TEPAT pukul 12:00 tengah malam tadi kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh telah masuk hari ke tujuh. Maknanya tempoh kempen sudah berlalu lebih separuh. Tinggal tiga hari saja lagi tempoh berkempen akan tamat. Penilaian awal sudah boleh dibuat siapakah yang mendahului dan popular untuk memenangi kerusi Permatang Pauh itu.
Sekiranya apa yang ada hari ini akan kekal sehingga Selasa depan, maka keputusan hari ini adalah membayangkan keputusan pada jam 6:00 petang 26 Ogos nanti.
Sepanjang malam tadi bermula jam 8:00 hingga jam 2:00 pagi saya berada di kawasan Permatang Pauh membuat tinjauan mata, dengan dan fikir. Melihat perang poster, sepanduk, banting dan juga suasana di pos-pos dan bilik gerakan kedua parti.
Memerhati suasana ceramah dan juga mendengar cakap-cakap kedai kopi oleh kedua penyokong belah pihak serta temutanya para rakan wartawan yang sejak hari penamaan calon hingga ke saat ini yang tidak lagi pulang atau meninggalkan Permatang Pauh.
Dari tinjau menerusi permarhatian pancaindra kepada perang poster dan suasana bilik gerakan dan pos, jelas kedudukan PKR mengatasi BN. Boleh dikatakan semua pos dan bilik gerakan PKR meriah dan dipenuhi orang ramai. Ini berbeza dengan pos dan bilik gerakan BN yang lenggang dan sunyi walaupun lengkap dengan segala fasalitas.
Poster pula khasnya dalam DUN Penanti, jelas poster PKR mendominasi suasana dan telah menawan seluruh kawasan DUN berkenaan. Di Kubang Semang kubu kuat Pas poster PKR memenuhi setiap ruang dan sepanjang jalan. Pekan sehari di situ dikelilingi bendera PKR dan gambar calon Anwar. Pemandangan ini menunjukkan Pas memberi kerjasama sepenuhnya dalam pilihan raya itu. Kiri kanan jalan pula tercacak poster gergasi Anwar yang menggunakan slogan Merdeka dan sebaris janji yang menyakinkan rakyat beliau akan melaksanakan jika diberi mandat.
Anih poster atau banting BN berkurang sekali. Apakah ianya strategi ataupun sebaliknya tidak dapat dipastikan. Yang nyata gambar Mohd Najib Razak dan Abdullah Badawi lebih banyak daripada gambar Ariff Shah, seolah-olah Najib dan Abdullah yang menetang Anwar. Di sesetengah trempat gambar itu dipacak di tepi parit atau longkang, yang nyatanya gambar Najib dan Abdullah berada rendah daripada poster Anwar.
Sepanjang malam tadi saya juga melewati tiga tempat ceramah PKR; di Permatang Rawa, Tanah Liat dan berakhir di Mengkuang Titi. Ketiga-tiga ceramah PKR penuh sesak. Kehadiran di Permatang Rawa dan Tanah Liart dianggarkan sekitar 2,500 hingga 3,000 manakala di Mengkuang Titi melebih 20,000.
Sepanjang perjalanan kira-kira 15 km itu tidak ketemui satu pun ceramah BN. Cuma bila sampai di hadapan rumah Umno di Pananti, kelihatan beberapa orang petugas BN menghulurkan VCD kepada setiap kereta yang lalu lalang.
Daripada 10 buah kereta yang lalu hanya satu yang sudi mengambil VCD berkenaan. Yang satu dari sepuluh itu termasulah saya yang mengambil untuk lihat apakah isinya. Sebelum buka saya sudah dapat nmengagak isi VCD berkenaan, ialah mengenai Mubahalah sepihak si pembacuh, Saiful Apek, eh... sorryy Saiful Bukhari Azlan. Apa yang saya ramalkan dalam posting sebelum ini, sumpah si pembacuh kopi itu akan dijadikan modal dan bahan kempen tepat dan benar, seperti ditetak dengan golok!

Anih juga kenapa ceramah BN tidak ada? Mungkin BN sudah tahu yang ceramah mereka tidak mendapat sambutan maka ia menukar strategi. BN tentu ada cara lain untuk mengunci pengundi! Kerana ceramah mereka tidak ada sambutan maka cara lain dilakukan bagi mengelak keaiban!
Tinjauan eksklusif malam tadi berakhir di Mengkuang Titi, di mana tempat terakhir PKR mengadakan ceramah dan merupakan stesen terakhir Anwar untuk malam tadi. Ceramah diadakan di atas padang bola. Sewaktu saya tiba Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail sedang menyampaikan ceramahnya. Turut bersama berada atas pentas ialah ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru Zulkifli Nordin, ahli Parlimen Indra Mahkota, Azan Ismail, ahli Parlimen Gombak Mohamad Azmin Ali dan seorang pemimpin Pas kawasan Permatang Pauh.

Padang bola berkenaan penuh sesak dan orang ramai melimpah hingga ke atas jalan raya sepanjang tiga kilo meter.
Mungkin melampau kalau dikatakan angkanya melebihi 30,000 namun ia tidak kurang daripada 20,000. Malang saya terlupa membawa flash jadi lautan manusia malam tadi tidak dapat dirakamkan sepenuhnya.
Sedang elok saya menghampiri pentas Anwar tiba untuk menyambung ceramah dan sekaligus menutup ceramah malam tadi. Menyaksikan penampilan malam tadi yang penuh bergaya, tutur bicaranya dan canda guraunya nampak Anwar begitu konfiden keadaan memihaknya kepada.

Malam ini beliau sungguh ceria dan bertenaga. Semacam ada kekuatan baru yang diperolehinya. Apakah beliau sudah menerima jaminan daripada 30 ahli MP dari BN akan menyertainya sebaik beliau berada di Parlimen? Dari apa yang dibisikan kepada saya dua daripada ahli Parlimen berkenaan ialah dari kalangan menteri?
Sejak beliau difitnah dengan kes liwat, malam inilah saya melihat Anwar seperti Anwar sebelum ini; cerita, bercanda dan konfiden dengan apa yang beliau perjuangkan. Sewaktu berjumpa dan bersalam dengannya ketika Muktamar Pas di Ipoh, Ahad lepas wajahnya masih lagi disapu duka dan kelihatan sebam.
Ceramah dan pidatonya juga masih konsisten berkualiti dan menghiburkan. Gurau sindirnya menghiriskan hati. Ketegasan dan jaminannya cukup menarik dan berjaya mengikat kaki dan menambat hati pendengar. Istimewanya bekas TPM dan bakal PM itu (InsyaAllah) sedikit pun tidak menampakkan kegentarannya untuk berhadapan dengan serangan dan tekanan BN. Ternyata slogannya Lawan Tetap Lawan terus dibarakan! [penang 3:55 am 23/08/08]

1 comment:
Salam Ukhwah,
Kami sebenarnya menanti-nanti, laporan yang real-meninjau di lokasi, dan merumus secara realistik.
Begitulah apabila perjuangan diletakkan atas landasan yang benar, sekurang-kurangnya meperjuangkan hak-hak rakyat-perjuangan yang merakyat, ketenangan akan mengubat segala luka akibat hirisan pisau serangan fitnah, dan segala yang berunsur "mengaibkan".
Saya secara peribadi juga berada di Permatang Pauh semalam, cuma sempat meninjau di markas PAS, dan singgah di tempat DSAI berceramah di Kampung Pelet, Permatang Pasir. Di sini, kehadirannya sekurang-kurangnya mencecah 2,000 orang-penuh sesak. Dalam kenderaan ke Mengkuang Titi, saya sempat melihat raut wajahnya dari dekat, raut wajahnya yakin dan ceria.
Ternyata PKR mendominasi segalanya. Menurut seorang petugas di markas PAS itu, mereka tidak bimbang sangat dengan undi kaum Cina, dan India. Mereka juga tidak bimbang dengan pengundi yang tinggal di Permatang Pauh. Kebanyakan pengundi yang bekerja di Pulau Pinang, berulang-alik dari Permatang Pauh. Ini maknanya, sentimen Anwar masih tetap utuh dalam kalangan mereka.
Sambil membelek kertas yang di dalamnya senarai kabinet bayangan PR setelah DSAI menang, senarai ini diposkan ke rumah-rumah, petugas itu cuma bimbang tentang pengundi yang tinggal di luar terutama di Kuala Lumpur. Banyak halangan untuk mereka balik mengundi. Soal cuti, kebenaran majikan, dan kos balik mengundi akan menghantui mereka.
Secara lumrahnya, saya bersetuju dengan MSO bahawa DSAI akan menang. Cuma soal majoriti yang dibimbangi. Adakah dapat dipertahan angka 13 000 itu? Daripada website Permatangpauh, terdapat beratus-beratus pengundi yang hilang.
Walau apapun, berapa majoriti tidak penting lagi mengingatkan PRK ini ialah pertembungan yang berat sebelah.PKR melawan seluruh jentera dan kuasa kerajaan. Yang terbaru ialah jentera BPR dalam isu rasuah dua Exco Perak.
Akhirnya, kepada pengundi Permatang Pauh, sedarlah akan hakikat bahawa undi anda adalah penentu corak masa depan Malaysia. Andalah yang menentukan bahawa kuasa rakyatlah yang akhirnya menang!
Post a Comment