu dianggap sebagai cabaran.
Husam pelaksana idea Tok Guru. |
Sebelum ini ada sepuak 'jebong' telah menyerahkan sumbangan mereka berupa cangkuk bodoh, siku gelebek dan kereta sorong tiga suku, di mana pemberian itu dilambakkan di hadapan pintu utama ke Kota Darulnaim.
Kejayaan itu tidak syak lagi menjelaskan rakyat Kelantan yang dipermain-mainkan oleh kerajaan pusat untk memiliki sebuah lebih raya selama 25 tahun, serius dan menyambut baik idea kerajaan Kelantan mengambil keputusan membina sendiri lebuh raya berkenaan.
Exco Kanan kerajaan Kelantan Husam Musa menjelaskan, untuk tujuan itu (punggut derma) kerajaan Kelantan akan mengadakan dana khas menerusi perbendaharaan kerajaan negeri dan akan membuka tabung khas untuk menerima derma di bawah tabung amanah.
Pada 7 Julai ini jelas Husam para artis yang menyertai Pas akan ikut sama berkempen memberi penjelasan kepentingan lebuh raya dan kempen untuk mendapat derma dari orang ramai. Manakala kerajaan Kelantan pula akan mengadakan majlis khas pada Ramadhan ini di Kuala Lumpur untuk menerima derma dari orang ramai.
Mendengar rancangan artis untuk berkempen menggut derma untuk LRRK itu ia sungguh mengharukan dan sekaligus menempelak golongan 'jebong' yang mempersenda-sendakan projek berkenaan.
Dalam pada itu di sini sukacita saya umumkan sumbangan derma dari ahli kelab Fb dan penjengok blog saya akan diserahkan pada majlis tersebut nanti, insyaAllah. Dalam pada itu sambutan dan komitmen ahli kelab dan penjenguk blog Merah Tinta untuk menyumbangkan derma seikhlas hati menggalakan dan sumbangan terus dialu-alukan.
Saya sekali lagi saya ucapkan terima kasih tidak terhingga di atas sumbangan ikhlas anda semua dan sudah pasti ia akan menjadi sedekah jeriah kita semua untuk melihat tebentangnya sebuah lebuh rayta rakyat (LLRT). Dengan kudrat dan idarat kita sama-sama kita tunjukkan bahawa kita mampu melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh orang-orang yang sombong dan bongkok serta suka menganiaya orang.
Seharusnya pembinaan LRRK itu terus mendapat dokongan dan sokongan semua pihak termasuk kalangan pimpinan Pas Kelantan baik yang memegang jawatan atau tidak. Sepatutnya semua pihak turut menganjurkan punggutan derma masing-masing demi menjaya lebuh raya berkenaan dan bukannya cuba mengecerkan perkara-perkara negatif mengenai LRRK itu.
Kejayaan membina lebuh raya itu sekali lagi akan mengesahkan rakyat Kelantan memang berani, bersemangat dan tidak mudah mengalah. Kejayaan dan keberertian hidup seseorang itu ialah apabila ia mati dalam pejuang, dalam konteks ini mati ketika membawa derma untuk tabung LRRK adalah boleh dianggap mati syahid.
Dalam perkembangan lain Husam turut menjelaskan disebalik kerajaan Pusat menafikan royalti minyak untuk Kelantan yang boleh digunakan untuk membangun prasarana di Kelantan termasuk lebuh raya, Kelantan kini dikurniakan sumber baru iaitu biji besi.
Buat masa ini sebanyak 40,000 tan metrik biji besi sehari di eksport ke China menerusi pelabuhan Tok Bali Bachok Kelantan dan pendapatan itu akan menjadi modal pembinaan LRRK.
Apa yang berlaku sekarang ini diluar dugaan manusia biasa. Boleh jadi penemuan sumber baru itu adalah hasil daripada kesabaran dan doa rakyat Kelantan untuk kemakmuran negeri mereka yang dinafikan hak dan dizalimi oleh kerajaan UBN. [wm.kl.2:59 pm 03/07/12]
No comments:
Post a Comment