Thursday, February 27, 2014

Marahkan SPAD, pengusaha lori akan mogok?

ISU MALAM                                                                                         

Ariffin sedang menyampai ucapan.
Para pengusaha lori pengakutan melahirkan rasa tidak senang dengan tindakan melampau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang melakukan tindakan kuatkuasa yang melampau ke atas lori-lori pengakutan khasnya yang berkapasiti besar sehingga menyebabkan mereka berdepan dengan masalah dan mengalami kerugian.

Tindakan SPAD didakwa mengatasi tindakan penguatkuasa pihak Polis dan juga Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) dimana sesetengah langkah penguatkuasaan yang sebelum ini dikawal oleh Polis dan JPJ kini bertukar tangan kepada suruhanjaya itu.


Mereka juga mengadu tindakn SPAD telah menganggu tugas-tugas JPJ dan Polis dan seakan-akan suruhanjaya berkenaan dalam kemabukan kuasa.

Ariffin menyerahkan memorandum kepada Adun Basrah.
Ekoran rasa tidak puas hati itu, kira-kira 40 orang pengusaha lori berat di kawasan Timur hari ini telah berbincang untuk menubuh persatuan pengusaha-pengusaha lori Timur Barat bertempat di Kuantan Pahang. Perjumpaan itu pertama kali dan ianya turut dihadiri oleh Adun Semambu, Lee Chean Chungdan Adun Basrah, Adnansura Rabu.

Menurut Ariffin Mahmood merupakan salah seorang pengusaha lori yang menjadi jurucakap, memberi tahu, perbincangan hari ini untuk menubuhkan sebuah persatuan bagi mencari jalan untuk mengatasi masalah dihadapi oleh pengusaha lori yang makin tertekan.

"Kita sedang ke arah hendak menubuhkan sebuah persatuan bagi dijadikan makenisme untuk menyuarakan masalah kami le peringkat tertinggi dari masa ke semasa. Alhamdulilah kehadiran dan sambutan untuk penubuhan persatuan ini mendapat sambutan menggalakkan dari para pengusaha," jelasnya.

Dalam pada itu katanya, dalam masa terdekat ujarnya, para pengusaha lori juga akan menyerahkan satu memorandum kepada menteri atau Perdana Menteri di Parlimen. Memorandum ini juga diberikan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan ahli-ahli Parlimen.

"Mungkin memorandum akan diserahkan kepada Perdana Menteri sendiri apabila pihak SPAD tidak mengubah sikap melampau mereka dengan tindakan yang menyusahkan kami pengusaha lori. Kami akan ramai-ramai turun dan pergi ke parlimen untuk menghantar memorandum," tambahnya lagi.

Sementara itu jelas seorang pengusaha lori dari Kuantan, dikenali dengan Kenny, masalah mereka sudah pun diajukan kepada Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakub baru-baru ini. Menurutnya MB itu sudah memberi jaminan untuk mengatasi masalah mereka. Bagaimana pun jaminan itu tidak mendapat perhatian daripada pihak SPAD.

"Kami mengucap terima kasih kepada Datuk Seri Adnan kerana pernah mendengar rintihan kami. Kami tahu beliau tidak ada kuasa, hanya setakat sedia membantu mengatasi masalah kami saja," kata pengusaha itu.

Tekan Ariffin lagi sekiranya masalah itu tidak selesai dengan baik, pihaknya tidak ada pilihan lain melainkan akan melakukan tindak mogok secara besar-besaran.

"Mungkin tindakan mogok akan diambil kerana kami tidak tahan untuk menanggung kerugian kerana tindakan melampau pihak SPAD. Bagaimana tindakan itu adalah jalan akhir," katanya.

Beliau juga menjelaskan awal Februari lepas persatuan pengusaha lori kawasan Utara juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak SPAD berhubung isu dan masalah yang sama.

Ariffin menyebut antara masalah pengusaha lori ialah sering disaman dan dikenakan denda mencecah ribuan ringgit. "Bayangkan kalau kena bayar denda mencecah RM7,000 atau RM10,000 ringgit, macam mana hendak hidup?" Soal beliau kesal.

Apa dibimbangkan katanya, jika maslaah ini berlarutan ialah kepada pengusaha Bumiputera yang baru memulakan perniagaan, dimana mereka tidak akan mampu untuk membayar denda yang bernilai ribuan ringgit itu. "Kalau mereka jual lori pun untuk membayar saman itu mungkin ia tidak mencukupi," katanya.

Bagaimana pun ujar Ariffin pihaknya menghormati usaha SPAD memantau lori demi keselamatan, pengguna lain, atau kebersihan jalan raya dan alam sekitar, tetapi janganlah melampau sangat sehingga menjadikan kami tidak boleh 'berkikuk'" sambungnya. [wm.kl.9:41 pm 27/02/14]

2 comments:

Goriken San said...

Ini bukan masalah SPAD..tapi masalah pengusaha dan pemandu lori..kalau undang2 dipatuhi masakan akan didenda beribu ringgit..undang2 jangan ambil mudah..setiap undang2 dikuatkuasa ada sebab musabab nya.. Kalau setakat denda maksimum 300 xmenjamin kesalahan tidak akan berulang.. Kebanyakkan kesalahan pengusaha lori berkenaan had muatan yang dibawa..jadi patuhilah had muatan agar jalan raya x rosak dan tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yg tidak berdosa..

Rimo said...

sory lah kalau aku nk cakapkan ckit kat sni. aku rasa ramai org dah tau apa fungsi agensi penguatkuasa x kira lah namanya SPAD, POLIS ,JPJ atau KPDN ke... tapi yg menjadi masalahnya" peraturan dan tindakan berlapis" pihak penguatkuasa ini amat menganiayakan dan membebankan pengusaha serta pengguna . lebih malang lagi kuasa yg diamanahkan digunakan demi kepentingan diri masing masing.