Wednesday, August 13, 2008

Laporan Lewat


Tahniah dan Syabas Kepada Nik Aziz dan Hishamuddin

SAYA tersenyum puas melihat foto Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein berpimpinan tangan dengan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas selesai majlis menanda tangani (MoU) penyerahan Sekolah Agama Rakyat (SAR) untuk didaftar di bawah Kementerian Pelajar untuk mendapat bantuan penuh. Selepas ini SAR akan dikenali dengan nama SABK - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Menerusi persefahaman itu sebagai permulaan sebanyak 20 buah sekolah agama rakyat akan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran.

Apa yang berlaku itu sesuatu yang sudah lama ditunggu. Seperti mana kata Hishamuddin langkah itu diambil ialah untuk memartabatkan kedudukan SAR. Di Kelantan terdapat banyak SAR yang berada dalam keadaan daif dan menyedihkan.

Sebenarnya langkah persefahaman, membantu SAR ini sepatutnya lama berlaku. Seperti mana kata Nik Aziz ia tidak sepatutnya dijadikan mangsa politik kerana pendidikan anak-anak adalah penting sebagai aset negara.

Namun disebabkan ada pihak yang cenderong untuk menjadikan pendidikan sebagai modal politik maka berlakulah hal-hal yang tidak sepatutnya terjadi itu.

Keadaan SAR di Kelantan sesetengahnya sungguh menyedihkan. Mungkin tidak percaya kalau dikatakan masih ada sekolah SAR yang bukan saja tidak mempunyai peralatan canggih seperti komputer dan perlatan pembalajaran moden lain, namun kerusi meja juga robek dan renyuk, jongkang jongkit!

Saya sendiri pernah ke sebuah sekolah agama rakyat yang terletak di dalam bandar Pasir Mas. Sekolah ini bolehlah dikatakan tahap pendidikan dan pencapaian akademiknya membanggakan dan jumlah muridnya juga ramai. Sekolah ini antara sekolah (SAR) yang terpuji di Pasir Mas.

Tetapi jika dilihat kepada halaman sekolah, kantin, belakang bangunan tidak tergamak untuk mengikhtirafkan sebagai sebuah sekolah agama. Ia layak dikatakan sebagai jelumu kerbau! Sedih kalau gambaran Islam dilihat kepada keadaan sekolah berkenaan.

Keadaan tidak ubah seperti kandang kerbau! Menurut cikgu-ciku di situ kalau hujan sebahagian bilik darjah sekolah berkenaan tenggelam dan berlumpur. Bangunan juga sudah usang. Manakala peruntukan untuk membina bangunan baru tidak ada. Bangunan tambahan yang dibuat secara sedikit-seikit pun adalah hasil daripada derma orang ramai (ibubapa) dan juga bantuan kerajaan negeri yang tidak seberapa.

Dengan usia kemerdekaan negara 51 tahun sepatutnya tidak ada lagi sekolah berkeadaan begitu. Dan sesuatu yang ironinya, saat sekolah di bandar semuanya kini dalam proses dilengkapi hawa dingin, kemudahan internet, namun sekolah-sekolah yang diduduki anak-anak 100% Melayu masih belum cukup kerusi dan meja. Siapakah yang harus dipersalahkan dengan keadaan ini?

Mudah-mudahan proses mendaftarkan SAR di bawah SABK dipercepatkan dan tidak ada agenda politik di sebaliknya. Untuk ini syabas dan tahniah kepada Tok Guru dan Hishamuddin yang menyedari dan prihatin terhadap pendidikan anak bangsanya sendiri. Dan mungkin kalau bertautnya Pas dengan Umno, banyak lagi masalah yang boleh diatasi dan memberi kesenangan kepada rakyat! [wm.kl 7:20 pm 13/08/08]

3 comments:

Unfiltered-Madness said...

Sekolah adalah tempat orang kita menimba ilmu. dengan ilmu barulah kita boleh maju. Baguslah kalau begini keadaannya jika sekolah tidak dipolitikkan.

Satu hal lagi sekolah2 kampung kenalah diberi kemudahan yang secukupnya agar anak2 kampung selesa menimba ilmu dan janganlah lebihkan kepada bandar namun sekolah kampung diabaikan.

Budak kampung, sekolah papan

Anonymous said...

kerajaan tak perlu mendabik dada sgt mengatakan utk memajukan SAR yang daif kerana sejarah membuktikan terdapat sekolah di bawah kerajaan yang berasrama penuh (SBP) dan pelajarnya semua yang cemerlang di pilih daripada seluruh negara tetap berada dalam keadaan daif bertahun2 lamanya,sbb itu SIKAP dan AMANAH penting dalam pengurusan pendidikan,kalau ada duit dan dana pun tetap juga akan daif sekolah

mrf said...

ambil yg positif setiap kerjasama yang terjalin dengan kerajaan..jgn hanya syak wasangka terhadap kerajaan nanti kelak yang akan rugi adalah para pelajar..

syak wasangka inilah yang menyebabkan SAR lewat untuk menerima bantuan kerana apabila ingin dibantu, kita menuduh kerajaan ingin menerapkan sentimen pro kerajaan di sekolah..

jadi di zaman serba moden ini kita wajib berfikir secara matang dan terbuka tetapi tidak terlalu taksub dgn pendirian semata-mata..