Saturday, August 16, 2008

Sebelum Terlupa

Zulkifli Nordin Dalam Keadaan Selamat

Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkifli Nordin,45 yang menghilangkan diri secara misteri sejak seminggu lalu berada dalam keadaan sihat dan selamat. Tidak ada apa-apa kejadian buruk yang berlaku ke atasnya. Beliau tidak ditahan polis seperti mana dijangkakan. Beliau juga sihat dan mampu ketawa lagi.

Satu sumber memberi tahu saya sekejap tadi, Zulkifli kini berada dalam jagaan 'dirinya' sendiri di sebuah bandar dalam negara ini. "Jangan risau beliau selamat dan masih komited dengan perjuangannya membela Islam dan Melayu," begitu kata sumber berkenaan dengan perasaan ceria.

Zulkifli didakwa berada bersama sumber berkenaan dan turut meminta orang ramai agar tidak risau mengenai keselamatan dirinya. "Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang berdoa untuk keselamatan dirinya sejak seminggu lalu," tambah sumber berkenaan.

Bagaimana pun kata sumber itu Zulkifli tidak akan ikut sama dalam perarakan calon PKR, Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh esok. Ketiadaan beliau itu jangan pula dispekulasikan. Beliau dijangka akan muncul pada Isnin depan di Parlimen apabila pada hari itu Parlimen akan memulakan sidangnya. [penang 1:10 am 15/08/08.

No comments: