Saturday, July 13, 2013

Amaran NGO Umpama Salakan Anjing di Bukit

ULASAN                                                                                           

Sokongan wakil Vatican ke Malaysia, Archbishop Joseph Marino yang menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam pendidikan agama dan ibadat mereka menimbul kemarahan beberapa ketua Ngo. Saya kata ketua, kerana kenyataan bantahan itu hanya dibuat oleh ketua tetapi bukan semua ahli atau anggota Ngo berkenaan.

Kenyataan itu lebih bersifat peribadi yang dibuat menggunakan nama Ngo saja.

Antara ketua Ngo yang marah ialah Ngo berjenama beras dan Ngo Perkasa(m). Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Islam (Yadim) juga turut bersuara membantah cadangan berkenaan.

Ketua Ngo Perkasa(m) lebih garang dengan menuntut wakil Vartican itu menarik balik kenyataan atau memohon maaf kalau tidak dia akan desak kerajaan Malaysia menghambat keluar wakil Vartican berkenaan.


(Saya yakin wakil Vartican berkenaan tidak sedikit pun 'berdegis' dengan amaran itu dan mereka tidak akan menarik balik sokongan atas sokongan itu wakil Vartican. Mereka tidak sedikit pun takut dengan gertakan angin oleh ketua Ngo Perkasa(m) itu).

Bagi saya desakan Ngo tidak lebih kepada hendak menunjuk mereka Islam saja. Ia bukan serius sangat. Desakan itu juga tidak akan dipandang oleh kerajaan pun. Apa lagi dalam keadaan (UBN) yang lemah seperti hari ini, isu-isu keagamaan begitu agak sukar untuk diperjuangkan. Apa lagi dalam masa sama isu penggunaan kalimah Allah itu menjadi pro-kontra di kalangan umat Islam sendiri.

Ada pihak yang boleh menerima atas alasan nama itu (Allah) adalah hak semua orang dan bukan ekslusif untuk Islam saja. Hujah dan dalil-dalil yang autantik dikemukakan seperti mana pamiran kitab-kitab lama Kristian yang telah lama menggunakan nama atau perkataan berkenaan.

Manakala pihak yang merasakan ia eksklusif hanya untuk agama Islam saja menentangnya.

Kesimpulan kepada masalah penggunaaan kalimah Allah ini bukan perkara sukar untuk diatasi kalau kerajaan ada keberanian. Sekiranya perkara itu mutlak seperti mana difahami oleh pihak yang menentang, kerajaan boleh menggunakan kuasa yang sedia ada untuk mengatasinya.

Semisalnya kalau kebebasan menggunaan perkataan itu ada termaktub dalam perlembagaan, pinda saja perlembagaan, habis cerita. Atau gubal undang-undang ketat memutlakkan penggunaan untuk Islam sahaja.

Percubaan untuk meminda perlembagaan atau menggubal nundang-undang baru boleh dibuat didalam parlimen. Kita mahu tengok macam mana reaksi dan perbahasan ahli-ahli parlimen. Umno sendiri boleh menjadikan percubaan itu sebagai ujian ke atas ahli-ahli parlimen Melayu Islam Pakatan Rakyat. Sekiranya mereka ragu-ragu atau menolak akta atau pindaan itu sudah tentu sikap mereka terhadap Islam akan dibaca oleh rakyat. Bagaimana pun sebelum menggubal akta atau melakukan pindaan biarlah ia dibuat atas prinsip kebenaran bukan bersifat politik.

Soalnya apakah kerajaan berani berbuat begitu? Selagi pindaan atau akta tidak digubal maka selama itulah polemik mengenai penggunaan kalimah Allah itu akan berterusan. Kepada Ngo beras dan Ngo Perkasa(m) atau mana-mana pihak tidak payahlah bertempik suara kalian tidak akan ke mana ia bagaikan salakan anjing gila kepada sebuah bukit saja.

Apa lagi orang tahu siapa anda dan apakah tujuan ada bercakap, ia bukan kerana Islam atau agama tetapi kerana diri ada semata-mata. Atau dibuat atas rasa kepentingan politik bukan kerana Allah. [wm.kl.2:44 pm 13/07/13]

2 comments:

Unknown said...

Salam Ramadhan Pak Mso,
Maaflah,secara peribadi saya melihat peranan NGO2 ini lebih terkehadapan berbanding pihak2 lain. Soal ekslusif atau tidak itu persoalan kedua.

Samada kenyataan itu dibuat oleh ketua hatta jkkk pun,saya berpendapat itu adalah biadap dan tak boleh bagi muka.

Tentang kerajaan UBN,tak perlulah marah2 padanya. Lagipun, apalah sangat boleh diharap pada puak2 ini. Saya menanti2 apa respon puak2 kita, tapi hampa..

Oh ya,tentang tujuan bercakap tu (perenggan akhir), saya rasa biarlah kita bersangka baik. Saya harap mereka juga ikhlas seperti orang2 yang lain juga..

suparjo@blogspot.com said...

tahniah kepada Pas kerna berjaya melemahkan Umno, sedangkan Pas tidak dapat menggantikan Umno pun, sekalipun umno kian lemah.