Kerana Tinggalkan Bekas Kawan Saya!
MESKIPUN Pas masih belum mengunci rapat pintunya untuk mengadakan muqabalah dengan Umno namun kerancakan dan harapannya sudah menipis. Tentangan hebat di kalangan pemimpin tertinggi Pas sendiri dengan sokongan penuh daripada akar umbi membuatkan mereka yang beriya untuk mendekati Umno jadi terperagah. Sayang....
Kesimpulan isu muqabalah itu pihak yang menentang menang dan pihak yang bersedia kalah!
Apabila saya merenung ke dalam dan menilai dengan pengalaman dan sejarah sebelum ini kenapa usaha muqabalah berkenaan gagal, tidak lancar dan tersekat di tengah jalan macam kerena kehabisan minyak disebabkan salah teknik.
Sebab utama ialah kerana perundingan itu dilakukan oleh mereka yang tidak berpangalaman dan tidak ada track record kejayaan dalam sesuatu perundingan. Saya yakin kalau perundingan itu melibatkan orang pengalaman, pernah berunding dan pandai mengeleceh ia mungkin berjaya dan keadaan tidak kelam kabut seperti hari ini kalau pun perundingan itu tidak mencapai impian.
Tidak menjadi rahsia lagi seperti dihebohkan perundingan awal melibatkan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sendiri bersama Khalid Samad dan Mustafa Ali. Mereka ini berunding secara diam-diam bukan atas kehendak mereka peribadi sebaliknya setelah mendapat restu Majlis Syura. Jadi tidak timbul sebenarnya mereka pandai-pandai untuk berunding tanpa merujuk kepada jemaah.
Apa yang menyebabkan mereka gagal dan kena marah ialah kerana tidak faham bahawa dalam politik kuasa sebenarnya bukan terletak kepada sesuatu jawatankuasa atau badan. Hakikinya terletak kepada pihak lain yang dipengaruhi dan ditentukan oleh keadaan. Sebab itu sifir politik bercadas dengan ilmu hisab. dua kali dua dalam politik jawabannya ialah 101.
Inilah silapnya. Jadi apabila Nasarudin berkata dia mengikut kehendak majlis syura, beliau sudah silap dan terperangkap dengan jawaban itu. Keputusan majlis itu tidak terpakai dalam tindakan-tindakan sepenting itu tanpa melibat suasana di luar dan semasa. Untuk mengetahui ini ia memerlukan pengalaman.
Cuma sedikit menghairankan saya kenapa Mustafa Ali sebagai tokoh veteran dan pernah melalui berbagai perundingan kenapa tidak berbuat sesuatu atau membatalkan hasrat itu meskipun ia murni. Seharusnya beliau tahu akan masalah yang bakal berlaku itu dengan tindakan demikian.
Dalam konteks ini saya lihat bekas kawan saya mempunyai pengalaman dan kemampuan luar biasa dalam hal beruding ini. Sepatutnya dalam bab ini Pas menggunakan khidmat beliau.
Sepanjang saya berkawan dengannya selama kira-kira 13 tahun, bermula tahun 1994 (bukan 13 hari) saya cukup arif mengenai kebijaksanaan dan kelicitannya dalam berunding. Bahkan saya sendiri turut sama mengatur beberapa pertemuan beliau dengan pihak-pihak tertentu.
Baik berhubung rundingan politik peringkat nasional atau negeri Kelantan, kebanyakan rundingan membawa kejayaan dan menguntungkan Pas dan walaupun ia adakalanya kontroversi namun beliau tidak menjadi sasaran, terlepas dari kutukan. Itulah kehebatannya.
Antara perundingan yang dilakukan secara private ialah;
1. Mendapatkan bayaran premium tanah dari Felcra sebanyak RM7 juta. Sudah bertahun kerajaan Kelantan cuba mendapatkannya namun tidak berjaya. Apabila bekas kawan saya itu menjadi Exco dan mempunyai autoriti untuk berunding barulah berjaya.
2. Menarik balik petisyen yang dilakukan oleh BN ke atas enam kerusi yang dimenangi Pas di Kelantan pada tahun 2004. Hasil perundingannya direct dengan Khairy Jamaluddin BN tarik balik dan Pas turut sama tarik balik petisyen berkenaan. Jadi tidak ada dakwa mendakwi, Pas kekal memerintah Kelantan dan Abdullah pula kekal menjadi PM. Saya ada simpan gambar bekas kawan saya itu perpapasan dengan Khairy Jamaluddin.
3. Perundingan secara membayar 'ufti bunga emas' dengan pihak istana Kelantan juga berlaku. Kerajaan pimpinan MB Kelantan menghadapi masalah dengan istana. Krisis ini ada saya rakamkan dalam sebuah buku sehingga akhirnya disaman RM20 juta. Namun kerana kebijaksanaan bekas kawan saya hubungan istana dengan MB berkenaan pulih balik. Sultan Ismail yang sebelum ini enggan bersalam dengan MB, sudah boleh tersenyum.
4. Saman yang dikenakan ke atasnya RM20 juta oleh bekas Setiausaha Kerajaan Kelantan (seperti mana saya terima) juga diselesaikan menerusi perundingan tanpa dibawa ke mahkamah.
5. Beliau juga turut berunding bagaimana hendak menggunakan pengaruh Ibrahim Ali di Pasir Mas untuk kepentingan Pas. Ibrahim yang licit dan culas itu akhirnya terjerut dalam genggamannya bekas kawan saya itu sehingga menyebabkan Ibrahim memberi keuntungan kepada Pas pada pilihan raya lalu.
6. Sebelum ini juga bekas kawan saya itu berjaya membawa masuk Allahyarham Haji Nordin Yaacob ketika itu menjadi Wakil Rakyat Kelaboran menyertai Pas. Saya dan bekas kawan saya itulah yang membawa masuk Allahyarham ke dalam Pas.
7. Menjelang pilihan raya lepas, bekas kawan saya itu jugalah membawa masuk Rosli Ibrahim ke dalam Pas. Bukan senang untuk membawa bekas Setiasuaha Umno Kelantan itu, namun kerana kebijaksanaan rundingan bekas kawan saya itu Rosli akhirnya bersama Pas dan diberi ganjaran setimpal beberapa kawasan balak dan terbaru jawatan Senator.
Banyak kalau saya nak sebut akan 'kebisaan' (terror) bekas kawan saya itu. Saya yakin kalau Pas diawalnya menggunakan khidmat bekas kawan saya ini berunding dengan Umno keadaan akan tidak jadi seperti hari ini. Silapnya agenda itu tidak diberi tahu atau ajaknya sama untuk berunding.
Ternyata stail kerjanya secara one man show dan tidak yakin dengan keputusan kolektif yang diamalkan oleh bekas kawan saya itu membawa kejayaan dan berkesan.
Itulah yang menyebabkan Menteri Besar Kelantan sangat sukakanya. Bekas kawan saya ini juga tidak banyak cakap, tetapi berbuat kerja hinggakan jam 10 malam masih berada di pejabat kerana menumpukan kepada kerjanya. Jadi kalau esok lusa MB Kelantan nak berhenti orang paling layak menggantinya ialah bekas kawan saya itu.
Bab ini saya hormat bekas kawan saya itu. Sesiapapun tidak dapat mengatasinya cara dia bekerja, berfikir dan menyelesaikan masalah. Apakah kelebihan ini (berunding) boleh dijadikan amalan dan formulanya menyelesaikan masalah kalau beliau ditakdir menjadi pemimpin tertinggi kelak?

Sayang untuk memperbetulkan keadaan (muqabalah) sudah tidak boleh. Ia sudah terlalu jauh dan merumitkan.
Dan bekas kawan saya itu pula kini sudah kerap makan sekali dengan seseorang yang mungkin juga mula teruja dengan kehebatannya dalam mempengaruhi keadaan untuk kepentingannya.
[wm.kl 12: 00 t/hari 05/08/08]

14 comments:
"7. Menjelang pilihan raya lepas, bekas kawan saya itu jugalah membawa masuk Rosli Ibrahim ke dalam Pas. Bukan senang untuk membawa bekas Setiasuaha Umno Kelantan itu, namun kerana kebijaksanaan rundingan bekas kawan saya itu Rosli akhirnya bersama Pas dan diberi ganjaran setimpal beberapa kawasan balak dan terbaru jawatan Senator."
Boleh huraikan sedikit kenyataan itu?
salam uncle.. nk tnya.. sy ni hari2 bca blog uncle.. slalu bukak nk tgk if de new update.. nape 'bekas kawan saya'??? uncle da x kwn ngn die lg ke??? jwb ye uncle... =)
Assalamualaikum.....
Saya nampak MSO dah tak berkawan dengan HUSSAM..... sebab apa? sebab dia berbaik dengan ANWAR IBRAHIM????
Saya rasa, memang RAKYAT MALAYSIA MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TEPAT DENGAN MENGGANTIKAN KERAJAAN MALAYSIA KEPADA PAKATAN RAKYAT, kerana RAKYAT MALAYSIA DAH TAK TAHAN, wang berbillion-billion ringgit di ROMPAK di depan mata rakyat.
Rakyat juga sudah tidak tahan, sedikit demi sedikit PRINSIP ISLAM digadai oleh ABDULLAH AHMAD BADAWI, contohnya keizinan ABDULLAH untuk ORANG ISLAM MURTAD!!!!
Akhir kata, buat apa nak bergaduh, berbaiklah sesama muslim.....
"Sesungguhnya Orang-orang Mukmin itu Bersaudara".
P/S: Biasalah bagi kita kalau berlainan ideologi, bukannya bergaduh, ianya sesuatu yang biasa......
Bro, satu je silap ex-boyfriend you tu. Dia mungkin x sangka PR nak menang besar dan ada potensi cerah nak bentuk fedral government.. Kalo tidak, tentu dia lawan kat parlimen, dan mungkin jugak jadi bakal TPM.
hebat tulisan selamba sayuti omar. Tersenyum berbisa...hehehe
saya tahu pedang jika diasah akan makin berkilat dari hari ke hari.
silauan sudah menggerunkan walau tidak mencederakan.
mungkin ia satu kurniaan?
Menulis kerana benar takut kerana salah.
Syabas Mr Sayuti Omar....
Penulis sama dengan Penceramah.
Bezanya hebat penulis kerana tulisannya kekal dan dibaca puluhan tahun selagi ia masih jelas tulisannya.
ceramah tidak kecuali dirakamkan .
Moga ia menjadi kebaikan berkekalan...
aku xpaham ape problem dgn kawan saudara tu.. cukuplah kalo saya katakan kita tetap sesama islam.. saudara telah buka sedikit pekungnye, kalo boleh huraikan lah lg banyak.. biarlah kami sume dpt tahu selanjutnya.. kami xkan menerima seorg pemimpin yg bermuka2..
Saya bersetuju dengan ulasan Panglima Perang. Dalam politik penceramah yang dapat menarik ramai pendengar akan dikira peceramah hebat.
Dalam penulisan, sesiapa yang dapat menarik orang ramai membaca tulisannya adalah juga penulis hebat.
Orang politik dan Penulis adalah dua nama yang berbeza tetapi tetap mempunyai kehebatan masing-masing.
Sebab itu orang politik juga tidak boleh memandang enteng hasil tulisan, kupasan, kajian seorang penulis. Ini kerana ianya akan menjadi penentu kepada seseorang individu mahu pun kerajaan.
NH Shah Alam.
Pak MSO,
Selalunya Pak MSO mengutuk bekas kawan aka baju merah petak² tu ...
Sekarang, semacam memuji pula ... ker sarcastic?
Tapi kenapa digelar "bekas" kawan?? Seakrang dah jadi musuh ke? Kan Islam tak menggalakkan kita bermusuh-musahan?
Amat sayang sekali Hj Husam Musa tidak menjadi ahli parlimen ... beliau amat petah bercakap di parlimen dan mampu mematahkan hujah² ahli parlimen BN ...
salam MSO,
saya melihat semacam ada suatu masalah antara saudara dan husam, kenapa sampai tak berkawan, apa yg telah dilakukannya sampai digelar bekas kawan,?perselisihan peribadi atau berasaskan prinsip.adakah didalam pengetahuna saudara dia pernah mengkhianati perjuangan PAS,ini lg penting dibandingkan masalah peribadi kalian berdua..jgn dibiarkan sentimen peribadi mempengaruhi tulisan saudara..
salam pak mso
hebat tulisan pak mso hingga menjadi bualan di usrah2. moga2 tulisan ini memberi input yg positif dlm perjuangan islam dan bukannya menjadi pemecah ummah.
sy kenal juga 'bekas' kawan pak mso tu, beliau penah menjadi menjadi pembentang kertas kerja tamrin semasa kami belajar di kelantan dahulu..
tp ya lah, dah jadi 'bekas', puji melangit pun masih berstatus 'bekas' juga. 'bekas' parut tetap juga hodoh walapon dipuji setiap hari. tapi kalau 'bekas' janda dipuji2 tu maknanya dah gila talak pula...
walaubagaimanapun pak mso, teruskan manulis. moga tulisan yg kekal dibaca akan memberikan ilmu kepada pambaca dan seterus memberikan pahala berterusean bila pak mso mati kelak. amiin.
wassalam
SAya rasa Pak MSO ni jeles dengan Haji Husam Sebab beliau baik dengan tok guru ...
Sudah la tu PAk MSO ... Pak MSO tu dah tua ... mmg la tak dapat cope dengan pemikiran orang muda seperti Haji Husam ...
BEbawak la bertaubat ...
salam Sdr Mohd Sayuti Omar,
nampaknya banyak orang bertanya pasal perkataan "bekas kawan saya" tu, saya rasa dalam maksudnya tu. Kalau boleh tolong jelaskan...
terima kasih.
Salam.
Saya juga punya penaakulan yang sama dengan saudara perihal isu muzakarah dan muqabalah ini. Jelas, ada kesilapan teknik yang sangat besar di situ dan iya...kesilapan itu melibatkan kedua-dua belah pihak.
Apapun,cara saudara menyajikan permasalahan ini kepada para pembaca sebegitu cermat dan cukup berkesan. Syabas!
Ketika Cikgu Shahnon Ahmad mahu melepaskan Kerusi Parlimen Sik atas desakan moralnya yang tahu bahawa beliau tidak upaya untuk menjadi wakil rakyat kerana "keuzurannya", dan pada masa yang sama wujud rombongan parti yang mahu memujuk beliau,jelas terpancar kepasrahan pada sinar matanya. Selaku anak didiknya, saya justeru menghampirinya dan menyatakan...saya faham cikgu...buatlah yang terbaik dan di situ akan jelas bezanya orang biasa atau orang politik yang berpolitik dengan orang seni dan ahli fikir yang menggalas tanggungjawab politik. Saya akan terus percaya itu. Justeru, saya tidak hairan tentang ungkapan "bekas kawasan saya" yang saudara gunakan.
Salam perjuangan.
kepada rizal..anda saya rasa ada masalah dalam matematik..cuba anda layari web YB husam..ternyata dia lahir tahun 1959 dan MSO lahir tahun 1960...
dont judge people's age by their hair colors...
Post a Comment