SAMBIL makan tengah hari sekejap tadi saya bercakap-cakap dengan Tan Sri Abdullah Ahmad, atau yang lebih dikenali dengan Dollah Kok Lanas (DKL) mengenai pilihan kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos depan. Sengaja saya meninjau pemikirannya serta analisa ringkas mengenai pilihan raya kecil Permatang Pauh itu.
Antara lain secara ringkas menurut pengamatannya, sekiranya Umno meletakkan calon yang kredible dan berkempen dengan bagus ia boleh mengurangkan majoriti yang bakal diperolehi Anwar Ibrahim.
Dan tidak mustahil kalau Umno mampu meletakkan calon kredible, Umno juga ia boleh mengalahkan Anwar. Tetapi katanya beliau tidak fikir Umno ada calon yang berkelayakan untuk diletakkan bagi berhadapan dengan Penasihat Umum PKR itu.
Sekiranya Umno gagal meletakkan calon yang berkredible sudah pasti ia memberi peluang cerah kepada Anwar untuk mendapat majoriti yang banyak.
Bagi Anwar pula sekiranya dapat meraih majoriti yang lebih besar daripada apa yang diperolehi Dr Wan Azizah Ismail dalam pilihan raya lalu, (13,388) ini akan memalukan Umno. “Umno akan malu besar manakala Anwar dan PR pula akan mendapat kemenangan moral!," ujarnya.
Ulasnya lagi kemenangan besar kepada Anwar kelak ia boleh membawa perubahan yang menakutkan Umno, justeru Umno kena berhati-hati dengan pilihan raya kecil itu.
Megenai perjalanan pilihan raya itu nanti, bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri kedua dan bekas Diplomatik itu yakin pilihan raya itu akan berjalan dalam keadaan bersih.
“Saya tidak percaya ianya ada penipuan kerana sudah terbukti bahawa pembangkang juga pernah menang, contohnya dalam pilihan raya lalu pembangkang menang sampai mendapat lima negeri.
“Soal penipuan dan undi hantu tidak berbangkit sama sekali. Manakala kelebihan yang akan diperolehi kerajaan orang buta pun tahu mengenai hal ini,” ujarnya yang akan turut hadir pada hari penamaan calon pada 16 Ogos nanti. [jln pahang 1:45 pm 13/08/08]
1 comment:
Kenapa mesti orang ramai berfikir bahawa pihak kerajaan akan menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihanraya di permatang pauh itu nanti? Seperti kata bekas setiausaha politik berkenaan, pembangkang juga pernah menang dalam pilihanraya dulu sampai dapat lima negeri sekaligus. Ini menunjukkan bahawa soal uni hantu dan penipuan tidak wujud sama sekali, hanya direka oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan nama baik pihak kerajaan semata-mata.
Post a Comment