Saturday, December 28, 2013

Keadilan Kelantan dakwa Ahmad Yaakub dolak dalih

REAKSI SENJA                                                                                  

Ahmad Yaakub didakwa cakap belawak.
Ekoran ulasan saya mengenai pandangan Wan Nik Wan Yusuf mengenai Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dalam posting semalam, malam tadi saya menerima panggilan dari seorang pemimpin Keadilan negeri Kelantan yang menyokong ulasan saya dan memberi input tambahan terhadap apa yang berlaku ke atas parti berkenaan.

Dengan nada sedih dan kesal, pemimpin itu menyatakan apa yang saya utarakan dalam posting itu adalah benar, bahkan ada tindakan-tindakan dari pihak Pas yang lebih menyedihkan lagi. "Pas Kelantan bukan sahaja meremehkan Keadilan, MSO, tetapi ada kalanya mempermain-mainkan kami, menyebabkan kami merasa terhina dan kesal," kata pemimpin berkenaan.

Katanya, sikap berdolak dalih dan meremehkan Keadilan bukan sahaja berlaku di kalangan pemimpin Pas peringkat kawasan atau negeri, tetapi ia melibat Ahmad Yaakub sendiri selaku Pesuruhjaya Pas dan Menteri Besar Kelantan di mana sikap ini sangat-sangat mengilankan Keadilan.


"Kalau peringkat Wan Nik atau lain-lain pemimpin kami tidak merasa terkilan dan ambil kisah sangat, tetapi YAB Menteri Besar juga mempermain-mainkan kami, itu yang menyedihkan" ujarnya lagi yang enggan namanya disebutkan disini.

Beliau memberi beberapa contoh bagaimana Keadilan Kelantan dipermain-mainkan atau dipandang remeh; antaranya masalah lantikan penyelia Dun di kawasan yang diperuntukan kepada Keadilan di Pengkalan Kubur, perlantikan penghulu, pembahagian wang Ladang Rakyat dan perlantikan ahli majlis daerah (PBT) dan lain-lain lantikan politik.

Kata pemimpin itu yang pernah memang dalam pilihan raya, pihaknya sedar mengenai hakikat Keadilan di Kelantan sebagai rakan kongsi yang kecil tetapi atas semangat uhkwah dan maufakat ia tidak seharusnya dilayan macam budak-budak.

Cerita pemimpin itu, Keadilan pernah berjumpa dengan Ahmad Yaakob sebagai Yang di-Pertua Pas kawasan Tumpat agar melantik penyelia untuk Dun Pengkalan Kubur dari Keadilan untuk memudahkan kerja-kerja mendekati rakyat kerana kerusi berkenaan diperuntukan kepada Keadilan. Permintaan itu dianggap munasabah dalam konteks kerjasama dan keperluan politik.

Tetapi Ahmad Yaakub memberi alasan masalah penyelia di Dun Pengkalan Kubur payah untuk diselesaikan disebabkan Wan Jamil Mohamad (Allahyarham) (ketika itu sebagai Yang di-Pertua) enggan serahkan kepada Keadilan. Bagaimana pun, kini Wan Jamil yang dijadikan alasan itu sudah tidak ada lagi di dunia namun permintaan Keadilan itu tetap tidak dilayan.

Selepas memberi alasan Wan Jamil kata pemimpin itu, di masa lain Ahmad Yaakub memberi alasan lain pula, dengan berjanji akan berikan jawatan itu kepada Keadilan apabila penyelia waktu itu (dari Pas) menyelesaikan segala hutang-hutangnya (mungkin hutang dengan rakyat). Bagaimana pun janji itu juga tinggal janji. Ahmad berjanji setahun sahaja, tetapi ternyata selepas itu penyelia itu disambung semula.

"Sudah berbelas tahun Keadilan menuntut jawatan penyelia di Dun berkenaan tetapi tidak ditunai sampai sekarang," tambah pemimpin itu lagi.

Dolak dalih Pesuruhjaya Pas Kelantan itu, bukan saja mengenai lantikan penyelia, tetapi di dalam masalah perlantikan penghulu juga. Katanya, satu masa pimpinan Keadilan berjumpa dengan Ahmad Yaakob agar melantik penghulu di kalangan Keadilan sebagai tambahan kepada yang sedia ada sekarang ini, seorang untuk kawasan kepada dua atau tiga penghulu.

Apa yang dijawab Ahmad Yaakub katanya kerajaan tidak ada peruntukan melantik penghulu tambahan bagi Keadilan. Anihnya menurut pemimpin itu, setahun kemudian Ahmad sebagai orang bertanggungjawab dengan perlantikan penghulu telah menambah bilangan penghulu di kalangan Pas untuk beberapa orang lagi. "Di mana perginya cerita mengatakan kerajaan tidak ada wang?" soal pemimpin itu lagi.

Menurutnya beliau tidak kesal kalau Ahmad tidak mahu melantik penghulu dari kalangan Keadilan, tetapi janganlah berdalih demikian rupa. "Ustaz Ahmad patut malu kepada kedudukannya sebagai seorang bergelar ustaz yang dianggap ikhlas dan jujur, dan kebetulan pula menjadi Timbalan Ketua Dewan Ulamak. Apakah ulamak boleh mempermainkan orang dan bercakap 'belawak'?" soal pemimpin dengan nada semakin kesal.

Selain dari masalah perlantikan penghulu, Keadilan juga tidak dilayan dalam perlantikan ahli majlis daerah seperti mana sepatutnya. Bagaimana pun mengenai hal ini tidak dikesali sangat oleh pimpinan Keadilan itu, tetapi sikap dolak dalih Ahmad Yaakub sesuatu yang sangat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia mencomotkan Menteri Besar tersebut.

Pemimpin itu juga mempertikaikan mengenai kedudukan Pengerusi Keadilan Kelantan, Abdul Aziz Kadir yang kalah dalam pilihan raya lalu di kerusi Ketereh yang tidak diberikan apa-apa jawatan bergaji di dalam anak syarikat Kerajaan negeri atau sebagainya.

"Sepatutnya Abdul Aziz diberikan jawatan, hormatilah kedudukannya sebagai Pengerusi Keadilan Kelantan dimana dari segi tarafnya kedudukan itu sama dengan Ahmad Yaakub. Kalau kita benar-benar bersain (berkawan) kita harus menghormati kawan. Tetapi nampaknya semangat kerjasama dan maufakat itu tidak dititik beratkan," tambahnya.

Apa yang peliknya ujar pemimpin Keadilan itu lagi, yang tampak benar-benar kecewa dengan sikap Menteri Besar Kelantan itu, Wan Zawawi Wan Ismail yang menjadi calon Keadilan di Machang juga kalah dalam pilihan raya tetapi diberi jawatan sebagai pengurus Sumber Manusia di PKINIK. Tidak cukup dengan jawatan itu katanya enam bulan kemudian dinaikkan pangkat pula menjadi timbalan Pengerus Besar PKINK.

"Kenapa Pas memberi layanan istimewa kepada Wan Zawawi dan tidak kepada Aziz. Cara itu secara tidak langsung semacam hendak memalukan Aziz sahaja," singgungnya lagi. "Apakah kerana Wan Zawawi itu calon yang disokong dan dipilih Pas?" sambungnya lagi benar-benar tidak berpuas hati.

Tindakan-tindakan sebegitu dianggap double standard dilakukan Ahmad Yaakub, menyebabkan Keadilan Kelantan merasakan mereka dianaktirikan dan segala tindakan dibuat seolah-olah mahu Keadilan hilang dibumi Kelantan.

Seperkara lagi disebut pemimpin berkenaan berhubung dengan pemberian wang Ladang Rakyat. Keadilan meminta agar kouta penerimanya ditambah untuk ahli Keadilan di kawasan tertentu, tetapi tidak dipenuhi oleh Pas. Apa yang sedih dakwahnya, di kawasan yang mana dikuasai Keadilan seperti di Guchil, Pas mendesak agar penerimanya 50 : 50, maksudnya sama ada banyak di antara orang Keadilan dan orang Pas, tetapi peliknya di kawasan Pas tidak berlaku begitu, orang Keadilan diperuntukan 20% sahaja manakala orang Pas 80%.

"Apakah ini pemerintah Islam yang mementingkan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan?" tanya dan soal beliau.

Beliau bimbang kalau tindakan diskriminasi ini berterusan berlaku ia akan memburukkan keadaan. Pemimpin itu memberi ingatan kepada Ahmad Yaakub agar tidak meremeh-remehkan Pas dan perlu sedar sekecil-kecil Keadilan, ia mempunyai undi boleh menjadi pemangking kepada Pas.

Pemimpin itu juga menyifatkan tindakan dilakukan Pas sekarang ini khasnya sikap dolak dalih Ahmad Yaakub itu dianggap sebagai tindakan kurang bijak dan meletakkan kepimpinnya lebih kurang seperti pemimpin Umno sahaja.

"Kita mengtakan Umno melakukan pilihan kasih dan penganiayaan terhadap orang Pas di Kelantan, sebaliknya pimpinan Pas juga berbuat lebih kurang sama saja," getus pemimpin itu penuh kejengkilan. Bagaimana pun beliau masih berharap perkara ini akan dilihat dengan saksama oleh Ahmad Yaakub demi membuktikan beliau meneruskan kepimpinan yang diwarisi daripada para Khalifah as Rayidin yang sering disebut dan diungkapkan. [wm.kl.7:20 pm 27/12/13]

22 comments:

Unknown said...

Salam kanda MSO...tertarik akan isu ini.Setelah di amati betul2 penulisan MSO saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat yg saya ada.Ceritanya begini seriuskah CALON PARTI KEADILAN Masuk bertanding dalam pilihanraya???dan bagaimana pimpinan Parti Keadilan memilih calon untuk di bawa masuk gelanggang???pasti orang tertanya2 knp saya mengemukan soalan ini...biar saya tanya dan biar saya jawab...pertama calon yg di pilih utk bertanding bukan serius nk menang dlm pilihanraya,kerja daftarkan ahli baru pun tak buat,CULA pun tak buat klu buat sambil meniarap yg paling mengejutkan bila di tanya...knp buat kerja mcm ni...jawabnya'Alah sini UMNO kuat sheikh kita buat mcm mana pun tak menang...katanya lagi:kawe tak pelik sikit habuk klu kalah kawe blh jd penyelia DUN...yg kedua parti keadilan pilih calon yg di ketahui ramai punyai masalah besar tp dek kerana kroni dia piluh jugak kawan tu...cuba tuan2 bayangkan orang ada hutang dan terlibat dlm satu kes yang amat berat dan pernah makan penampar kat penduduk di situ dipilih menjadi calon...hal ini sudah di beritahu awal2 lagi kpd pucuk pimpinan PKR tp langsung tak di endahkan...pengorbanan PAS kpd PKR amatlah besar...Di Selangor atas semangat setiakawan kerusi MB di serahkan kpd PKR.Di Kelantan pun sama setiap ADUN akan mendapat benefit yg sama saya tahu akan Hal ini...Aziz kadir di lantik menjadi penyelia Parlimen jawatan bergaji oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan di bekalkan dgn peruntukan seperti Ahli Parlimen.Di Pengkalan Kubur setiap kali datang PRU calon dari Parti Keadilan yg bertanding tak pernah menang...so kita kaji di mana silapnya...yg boleh bincang insya Allah kita bincang tapi jangan sesekali Burukan Menteri Besar Ustaz Dato Ahmad Yaakob...saya bersedia menjadi pemudah cara sapa2 dari Parti Keadilan yang nk selesaikan hal ini dengan cara yg paling Sopan.Jangan kerana ada sedikit dendam kita hentam semborono....maaf jika ambo terkasar salah dan silap pohon di maafkan.

suparjo@blogspot.com said...

Saya dan mungkin banyak lagi pembaca tak faham maksud 'Ladang Rakyat' yang hasilnya dibahagi antara Pas dan PKR. Apakah memang Ladang Rakyat kepunyaan parti?

mohd sayuti omar said...

Respon kepada sdr Ali Nara... dalam posting ini bukan tjuan memburuk-burukkan Mat Yaakub tetapi memberi tahu apa yang berlaku supaya diambik tindakan. Beliau tak molek kalau bercakap dolak dalih, kalau iya kiatakan ia, kalau tidak katakan tidak. Seorang pemimpin perlukan kepada ketegasan dan kejujuran. Dari apa yang diceritakan itu jelas Mat Yaakub bersifat tidak jujur dan cuba mengelak dan mempermain-mainkan pihak Keadilan. Kebetulan saya sendiri juga ada pengalaman dengan Mat Yaakub, kerap juga bercakap dan memaklumkan sesuatu kepadanya sebagai panduan dan memberi tahu sesuatu agar diperbetulkan demi kebaikan kepimpinannya dan juga Pas, tetapi tak berganjak apa. Dia hanya angguk di hadapan tetapi ileng di belakang. Kita bimbang dengan stail begini akhirnya ia memusnahkan dirinya juga.
Kononnya beliau tidak menerima apa-apa bentuk rasuah, tetapi ada maklumat yang saya tahu beliau sedia menerima tajaan dari orang tertentu untuk kebajikan di kawasannya di Tumpat. Perkara ini boleh rujuk daripada beliau sendiri dan kalau dinafikan, saya bertanya saya balik.
Respon kepada Mubin Sirat, Ladang Rakyat (LR) bukan hak rakyat, kebanyakan hak syarikat kepunyaan Cina. Mereka pajak tanah dengan kerajaan Kelantan ribuan ekar dan usahakan ladang. Hasil bayaran pajakan atau keuntungan perkongsian diberikan kepada rakyat mengikut ketentuan oleh pengurus LR. Sekarangi ini mereka yang disenaraikan sebagai peserta terima RM200 sebulan, diberi tiga kali setahun. Kebanyakan mereka tidak tahu pun apa dinamakan LR itu. Mereka terdiri dari orang2 miskin di kampung2 yang menjadi ahli atau penyokong Pas.
Walahualam.

Unknown said...

Bab calon adalah perkara internal parti Keadilan. Keadilan tak pernah pertikai calon2 Pas. Ada batas dalam hubungan.
Apa yang dibahas ialah dalam konteks kerjasama dan hubungan antara rakan kongsi politik. Apa manfaat bersama dalam konteks menang-menang.
Jika keputusan dan meilbatkan janji di dalam beberapa siri mesyuarat PR Kelantan pun tak dipenuhi oleh PAs, bagaimana Keadilan nak yakin dengan semnagt sediakawan ini.
Buat Mat Ali Nara, bukan tahap demo nak jadi oghe tengoh. Tapi demo acu royat sepatoh ko MB demo tu supaya royat ko Mohd Amar tu gak, hidupkan semula mesyuarat PR Kelantan. Kalu mesyuarat pon takleh buat gak, bo lah jd pengampu MB nya....

Ibadurrahman said...

Mso perlu dapatkan maklumat sebenar dalam banyak2 isu supaya dilihat adil dan dihormati

HelangJagat said...

Salam Mso..

Isu ini serius dan mampu menghakis sokongan akar umbi. Adakah pimpinan Pas Kelantan di bawah Ustaz Ahmad Yaakob berasakan mereka mampu survive hanya semata-mata untuk dilihat berbeza dengan hala tujudan cara gaya pentadbiran yang digerakkan oleh TGNA?

PKR dilihat kecil diKelantan tetapi PKR menampung akar umbi dan atas pagar yang meluat dengan umno tetapi tidak serasi dengan penampilan dan cara gaya pimpinan Pas.

Pas dan Umno di kelantan mempunyai sokonganyang seimbang. Yang memenangkan sesuatu parti ialah pengundi yang silent majoriti.

Soal calon dan kredibiliti, jika tidak sesuai dan bukan "boleh menang" ada saluran untuk diselesaikan di peringkat negeri dan pusat. Bersikap jujur dan dedahkan situasi sebenar, tentunya dapat diselesaikan. Tak kira Pas atau PKR harus berlapang dada dan menolak hidden agenda.

Saya kelantanis tetapi menetap di Kedah. Situasi yang sama juga berlaku.

Kejatuhan Pas Kedah kerana punca terbesarnya kerana kelemahan PSJ dan MBnya sendiri yang membelakangkan exco dan tidak dapat melihat perjuangan Pas dalam konteks yang lebih besar.

Di Kedah, kami membuat kesimpulan, kekalahan kerajaan PR Kedah kerana MB tidak berhati-hati dalam menjalinkan kerjasama dengan UMno Kedah khususnya Mahathir. Akar umbi Pas melihat Umno diberi layanan istimewa. Dan inilah matlamat Mahathir untuk melihat Pas Kedah berpecah secara dalaman.

Apabila Pas berpecah, mudahlah Umno memainkan jarumnya.Dan kita maklumi sikap dan perangai bekas MB Kedah. Maaf terpaksa menyentuh arwah Ustaz Azizan. Tetapi, realiti tetap realiti.

Dan umum melihat terutama simpatisan Pas dan PR di luar Kelantan, Pas Kelantan sedang merintis trek bekerjasama dengan Umno kelantan, dan bagaimana Umno memainkan jarumnya di Kedah sehingga berlaku perpecahan dalaman yang serius, yang akhirnya mengkecundangkan Pas Kedah di tangan Mukhriz,

Wassalam.

mohd sayuti omar said...

Abdul Rahman, apa lagi isu, isu yang saya timbulkan ini adalah perkara asas dalam melihat sejauh mana kerjasama, persepakatan ikhlas di antara Pas dgn PKR. Kalau dicungkil isu-isu di dalam Pas lagi teruk menampakkan keburukan dan kelemahan Pas hari ini. Pembentukan badan perhubungan Pas menjelaskan kelemahan dan tak berdayanya Mat Yaakub. Saya akan ulas satu persatu dari masa ke semasa. Sekarang ini saya sedang memerhati dan melihat apakah akan ada perubahan dan pengislahan terhadap kelemahan yang berlaku. Kita memberi ruang dan peluang. Apa yan saya sebut ini bukan lagi soal-soal penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, pemberian kawasan balak, biji dan sebagainya. Kelemaan beberapa exco juga sangat relatif sekali.

aisal said...

Salam tuan tanah.....

Keadilan pun satu.....dah tau mcm x wujud cuba2 lah muhasabsh diri. Jgn hanya menumpang aktiviti dan populariti pas. Buat kerja turun psdang dsn banyakan cawsngan. Ini tidak cawangan pun tiada...ahli pun boleh dikira dgn jari x perlu kalkulator....

Kira kawasan pilihanraya dpt bnyk kerusi dn dun pun dah ok. Klau nk ikut kudrat 1 kerusi pun blum tentu layak...ikhlas nk tnya tuan mso gerak kerja apa yg dibuat olrh keadilan kelantan untuk membantu sokongan rakyat kelantan..sb tu x heran tmpat keadilan tanding msti out kan...

ABE NR said...

Mat Ali bo la dok mengapunyo....itu pesepsi demo yg ingin meruntuhkan Kerajaan Kelate secara tak langsung menyumbang kearah itu.... Dapatkan bukti bukti yg jelas apa yg demo maksudkan... Isu di sini ialah 'cakap tak supa bikin' ....maaflah sahabat seperjuangan semua....ambo sayang Kerajaan Kelate yg di asaskan TGNA...sama lh kita mengorat langkah memperbetulkan keadaan kehendak rakyat... Allahuaklam!

mohd sayuti omar said...

Saya nak tegaskan di sini, isunya bukan soal lemah dan kuat Keadilan, tetapi apa yang hendak ditegaskan seperti kata ABER NR itu, soal cakap tak serupa bikin. Pemimpin Pas especially Mat Yaakub kena jujur dan tegas buat keputusan. Kalau dia merasakan Keadilan tak guna, sebut sahaja, putuskan pakatan senang. Jangan menjadi pakatan dalam keadaan serba salah. Rasanya keadilan pun tidak akan menangis kalau dia dinyahkan. Tidak baik kalau cakap bolak balik, apa lagi kita sebagai ahli mengakui parti Islam. Cuba fokuskan kepada isu dalam posting ini. Tidak perlu ceritalah mengenai keadaan Keadilan yang hidup segan mati tak mahu itu. Dan kalau hendak bangkitkan perangai ahli parti, masing2 ada perangai. Ini dengan Keadilan yang lemah, dulu masa Semangat 46 kuat pun Pas cakap tak serupa bikin dah. Cuba tanya orang 46, tanya Tengku Razaleigh sendiri, apa yang Pas telah lakukan kepada Semangat 46. Dan bila Semangat 46 bubar dan masuk Umno Pas murih kepada Semangat 46 tanpa mengenang apa yang mereka lakukan. Saya ada menyimpan banyak sejarah ini.

sizzly7761 said...

TGNA terbaekkk!!!! Apa yang MSO utarakan menjelaskan hakikat bahawa 'lebai' pun boleh kecek belawak dan inilah hakikat manusia! Kepada Ali Nara...jadi-jadilah dengan kerja 'wa ampu sana, wa ampu sini'. Tindakan anda bakal menyebabkan MB di lihat tidak berkemampuan bercakap benar dan terus terang sehingga perlu 'macai' jadi spokes person! Jangan marah.....nanti kena jual!

saya said...

PAS angkuh di Kelantan....

Unknown said...

Nampaknya PAS tidak belajar dari kejatuhan negeri Kedah dan Terengganu.. sedarlah pemimpin2 PAS kelantan.. kemenangan untuk PRU 14 cuma ada 50% saja..dulu menang pun kerana TGNA.. jangan pandang rendah walaupun undi sikit dari keadilan kerana banyak kerusi yg dalam bahaya..

Unknown said...

Salam....

Saya terpanggil untuk mengulas isu yang di bangkitkan ini. Bagi saya teguran yang dibuat oleh MSO adalah demi kebaikan PAS kelantan sebenarnya. Memang dari segi pengalaman dan popular PKR sebenar amat kecil di Kelantan, tetapi ini bukannya cara PAS memperlakukan sedemikian rupa kepada PKR ..kena famam asas perjuanagan PAS adalah Islam, dan Islam tidak sekali kali membenarkan penganutnya culas dalam dalam perhubungan silaturahim, PAS sebenar tidak lupa akan jasa DSR Anwar Ibrahim yang mana impak sokongan PAS dikalangan rakyat berbilang rakyat adalah datang dari susuk bernama anwar...PAS jangan lupa banyak kerusi yang yang dimenangi PAS di kelantan mencatat kemerosotan yang amat banyak malah peratusan penurunan undi berlaku di semua DUN adalah ini silap pemimpin PKR . Tentunya tidak . PAS jangan lupa krisis yang berlaku di Pulau Pinang apabila PAS langsung tidak diperuntukan kerusi exco membuatkan pas melenting..dimanakan semangan setiakawan yang di war warkan ...tidak PAS kelantan boleh menyediakan platform khusus kalau tidak exco pun kepada PKR di kelantan atau pun di kedah. Tetapi ini tidak berlaku di Kelantan dan Kedah , jawatan exco masih milik parti yang memang dominan...tidak rugi PAS sedikit berkongsi kuasa untuk menunjukan kejujuran persahantan anjuran islam..Saya teringat satu hadis nabi yang membenarkan orang bukab ulama memerintah , malah semua rakyat wajib mentataatinya selagi dia memerintah mengikut acuan Islam walaupun yang menjadi pemimpin seorang hamba. PAS kelantan seharusnya menjadi model siasah islamiah kepada rakan-rakan PR yang lain, jangan kita berbangga title menobat islam tetapi kita sendiri yang mengonarkan...betul dalam hadis nabi diakhir zaman nanti banyak ahli ibadat yang jahil begitu gemar bercakap tentang agama tetapi ahli agama yang tahu faqih dalam urusan agama hanya diam dan malas serta culas dalam tindakan. Begitu juga dalam pembahagian harta negeri seperti Ladang Rakyat , berapa ramai yang betul-betul layak menerimanya , tidak PAS juga seperti umno yang hanya memilih kroni, kebanyakan yang dapat itu pasti orang PAS, ada juga yang tidak layak menerimanya..ini tentang amanah Allah yang diberi kepada mereka yang layak tanpa mengira agama, bangsa dan parti..di kelantan 99 adalah orang melayu..walaupun dia orang umno tetapi PAS harus membantu , sekurang-kurangnya PAS menunjukkan teladan kepada UMNO yang pas ni Parti yang telus. PAS memerlukan anjakan dan perubahan ..jadilah PArti yang memperjuangkan islam bukannya bersifat kebangsaan ..tunjukan teladan bahawa PAS BUKAN MACAM UMNO. Pas juga seharusnya peka dan menjaga hati kawan jangan kita buat pekak badak denagn tidak mempedulikan rakan-rakan yang sedikit sebanyak telah menbantu kita. Jangan amalkan politik balas dendam. Ingat segala yang baik dan buruk itu adalah balasan daripada ALLAH.

Penyokong Gerakan Islam Sebenar

Unknown said...

Saya terpanggil untuk mengulas isu yang di bangkitkan ini. Bagi saya teguran yang dibuat oleh MSO adalah demi kebaikan PAS kelantan sebenarnya. Memang dari segi pengalaman dan popular PKR sebenar amat kecil di Kelantan, tetapi ini bukannya cara PAS memperlakukan sedemikian rupa kepada PKR ..kena famam asas perjuanagan PAS adalah Islam, dan Islam tidak sekali kali membenarkan penganutnya culas dalam dalam perhubungan silaturahim, PAS sebenar tidak lupa akan jasa DSR Anwar Ibrahim yang mana impak sokongan PAS dikalangan rakyat berbilang rakyat adalah datang dari susuk bernama anwar...PAS jangan lupa banyak kerusi yang yang dimenangi PAS di kelantan mencatat kemerosotan yang amat banyak malah peratusan penurunan undi berlaku di semua DUN adalah ini silap pemimpin PKR . Tentunya tidak . PAS jangan lupa krisis yang berlaku di Pulau Pinang apabila PAS langsung tidak diperuntukan kerusi exco membuatkan pas melenting..dimanakan semangan setiakawan yang di war warkan ...tidak PAS kelantan boleh menyediakan platform khusus kalau tidak exco pun kepada PKR di kelantan atau pun di kedah. Tetapi ini tidak berlaku di Kelantan dan Kedah , jawatan exco masih milik parti yang memang dominan...tidak rugi PAS sedikit berkongsi kuasa untuk menunjukan kejujuran persahantan anjuran islam..Saya teringat satu hadis nabi yang membenarkan orang bukab ulama memerintah , malah semua rakyat wajib mentataatinya selagi dia memerintah mengikut acuan Islam walaupun yang menjadi pemimpin seorang hamba. PAS kelantan seharusnya menjadi model siasah islamiah kepada rakan-rakan PR yang lain, jangan kita berbangga title menobat islam tetapi kita sendiri yang mengonarkan...betul dalam hadis nabi diakhir zaman nanti banyak ahli ibadat yang jahil begitu gemar bercakap tentang agama tetapi ahli agama yang tahu faqih dalam urusan agama hanya diam dan malas serta culas dalam tindakan. Begitu juga dalam pembahagian harta negeri seperti Ladang Rakyat , berapa ramai yang betul-betul layak menerimanya , tidak PAS juga seperti umno yang hanya memilih kroni, kebanyakan yang dapat itu pasti orang PAS, ada juga yang tidak layak menerimanya..ini tentang amanah Allah yang diberi kepada mereka yang layak tanpa mengira agama, bangsa dan parti..di kelantan 99 adalah orang melayu..walaupun dia orang umno tetapi PAS harus membantu , sekurang-kurangnya PAS menunjukkan teladan kepada UMNO yang pas ni Parti yang telus. PAS memerlukan anjakan dan perubahan ..jadilah PArti yang memperjuangkan islam bukannya bersifat kebangsaan ..tunjukan teladan bahawa PAS BUKAN MACAM UMNO. Pas juga seharusnya peka dan menjaga hati kawan jangan kita buat pekak badak denagn tidak mempedulikan rakan-rakan yang sedikit sebanyak telah menbantu kita. Jangan amalkan politik balas dendam. Ingat segala yang baik dan buruk itu adalah balasan daripada ALLAH.

Unknown said...

Tidak rasa hairan dengan sikap dan pendirian Pas.Mereka akan tolak sesiapa saja yang tidak sependirian dan aliran lain.Meraka dah lakukan kapada Naib presiden mereka sendiri,Husam Musa...Jadi mereka boleh lakukan perkara yang sama kapada Keadilan.

bujey said...

Sy setuju dgn mso. Memalukn sesetengah ustaz ada perangai camni.. dah la tu, kepimpinan belum terbukti tp sibuk mencantas even org dlm patti sendiri.

Satu lagi, klu ni citernya kt kelantan, so pas xyahla meracau psl penang..

ABE NR said...

Harus di lihat pada kerangka yang lebih luas dan jangka masa panjang.40% pengundi merupakan penentu kemenangan mana mana parti yang bertanding.Kemajuan teknoloji media masa banyak membantu dalam penyebaran maklumat.Rakyat sudah bijak menilai manakah parti yang akan di pilih berdasarkan dasar yang di bawa sesebuah parti...yang manakah menepati cita rasa mereka...cita rasa yang menepati masyrakat majmuk yang berbilang agama dan bangsa. Setiap kaum Cina India dan bangsa lain akan menilai di mana mereka ketika itu...di manakah keistemewaan nya sebagai jaminan pada masa hadapan...di sini memerlukan kolektif idea bagi menyelesaikan masalah berbangkit yang akan timbul.Persefahaman PAKATAN RAKYAT in sya Allah boleh menghadapi itu semua...memerlukan pemimpin pemimpin yang telus ikhlas...kerana PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA KATA... Allahuaklam!

safiee ali said...

Lama doh ambe dok perhati... dh kalah nti baru nak sedar... tgoklah nti.. kalu dok muhasabah

Unknown said...

Sedih sedih sedih
Daripada respons, ramai jugak antara kita yg suka tengok kerajaan pas kelantan pasca tgna tumbang pru nanti. Jgn jadi seperti peristiwa gelora zaman saidina uthman sudahlah.

Unknown said...

tak payah sentimental sangat guuuu....pru14 memang pas kelantan will be sinking dulu pun nasib baik ada TGNA jahhh kalu tidak lamo doh kelauttt...ambo pun tak sir balik ngundi pru14 kalu perangai pas kelantan lagu ni....jgn marah guuu ambo royat benda sungguh.

bat8 said...

PRU 14 ni kita sama-sama tengok kejaguhan puak-puak faqih ugama yang mereka berasa dengan ilmu demo demo ahli dalam semo perkara dan tidak memerlukan bantuan dari orang yang bukan sealiran mereka walaupun berada di dalam satu jamaah dan satu pakatan.

Sementara menunggu PRU 14, kita pakat-pakat la merasa keh3batan pembangunan samada material atau spiritual yang dibawa oleh puak-puak nih. Gerenti lebih hebat dari pemerintahan TGNA selama 23 tahun. Kota Bharu akan setaraf dengan New York. Spiritual lagi la h3bat.