Sunday, January 4, 2009

Celoteh Murai 23

Tanah: Ingatlah Kepada Sejarah

MURAI tidak nak sokong dan bukan benci sesiapa tetapi Murai hanya ingin tanya dan ingin tahu. Biar jelas dan semua orang bercakap atas dasar kebenaran dan fakta, bukan emosi dan dengki khianat. Isunya ialah mengenai penganugerahan tanah oleh kerajaan Perak kepada rakyat negeri itu.

Murai percaya kenapa ia menjadi isu ialah kerana tanah itu dianugerahkan kepada orang Cina. Kalau tanah itu diberikan kepada orang Melayu Murai rasa dia tidak menjadi isu kepada orang Melayu. Sebaliknya ia mungkin menjadi isu atau dipertikaikan oleh orang Cina. Itulah isu tanah isu sensitif oleh semua orang.

Apa yang Murai nak tanya ialah apakah orang Cina tidak berhak untuk menerima penganugerahan tanah seperti dilakukan oleh MB Perak itu? Tidak kira sama ianya ditekan, ditenyeh dan diapa-apakan lagi, apakah orang Cina tidak boleh menerima anugerah itu? Bolehkah kita menafikan mereka daripada menerima hak-hak yang dijamin oleh perlembagaan terhadap mereka dan budibicara sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya? Kalau kita meminta undi daripadanya kenapa pula kita tidak bersedia memberi apa yang dia minta!

Kata sesetengah orang pemberian itu bertentangan dengan Majlis Tanah Negara (MTN). Hanya MTN saja yang berhak untuk memberi tanah kepada sesiapa saja. Kenyataan itu seolah kerajaan negeri tidak berkuasa langsung ke atas tanah di negeri mereka. Betul ke?

Mungkin ada yang tahu dan dengar sebelum ini kerajaan Persekutuan berdolak dalih untuk membina apa-apa projek di negeri-negeri milik pembangkang. Alasannya kerana kerajaan negeri sukar atau tidak bersedia berikan tanah? Apakah kenyataan itu menunjukkan kerajaan negeri berkuasa penuh ke atas tanah di negeri mereka?

Kalau betul MTN berkuasa ke atas semua tanah kenapa untuk melaksanakan projek untuk kepentingan rakyat pun agensi kerajaan kena pohon dan minta persetujuan kerajaan negeri? Bukankah ini bermakna kerajaan negeri berkuasa ke atas tanah milik mereka?

Kenapa dalam sesuatu hal yang kita tidak setuju kita kata lain dan dalam hal kita setuju kita kata lain. Bukankah ini dinamakan hipokrit? Atau dalam basaha mudah difahami berdolak dalih!

Jadi samada kerajaan Perak atau mana-mana kerajaan negeri lain nak beri tanah kepada sesiapa terpulanglah kepada mereka. Kalau tindakan kerajaan Perak itu kerana desakan pemimpin Cina ia sudah semestinya kerana itulah gunanya seorang pemimpin. Kalau ada pemimpin tetapi tidak boleh memberi manfaat kepada penyokongnya mereka tidak digelarkan pemimpin. Samada tindakan pemimpin itu (Cina) bertentangan dengan naluri kita itu soal lain, yang perlu difahaminya hakikat itu.

Mengenai kemarahan pihak tertentu dalam kerajaan BN kepada kerajaan Perak beri tanah kepada penduduk kampung baru dan Rancangan Kampung Tersusun (RKT) itu ia menimbulkan kehairanan yang memeningkan kepala. Kenapa kerajaan BN marah dengan perbuatan kerajaan Perak itu. Apakah kerajaan BN sebelum ini tidak memberikan tanah kepada bukan Melayu? Melakukan sesutauan yang bertentangan dengan semangat MTN?

Murai tidak tahu secara pasti berapa hektar dan berapa luas dan berapa nilainya tanah Melayu yang tergadai kepada bukan Melayu. (Yang diberikan kerajaan BN kepada bukan Melayu termasuk Cina, India dan Inggeris). Bukan saja tanah Melayu tanah-tanah milik Sultan dan Raja-Raja juga turut sama bertukar tangan.

Sejarah paling besar dan diingati tetapi tidak dimasukan dalam buku teks sekolah ialah bagaimana kerajaan BN yang dulu bernama Perikatan telah menganugerahkan tanah bernama Temasik kepada orang-orang Cina. Sepatutnya kalau kerajaan BN benar-benar mahu memperjuangkan tanah air mereka, mereka senantiasa ungkitkan perkara ini pada sepanjang masa. Sebelum mereka marahkan MB Perak mereka kena marah kepada PM yang menganugerahkan Temasik kepada Lee Kuan Yew itu.

Selepas penganugerahkan itu, perhatikan pula apa berlaku di Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Penang. Boleh dikatakan hampir separuh bumi di situ dulunya dimiliki oleh orang-orang Melayu dan juga raja Melayu. Tetapi hari ini siapa yang milik tanah berkenaan?

Jadi apalah sangat dengan pemberian tanah ujung kampung dan ujung hutan di Perak kepada orang Cina itu kalau hendak dibandingkan dengan pemberian Singapura dan tanah-tanah lain di kawasan bandar atau kebenaran Singapura membina takungan air di Johor itu?

Bila Murai bangkitkan ini bukan bermakna Murai menganjurkan agar beri tanah sesuka hati kepada sesiapa saja. Apa yang hendak dikatakan kalau benar kita sayangkan tanah, kita kena usahakan. Kita kena jaga. Dan ingin Murai tekankan untuk jaga tanah itu kita perlu kepada semangat uhkwah, perpaduan dan tidak mencaing-caingkan kuasa politik kita sehingga orang mudah masuk mencelah dan menguasai kita dari dalam.

Jadi selagi kita dipisah-pisahkan, bersikap menegakkan benang basah, bersedia menerima rasuah berbetuk angan-angan dan terlena dengan retorik, keselamatan untuk bangsa Melayu di Malaysia tidak akan terjamin. Kita tidak boleh mendabik dada tempat tanah yang kita berdiri ini akan kekal selamanya kepada kita. Bumi tempat tumpah darah bukan slogan menjamin ia kekal kepada kita. Tidak oh tidak!

Murai: Hanya bersarang di dahan buruk!

1 comment:

Anonymous said...

Assalammulaikum Pak MSO,
Saya nak tambah sedikit. Saya tidak menentang dan juga tidak setuju dgn isu pemberian tanah di Perak ini.

Apa yang lebih menarik ialah lihat sahaja gunung2 batu kapur di Perak, semuanya sejak dari Melayu UMNO memerintah sudah diberikan kepada orang Cina. Jadi apa yang nak heran sgt pemberian tanah kepada orang Cina?

Lagi satu, dulu di Perak ada kilang simen Perak Anjung, punyalah bengap pemimpin melayu UMNO pi jual kilang tu dekat YTL. YTL bukan orang Cina ke? Semua pasal nak dapat duit mudah.

Dan yang paling memalukan saya sebagai orang Melayu, bekas MB Perak toriak (menangis) dalam rumah kerana kerusi melayu terpaksa diberi kepada Kayveas pada Mac 2008. Punyalah bangang bekas MB Melayu Perak. Tak ada telo ka?