Ingat Mengingatkan Tanggungjawab Bersama
SEORANG penjenguk blog saya bernama Nusru telah mengirimkan email (menerusi komanter) blog saya meminta saya membaca kutukan orang terhadap saya dalam blog pinkturle2.wordpress.com. Terima kasih.
Kebetulan ada sedikit masa sebelum tidur, saya belek blog berkenaan dan membaca artikel berkenaan yang membuat teguran kepada saya. Antara lain minta saya berhati-hati dan tidak melagakan pemimpin?
Sebenarnya saya tidak perlu memberi ulasan dan respon di sini sebab artikel itu tidak dimasukan terus ke dalam blog saya. Saya tidak suka sebenarnya campur tangan hal ehwal rumah tangga orang lain walaupun mengenai saya.
Di sini saya tidak akan memberi reaksi kepada tiga pengomen fantik yang dibuat di bawah artikel berkenaan. Komen begitu sudah biasa bagi saya, macam tea tarik kadang-kadang sudah hilang kelazatannya! Saya menerimanya lebih daripada apa yang diluahkan itu sejak berdekad lalu. Komen seperti itu saya anggap datangnya dari kumpulan Badak Air.
Mengenai pandangan artikel dalam blog berkenaan saya rasa penulis itu tidak dapat memahami apa yang hendak disampaikan dalam artikel berkenaan. Mesejnya tidak dapat dihayati. Mungkin kerana beliau terlalu sayang kepada tokoh itu dan juga Pas!
Penulis itu hanya melihat pada permukaan saja, kerana itulah dia nampak saya semacam hendak melagakan pemimpin tertinggi Pas itu. Saya berharap kalau boleh penulis berkenaan membaca sekali lagi dan hayati betul-betul apakah yang tersurat di sebalik artikel saya itu. Baca dengan mata hati politik bukan dengan mata zahir!
Apa yang dipersoalkan dalam artikel itu ialah kenapakah ada usaha untuk meminta Abdul Hadi Awang mengambil alih jawatan Mursyidul Am Pas? Saya mempertikaikan kewajaranya dan apakah motif di sebalik itu. Pada saya usaha itu bermotif politik. Mengenai sumber dan maklumatnya jangan tanya.
Tidak timbul saya melaga-lagakan antara kedua pemimpin alim dan tinggi ilmu itu. Keduanya saya sanjung dan saya hormati sejak lebih 25 tahun lalu. Itu pun selagi mereka tegak atas kebenaran! Mereka bukan maksum dan wajar ditegur. Tidak perlu bagaimana saya menyatakan penghormatan itu kerana itu adalah milik peribadi saya dengan tokoh-tokoh berkenaan saja ataupun dengan orang yang saya rasa perlu berbuat begitu.
Sekali lagi disebut penjelasan ini dikira melanggar adat kerana saya tidak suka menyentuh tulisan mengenai saya di blog orang lain. InsyaAllah selepas ini saya tidak akan memberi apa-apa komen lagi. Saya ingatkan kepada mereka yang ingin memberi teguran ataupun membuat apa-apa komen sila terus masuk ke dalam email saya senang untuk saya melayaninya. Tetapi saya sudah ingatkan mestilah bertanggungjawab, bercakap dalam terang dan jangan jadi macam hantu... suara ada, rupa tiada. Harap maklum.
Kepada penulis rencana berkenaan dan blog yang menyiarkan perihal saya diucapkan terima kasih. Saya terima ia sebagai peringatan kepada kita sesama manusia. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. [wm.kl 12:30 am 04/08/08].
1 comment:
jgn pedulikan apa orang nak kata kerana kuasa menaip di jari anda, mereka kalau nak baca silakan, tak suka jgn baca..
memang kalau dilihat secara keseluruhan tulisan anda berpihak pas dan pkr..dan inilah yang diharap2kan oleh penyokong2 pakatan rakyat..
namun begitu saya sanjungi tulisan anda kerana ada menyentuh kepincangan dan kekurangan yang berlaku dalam pakatan rakyat kerana bagi saya itu salah satu cara untuk membetulkan keadaan. bukan cuba menyorokkan sesuatu di dalam almari yang akhirnya berbau dan menyusahkan orang sekeliling..
dan yang paling penting itu pandangan peribadi anda..setiap org berhak memberi pandangan.
dan pada saya anda adalah antara rakyat malaysia yang matang bukan seperti sesetengah fanatik pas dan pkr yang terlalu taksub sampaikan tak boleh menulis mengenai kelemahan parti sanjungan mereka..
teruskan menulis mso!!
Post a Comment