Saturday, January 17, 2009

Dari Kuala Ke Kuala 15

Kerusi Kuala Terengganu Berjaya Dirampas Pas

MUKTAMAD Baru sekejap tadi Penolong Pengurus Pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu telah mengumumkan secara rasmi Mohd Abdul Wahid Endut, 52 telah dipilih sebagai ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru. Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi menewaskan Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang memperolehi 30,252 undi dan calon bebas Azaharuddin Mamat mendapat 193 undi.

Abdul Wahid menang dengan majoriti besar dengan 2,631 undi. Peratus keluar mengundi ialah 79.09% manakalan undi ditolak 665 undi.

Tahniah diucapkan kepada Abdul Wahid! [9:30 malam]

SUDAH pasti tetapi belum rasmi Pas menang dengan majoriti lebih 2,000 undi. [9:09 malam] DARI pusat pengiraan undi bebas menunjukkan Pas hampir pasti memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu dengan majoriti seperti diramalkan sebelum ini sekitar 1,000 undi sahaja. Sehingga ini pusat berkenaan telah mengumpul maklumat (mengira) di hampir semua peti-peti undi.

Hanya kurang 10 peti undi tersisa yang belum dihitung. Kalau pun peti undi itu berpihak kepada BN dan kedudukan ini tidak mengubah nasib BN. Paling-paling yang mungkin dilakukan BN ialah dengan mengurangkan majoriti Pas pada tahap di bawah 500 undi. [8:50 malam]

5 comments:

mat_terab said...

tahniah kepada semua pejuang kebenaran.......

al-brangi Online said...

salam,

tahniah dan takbir

FARABI said...

Tahniah kepada Abdul Wahid! Semoga titik permulaan bagi Abdul Wahid menjadi suatu mutiara bagi rakyat k.terengganu.

Syah Dunia said...

Alhamdullilah...islam kembali memerintah.Dengar khabar Najib kuar dari Kuala Terengganu selalu pukul 9 selepas dapat tau kubu mereka musnah ditiup angin Islam

Anonymous said...

abe MSO

Allah Hu Akhbar!...Alhamdulillah Pakatan Rakyat melalui PAS berjaya memenangi PRK KT. Kita panjat segala kesyukuran ke hadrat Allah swt.

PRK kali ini mencipta sejarah kerana selain dari kerjasama yang erat antara komponen PR, rakyat malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan ugama juga memberi saham kepada kemenangan ini.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah PRU atau PRK dimana rakyat begitu jelas peranannya.

Yang paling mengembirakan hati ini apabila melihat LKS,LGE begitu bersungguh-sungguh berkempen bagi memenangkan PR yang diwakili oleh PAS. Begitu juga dengan usaha yang ditunjukkan oleh bloggers yang diketuai oleh RPK.

Sebenarnya peranan yang dimainkan oleh para bloggers begitu besar dalam PRK kali ini dalam menyuntik dan menyemarakkan sokongan rakyat berbilang bangsa untuk memastikan kemenangan ini.

Hari ini mengukir sejarah dimana rantai race based politic akan beransur-ansur lenyap. UMNO terutamanya diharap mendapat message yang tepat melalui PRK ini.


bat8