Monday, August 11, 2008

Enekdot Politik

Memahami teka teki Zulkifli Nordin!

TETIBA saja ahli Parlimen Kulim – Bandar Baru, Zulkifli Nordin, 45 melemparkan tanda tanya besar kepada khalayak politik apabila telah mematikan telefon bimbitnya sejak semalam dan serentak itu tersebar berita beliau ditahan polis. Saya tidak terkecuali turut diasak dengan persoalan misteri Zulkifli itu oleh penjenguk blog saya.

Saya tidak fikir begitu, ahli Parlimen kecil molek ini ditahankan polis. Dan polis sendiri buat pengesahan mereka tidak tahan Zulkifli seperti diuar-uarkan dan menyifatkan ianya sebagai khabar angin. Jadi ke mana beliau menghilang dan untuk apa?

Politik sifatnya berbagai-bagainya. Zulkifli juga seorang ahli politik dan baru merasai enak dan lembutnya kerusi di Parlimen mungkin sedang berpolitik! Baru-baru ini beliau dikatakan diminta supaya mengosongkan kerusi Kulim – Bandar Baru untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding dalam satu pilihan raya kecil.

Banyak pihak dalam PKR mengharapkan Zulkifli memberi laluan secara muda apabila kerusi beliau yang sedang dipatisyen hari ini menjadi kosong. Zulkifli dikatakan bersetuju untuk memberi laluan kepada Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai bosnya itu. Dalam satu kenyataan beliau menyifatkan pengosongan itu sebagai pengorbanan kecil untuk rakyat.

Tiba-tiba petisyen kerusi beliau itu ditangguhkan kepada 19 Ogos ini. Penangguhan itu menyebabkan pilihan raya kecil di situ lambat diadakan sedangkan Anwar perlu berada dalam Parlimen sebelum tibanya tarikh yang ditunggu-tunggu 16 September. Tiba-tiba tidak semena-mana Dr Wan Azizah Ismail mengosong kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding.

Sukar untuk dijelaskan apakah permintaan agar mengosongkan kerusi berkenaan
menggembirakan Zulkifli ataupun mengilankannya. Apakah hanya beliau yang perlu berkorban untuk Anwar manakala ahli Parlimen lain tidak?

Dalam politik tidak ada apa-apa yang mustahil. Zulkifli orang politik dia boleh melakukan apa saja termasuk yang diluar kebenaran umum atau melanggar normal-normal politik. Apakah tidak mustahil kalau beliau berusaha menyelamatkan kerusinya dengan mengharapkan petisyen itu ditarik balik dan beliau mengumumkan menyertai Umno?

Untuk itu beliau akan melakukan sesuatu untuk menjustifikasikannya. Sebab itu kehadirannya mengepalai tunjuk perasaan membantah forum anjuran Majlis Peguam di Lebuh Ampang Ahad lepas dilihat sebagai tindakan bersendirian beliau bukan atas arahan whip parti. Semacam beliau sengaja hadir dan bertempik di situ kerana mengharapkan sesuatu dilakukan ke atas dirinya.

Lebih jauh dari itu kalau PKR marah dan memecatnya disaat ini beliau mungkin lebih gembira kerana beliau boleh mencapai dengan mudah strategi politik untuk menyelamat kerusinya kelak itu.

Harus diingat waktu ini Umno sedang memburu sesiapa saja yang boleh memberi keuntungan kepadanya. Umno pandai mencelah dan mengailkan sesiapa saja yang mudah termakan dengan umpannya. Dan orang politik selalunya tidak mempedulikan soal moral dan perasaan penyokong. Sudah banyak sejarah orang politik mengecewakan penyokong dan pengundinya.

Pada hemat saya dan saya rasa kehilangan beliau adalah strategi untuk mencapai matlamat itu. Janganlah terkejut kalau selepas ini tiba-tiba beliau akan muncul bersama pemimpin Umno lantas mengumumkan yang beliau hilang kepercayaan kepada PKR dan serentak itu mengistyharkan diri menyertai Umno.

Beliau adalah bekas pemimpin dalam Pergerakan Pemuda Umno yang rapat dengan Mohd Najib Razak. Bahkan beliau khabarnya lebih rapat dengan Najib berbanding Anwar semasa sama-sama dalam Umno dulu.

Dalam hal ini PKR perlu menangani dengan sebaik mungkin telatah dan politik Zulkifli ini. Seelokknya PKR tidak menjatuhkan apa-apa hukuman ke atasnya. Aksinya di Majlis Peguam itu pada saya lebih kepada komitmen beliau sebagai seorang Islam dan orang yang dominan berjuang isu-isu murtad negara ini sebelum ini.

PKR hendaklah memisahkan antara disiplin parti dengan semangat jihad beliau sebagai umat Islam bagi menjernihkan keadaan atau menimbulkan salah anggap sehingga ada pihak yang merasa kecewa dan tersinggung dengan apa-apa tindakan bakal diambil nanti.

Semoga teta teki yang dimainkan oleh Zulkifli ini akan segera lengsai. Saya tidak kira dia disembunyikan hantu atau berlaku sesuatu yang tidak diingini. Kalau hilang kerana hal-hal jenayah sudah pasti ada laporan polis dibuat berhubung kehilangan beliau itu. Tetapi jelasnya sampai sekarang belum ada laporan polis dibuat mana-mana pihak mengenai keghaibannya itu! [wm.kl 7:45 pm 11/08/08]

9 comments:

Anonymous said...

Sdra msomelayu, amat bersetuju dgn analisa sdra yang meredah persoalan Zulkifli Nordin. Walaupun beliau dianggap pengikut setia Anwar, adalah tidak wajar untuk minta dia berkorban lebih dari yang beliau telah berikan. Dia pun ada hati nak jadi MP juga, nak jadi menteri juga.

Zulkifli Nordin juga mungkin lebih dari sedar sejauh mana DAP dan HINDRAF telah menggunakan Anwar untuk melemahkan 'pertahanan' umat Melayu. Semasa bersendirian, Zulkifli wajar memikirkan dengan serius bagaimana untuk keluarkan Melayu dari PKR.

cucumatsalleh said...

Salam...
Saya amat bersetuju dengan tindakan jihad yang ditunjukkan oleh Saudara Zulkifli Nordin dalam perhimpunan memprotes Forum "memeluk Islam" yang dianjurkan oleh Bar council tempoh hari....
Bagi saya..prinsip dan pendiriannya terhadap kesucian Islam yg ditunjukkan oleh sdr Zulkifli Nordin amat mengkagumkan dan mengatasi segala-galanya...
Walaupun beliau merupakan MP dari PKR...namun atas kesedaran, keinsafan dan imanya terhadap Islam, beliau tidak sanggup melihat kesucian Islam di hina sebegitu rupa oleh pihak2 yg berkepentingan sungguhpun tindakannya itu dibantah oleh kepimpinan tertinggi PKR dan DAP...
Syabas kepada YB Zul...tidak ada yang lebih tinggi melainkan mendaulatkan 'Din Islam'...TAKBIR...

Anonymous said...

kalau dah rasa pkr tidak banyak membantu umat Islam ataupun bila nak terlibat dengan perkara yang melibatkan Islam seperti bantahan terhadap majlis peguam pun tak boleh. baik keluar ajer pkr.. carilah parti yg sehaluan dengan fikrah anda seperti PAS. Setuju.... pkr jgn ambil tindakan terhadap beliau yang lebih bersifat peribadi ni...
Wallahu A'lam

yon75 said...

berdasarkan satu wawancara yg saya lihat di youtube, zul menegaskan kehadiranya hari itu bukan atas kapasitinya sbg ahli parlimen PKR tp wakil dari peguam pembela islam (pembela) yg diketuai oleh saudara zainur zakaria.lgpun zul ni bukan ahli keadilan,dia ni ahli pas, cuma bertanding menggunakan tiket keadilan kat kulim...alhamdulillah sedikit sebanyak semangat jihad msh tebal dlm dirinya..bkn asyik nak berpolitik 24 jam..

Anonymous said...

Apa yang saya tahu YB Zul no ahli PAS. Pernah menjadi YDP PAS Bandar Tun Razak.. Tiba2 pulak dlam PRU bertanding atas tiket PKR.

Sama macam MP Machang YB saifudin pun ahli PAS... Tiba2 jadi wakil PKR

tokapi said...

YB Zul mungkin tersepit antara 2 keadaan, nak terus bersama Anwar dalam PKR atau nak berjuang dalam wadah yang baru..

Apa tidaknya, tindakan Anwar dan beberapa pimpinan tinggi PKR yang menyokong forum anjuran Bar council tersebut sedikit sebanyak mengguris hati dan perasaan YB Zul (agaknya) yang telah kita nampak semangat mempertahankan agamanya.

Adakah telah secara diam, YB Zul dimarahi oleh Anwar? siapalah yang tahu...

Bagi saya, secara peribadi, YB Zul patut berjuang dalam UMNO atau PAS sahaja.. Tinggalkanlah PKR yang semakin hari semakin mengguris perasaan umat Islam.. tindak tanduk Anwar dalam konteks hubungannya dengan Amerika dan kuasa asing sebenarnya agak membimbangkan sekiranya kita semua pernah mengkaji "cara" CIA "berkerja".. mungkin dokumentari ini dapat membantu kita memahami "cara" CIA bekerja >> http://video.google.com/videoplay?docid=-2562011283313707032

Apa-apa pun, kita harapkan YB Zul selamat dan tiada apa2 buruk yang berlaku pada beliau...

*Tahniah saya ucap kepada MSO yang masih menggantung Jalur Gemilang dengan tidak terbalik.. saya berasa sedih pabila ada bloggers menyarankan kita memasang bendera terbalik di blog... sungguh tiddak patut...

Anonymous said...

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Saya mula mengenali Tuan Zul apabila mendengar kaset2nya berkait isu murtad beberapa tahun lalu. Beliau tambah terkenal setelah menganggotai barisan peguam bela DSAI pada tahun 1998.

Saya respek Tuan Zul kerana konsisten dalam memperjuangkan isu2 yang menyentuh kepentingan umat Islam. Walau pun beliau dalam dilema kerana pendiriannya tidak selari dengan pendirian PKR dalam forum anjuran Majlis Peguam dan mungkin menghadapi tindakan disiplin parti.

Secara peribadi saya menganggap perjuangan Tuan Zul tidak sesuai bersama PKR. Mungkin kehadiran beliau bersama PKR atas dasar hubungan dengan DSAI, memandangkan PKR pernah suatu ketika dahulu ketandusan tokoh2 muda berwibawa selain Ezam, Saifuddin Nasution.

Elok perjuangan beliau diteruskan bersama PAS, kalau tak pun dengan NGO2 Islam. Saya akui sebagai audien yang tertarik dengan kupasan isi ceramahnya, akan merasa kecewa sekiranya beliau rujuk kembali kepada UMNO.

Anonymous said...

ayahanda mso,

mek sejak dulu mmg ikuti ceramah-ceramah YB zulkifli sejak kes murtad aisyah bukhari satu ketika dahulu. mek fikir, YB zulkifli ada pendirian sendiri yg takkan sama dgn parti yang diwakilinya. dan mek percaya beliau turut terima kecaman dari pengunjung blog beliau yang tidak restu dengan pendirian tersebut.

kamal... said...

ya allah engkau lipahkan rahmat dan keselamatan kepada YB Zulkifli pada mu juga ku pohon agar dia d beri kesihatan dan kekuatan dlm mengharungi dugaan dan cabaran dunia..
jng lah kerana kafir habir dia d pengapakan berilah dia petunjuk dan jalan yg sebaiknya dlm wadah perjuangan islam..ya allah ku mohon juga supaya sana saudara dia d selamatkan dan d lindungi dari bahaya bencana..sesungguhnya dia berjihad kerana agama mu ya allah..
walaupun saya berfahaman politik yg berbeza dng YB zulkifli tp teras dan perjungan tetap sama demi agama dan bangsa ku tadahkan tangan serta doa buatnya..
jng kerana politik, agama dan bangsa blh d pijak2 oleh bangsa lain..biarpun 100 tahun saya tdk d beri air percuma,biarpun 100 tahun saya tdk d beri tanah percuma dan biar pun 100 tahun anak cucu saya tdk d beri duit utk ke ipta,biar pun perlu 100 kali saya mati kalau demi agama saya sanggup..
hidup YB zulkifli..........