Tuesday, August 26, 2008

Laporan Langsung 2

Menantu PM Kena Boo di Penanti

MENANTU Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin diboo oleh para penyokong Pakatan Rakyat ketika Naib Ketua Pemuda Umno itu bersama ketuanya Hishamuddin Hussein melawat ke pusat pengundian di Penanti lewat tengah hari ini.

Kejadian itu berlaku sebaik saja Khiray yang sampai dengan sebuah kereta pancuan empat roda bersama Hishamuddin turun untuk membuat tinjauan.

Punca keadaan itu berlaku apabila kereta Khairy berhenti berhampiran pusat pengundian itu sehinggakan menganggu lalu lintas lain. Gelagat dan sikap Khairy itu tidak disenangi oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang berada di pusat pengundian berkenaan.

Melihat keadaan itu polis telah meminta pemanndu kereta dinaiki Khairy dan Hishamuddin supaya beredar dari pusat pengundian. Ketika ini Khairu diboo dan dimaki hamun termasuk dicerca sebagai "Menantu Perdana Menteri laknat".

Kerana 'protes' itu Khairy dan Hishamuddin hanya sempat berberapa minit saja di pusat pengundian itu kerana tidak tahan dimaki hamun penyokong Pakatan Rakyat.

Manakala dalam perkembangan lain gambaran zahir di pusat pengundi itu berpihak kepada calon PKR. Nisbah kunjungan pengundi ke bangsal panas untuk menyemak nama ialah 1 - 5 atau pun 3 - 10. Satu atau lima ke bangsal panas BN dan lima atau sepuluh ke bangsal panas PKR.

Keadaan yang sama juga dilaporkan berlaku di pusat pengundian di Permatang Pauh di mana bilangan pengundi Cina agak ramai di situ.

Ketika ini hujan yang turun mulai jam 12: 45 tengah hari tadi semakin lebat dan ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan peratusan keluar mengundi. [d'pauh 1:30 pm 26/08/08]

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah di atas kemenangan mudah Anwar di Permatang Pauh. Namun begitu, ini tidak bermakna Anwar akan mendapat jalan mudah berhadapan dengan penyokong-penyokongnya sendiri.

Kalau kita mengamati blog-blog pro-PKR, kita akan terasa amat jijik membaca ungkapan-ungkapan lucah, mencarut, memaki hamun dan mencerca yang dihamburkan. Anwar menjelmakan imej negarawan dan intelektual, tetapi pengikut-pengikutnya memberikan gambaran meloyakan.

Di Permatang Pauh, dari hari pertama, penyokong PKR telah menunjukkan sifat agressive melampau dengan membelasah dua orang wartawan. Memakin hamun dan mencerca tak payah ceritalah.Jika dapat peluang maki hamun Khairy dan Hisham, alangkah nikmatnya. Ini sebenarnya adalah sejenis penyakit jiwa yang sukar untuk diubati.

Pepatah Melayu mengajar kita, 'bapa borek anak rintik'. Anwar terkenal dengan kepintaran 'baling batu sembunyi tangan'. Buat masa ini, sikap agressive penyokong Anwar mungkin memberi kelebihan kepadanya. Tidak mustahil, ribuan pengundi, terutama yang pro-BN, tidak keluar mengundi, kerana tidak mahu menghadapi carutan, makian dan nistaan penyokong Anwar.

Sekiranya Anwar benar-benar ingin memjadi negarawan, harap pandai-pandailah mendidik para penyokong dengan sifat-sifat terpuji. Kalau kita biarkan pengikut kita memaki hamun pemimpin parti lawan, lambat laun, penyokong parti lawan akan memaki hamun kita di masa dan ketika yang lain.

Demokrasi adalah adalah satu sistem politik yang dikaitkan dengan negara-negara maju. Tidak terdapat sikap-sikap tidak senonoh seperti yang biasa dilakukan penyokong PKR dalam pilihanraya di Britain atau Amerika.

Anwar selalu bercakap tentang democratic ideals, tapi pengikut-pengikutnya lebih tepat dikaitkan dengan 'mob rule'. Wahai Anwar, buatlah sesuatu segera. Jangan hanya tertumpu kepada kuman di seberang sehingga tidak nampak gajah di depan mata.