Monday, April 2, 2018

Jelang pilihan raya: Nik Abduh timbul masalah kepada Pas?

PENDAPAT PETANG

Nik Abduh Nik Aziz
SUDAH hampir sebulan audio yang didakwa suara Nik Abduh Nik Abdul Aziz beredar. Isunya bukan audio berkenaan tetapi pendedahan yang dibuat oleh Nik Abduh dalam seperti disebut oleh audio itu. Ada beberapa perkara penting dan mengejutkan. Dan apa disebut Nik Abduh itu boleh mengesahkan apa yang tersebar sebelum ini.

Perkara itu ialah mengenai ada pemimpin Pas yang menerima wang daripada Umno. Malahan beliau sendiri mengakui menerima wang daripada Umno. Jumlah yang jelas disebut ialah RM2 sebagai bantuan untuk Pas menghadapi pilihan raya negeri Serawak.



Pendedahan Nik Abduh itu mengejutkan khalayak dan tidak mengejutkan bagi mereka yang hampir dengannya. Sekaligus ia menjadi bukti kepada dakwaan Serawak Report sebelum ini yang menuduh Pas menerima wang daripada Umno RM90 juta. Lebih dahsyat lagi wang itu kononnya hasil penyelewengan dari skandal 1MDB.

Pas boleh menerima wang daripada Umno untuk kepentingan perjuangannya tetapi mungkin tidak dari sumber diragui sebab Pas sangat concern kepada soal hukum halal dan haram.

Walaupun Pas telah mengambil tindakan mahkamah di London, persepsi berkaitan isu itu tidak mudah tamat sebaliknya ia merebak semula dengan pendedahan audio Nik Abduh itu. Apa lagi mahkamah masih dalam proses perbicaraan. Audio Nik Abduh itu telah memberi pesepsi baru  kepada Pas dan meletakkan parti itu sebagai parti duitan.

Nik Abduh menafikan suara yang berbunyi dalam audio itu sebagai suaranya. Beliau mengambil kaedah Anwar Ibrahim menafikan klik video lucah mengenainya sebelum ini. Rupanya ada juga ilmu dan "kuntai" Anwar diguna pakai oleh orang Pas.

Naib presiden Pas Mohd Amar Nik Abdullah memberi reaksi Pas tidak perlu mengambil "pot" dengan isu kerana Nik Abduh sudah pun menafikannya. Mohd Amar memang terkenal dengan cara mudah dan simplistiknya dalam menyelesaiakan sebarang isu.

Pas tidak sepatutnya menepis perkara itu semudah itu kerana ia memberi kesan besar kepada Pas. Orang yang tertanya-tanya terhadap dakwaan Pas sebelum ini, pasti akan menerima pendedahan Nik Abduh itu dengan mudah. Dakwaan dan tuduhan dilempar kepada Pas disahkan menerusi suara Nik Abduh itu.

Orang mungkin boleh menolaknya kalau Pas menepis dengan fakta. Misalnya membuka siasatan dalaman terhadap isu audio itu. Pas kena pastikan atau mengesahkan bahawa ia bukan daripada suara Nik Abduh. Sekurang-kurang minta Nik Abduh bersumpah sebagai membenarkan penafiannya. Apabila Pas atau Majlis Syura Ulama (MSU) sudah ijmakkan bahawa suara itu adalah suara "tok dalang" baharulah boleh Pas rileks.

Ada seorang ahli jawatankuasa Pas menolak suara dalam audio itu sebagai suara Nik Abduh kerana ia rekaan. Beliau mengumpamakan seperti mana seorang tok dalang wayang kulit yang boleh membuat pelbagai suara watak-watak wayang kulit. Hujah pemimpin Pas itu tidak saintifik langsung. Hujah bodoh dan hanya diterima oleh peminat politik canggung.

Pas kena siasat dan Nik Abduh kena buat repot polis. Itu cara sebaik-baiknya bukan dengan membiarkan begitu sahaja. Atau pun Pas perlu meminta Umno menafikan dakwaan dalam audio itu yang parti itu memberi duit kepada Pas. Sampai hari ini tidak ada seorang pemimpin Umno menafikan pengakuan yang disebut dalam audio Nik Abduh itu?

Kenapa? Apakah dengan sikap diam Umno itu menunjukkan parti itu benar terlibat membantu Pas dari segi kewangan?

Pas atau Nik Abduh juga tidak membuat laporan polis terhadap penyebaran audio yang memburukkan namanya itu. Sepatutnya beliau awal-awal lagi membuat laporan polis menyekat penyebaran itu kerana ia memberi kesan buruk kepada Pas dan juga dirinya. Apa lagi dalam audio itu Nik Abduh(?) dikatakan mengakui berhubung dengan CIA.

Tetapi kenapa tindakan itu tidak dibuat oleh Nik Abduh. Sikap dingin Nik Abduh itu menguatkan lagi kepercayaan umum yang suara itu adalah suaranya dan benar orang Pas menerima baksis daripada Umno.

Apabila beliau mendiamkan diri dan partinya juga mengambil sikap tidak peduli menyebabkan orang akan beranggapan apa didedahkan Nik Abduh dalam audio itu sebagai benar. Dan Umno mungkin sengaja tidak menafikannya kerana parti itu mahu mengikat Pas dalam keadaan terjempit untuk kepentingan politiknya. Biasanya ular yang sudah patah belikat payah untuk bergerak?

Menyimpulkan isu audio Nik Abduh itu ia memberi modal kepada pembangkang. Bukan itu sahaja rakyat yang sebelum ini sudah dituba dengan pelbagai isu dan kekotoran Pas akan mudah menerima apa yang mereka dengar sebelum ini dengan audio berkenaan. [wm.kl.6:44 pm 02/04/18]

9 comments:

mahligaiseni said...

PEMBETULAN PERENGGAN 2: ...ditulis RM2 TETAPI mungkin sebenarnya mahu ditulis oleh Ayahanda MSO, RM2 juta...

awang kualaberang said...


melihat gaya hidup ala umno/bn dgn kereta mewah Q7, alphard, tambah bini dll... apa yang tersebar mengenai YB Pas yang baru satu penggal menang kerusi Parlimen dan DUN bukan lah sesuatu yang mustahil dalam dunia politik matang-sejahtera

Unknown said...

Tak dapat bayangkan jika benar suaranya, beliau salah saorng AGEN CIA america yg bersubahat dgn agen MOSAD(Yahudi)....apa nak jadi dgn pas ni! no wonder ada wakil israel dtng ka malaysia tiada bantahan!

Anonymous said...

Sampai sekarang saya masih tak faham kenapa pemimpin2 mesti mengambil duit dari umno ni. Kalau nak berkerjasama dengan umno, berkerjasamalah. Tapi mengapa mesti ambil duit? Di mana maruah pas? Di mana maruah pemimpin2 pas? Mengambil duit bererti pas sudah dibeli olih umno. Pas sudah menjadi kuda tunggangan umno.

Dan saya juga tidak faham kenapa pas masih ingin bersembunyi tentang berkerjasama dengan umno ini. Kenapa pas enggan berterus terang dengan penyokong2 pas yang masih setia, dan masih percaya yang umno adalah musuh politik pas. Perbuatan ini adalah satu pengkhianatan yang amat besar.

Saya merasa pas sebenarnya berada diambang kemusnahan. Saya tak hairan kalau ianya benar2 berlaku kerana pemimpin2 pas sendiri yang mendoakannya selama lebeh 2 tahun ini. Pas dalam bahasa inggeris ialah Pan-Malaysian Islamic Party. Bila pas melaung2kan hancur pan, jahanam pan, mereka sebenarnya mendoakan kehancuran parti sendiri. Bila pas mengatakan yang pan tu khianat mereka sebenarnya mengatakan yang diri sendiri yang khianat.

politikgilababi said...

Pokoknya mereka juga berpegang kpd kata kata "sapa x mau duit?,org gila pun mau.."

Lelakidicermin said...

Yang heran walaun2 pas..bg aku bodoh melantun2.. nak di ajar susah benar. Di dlm komen blog2 tertentu di suruh bukti audio tu..begitu juga kes 90 juta..sudah husam dan rafizi rela di saman kenyataan dia org..parti pak lebai tak juga saman PARTI AMANAH..husam dan rafizi.. tu aku ckp walaun2 bodoh melantun2..samanlah 3 pehak utk buktikan parti pak lebai pehak yang benar.. kalau tak salah.. husam buat tawaran yg mudah dan cepat.. suruh tuang presiden bersumpah.. kes 90 juta tu.. tak juga dpt sambutan..patut walaun2 fahàm situasi tu.. pening kalau baca walaun2 punya komen level budak tadika...

awas said...

Mereka pun bersikap macam UMNO..denial syndrom

Dr said...

Ye spt syaitan azazil yg melaknat dirinya sendiri tanpa dia sedari.

PokAmid said...

Walaun2 ni kan otak tak cerdik, dan mereka bertindak bukan ikut fikiran tp lbih kpd ikut emosi dan naluri, suka maki-hamun. Kenapa begitu?
Pengikut ikut apa yg pemimpin kata. Kerana mr presideng seorang kaki maki, pengikut pun ikut bermaiki dengan gembira sekali.
Barua, broker, tolol, lembu kenyang, masuk tong taik.... sedikit contih ratiban mr presideng yg mulutnya kohong!!