Ariff Fahmi Abdul Rahman Tidak Mahu Gambarnya Diambil!
SEBAIK selesai upacara perasmian dan pembentangan ucapan dasar oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang saya menghampiri Ustaz Yahya Othman. Nama Ustaz Yahya bermain dalam kepala apabila Pengerusi Tetap Muktamar, Abu Kassim tidak menyebut namanya dalam rangkaian nama-nama veteran Pas yang berjiwa besar dan berjasa. Ketika itu juga terfikir apakah Ustaz Yahya tidak hadir?
Begitu melihatnya yang baru bangkit hendak meninggalkan tempat duduk saya mara ke arahnya. Ustaz Yahya terus menggamit dan memanggil nama saya. Stail beliau (sling Arab) menyebut nama saya, cukup mendamaikan.
"Apa dia ustaz. Ustaz sihat ke,..?" tanya saya sambil bersalaman dan mengosot-gosot belakangnya. Ustaz Yahya saya kenal sejak tahun 1978-an lagi dan antara pemimpin Pas yang sedarhana, ikhlas dan sedia berkorban untuk berjuang. Beliau juga seorang berterus terang dan bercakap dari hati ke hati.
Sifat lemah lembutnya itu menyebabkan bukan saja burung-burung, bunga-bungaan tidak marah dan sukakannya, makluk bernama manusia juga sayang kepadanya.
Saya masih ingat ketika saya menulis buku "Hikayat Tiga Abdul" yang pernah menimbulkan kontroversi dan tidak senang berberapa pihak termasuk besan Tok Guru, Abdul Fatah Haron beliau bertanya saya sendiri apakah tujuan saya menulis buku berkenaan.
Ketika berjumpa di lapangan terbang Sultan Abdul Aziz (LTSAAB) di Subang beliau bertanya dari hatike hati. "Apakah tujuan enta menulis buku berkenaan, Sayuti? Apakah enta mahu mereka digugurkan?" Ketika itu beliau hendak berangkat ke Kota Bharu kerana sebelah petangnya meyuarat Dewan Harian Pas yang akan menentukan kedudukan nasib tiga tokoh yang saya persoalkan dalam buku berkenaan.
"Tidak ada niat saya sampai ke situ ustaz. Saya hanya ingin tegur saja. Mereka kawan saya dan menengur adalah kewajiban saya bila mereka melakukan kesalahan. Saya penulis mereka ahli politik. Ana rasa apa yang ana buat itu betul!" jelas saya.
"Jadi enta bukan bermaksud mahu mereka dibuang (lucutkan) jawatan?" soalnya tenang tetapi serius.
"Iya ustaz.. kalau berlaku itu ke atas mereka ia sungguh menyesalkan," tekan saya. Ustaz Yahya hanya terdiam. Dan besoknya saya mendapat tahu ketiga tokoh berkenaan dilucutkan kedudukan masing-masing. Saya yakin Ustaz Yahya tidak dapat membelanya walaupun telah mendapat penjelasan daripada saya. Sudah terlewat.
Ustaz seorang ini memang hebat dan dikenali serta dihormati bukan saja di peringkat nasional tetapi peringat antarabangsa juga khasnya di Timur Tengah. Jika para pemimpin gerakan Islam Timur Tengah datang ke Malaysia beliaulah yang menjadi 'menteri' pengiringnya. Ketinggi ilmunya dihormati bukan saja oleh ahli Pas, tetapi pemimpin Umno juga.
"Ana nak tanya enta sebagai penulis bebas. Bagaimana keadaan sekarang...?" katanya sambil membalik-balik telapak tangannya. Saya faham apa yang hendak digambarkan oleh Ustaz Yahya ialah keadaan dalam Pas hari ini yang tidak keruan!
"Kita kena duduk ustaz, bincang... dan ana pun memang nak tanya beberapa perkara dengan ustaz..?" balas saya. Memang itulah niat, bila timbul apa yang saya namakan sebagai salah teknik dalam Pas dewasa ini untuk bermuqabalah dengan Umno.
"Ana tengok kedua pihak ada hujah masing-masing ustaz. Kenapa berlaku semacam percanggahan ini kerana semangat uhkwah di kalangan Pas sudah kurang tidak macam dulu!" kata saya. Ustaz Yahya mendengar penuh minat.
Belum habis dan percakapan saya dengan Ustaz Yahya belum sampai mukritnya tiba-tiba seorang anak muda datang bersalaman dengannya. Saya sama sekali tidak kenal dengan anak muda ini. Lagaknya dan gayanya boleh tahan juga.
"Inilah orang yang menjadi sebutan sekarang, inilah menantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz...?" jelas Ustaz Yahya memperkenalkan anak muda itu kepada seorang veteran yang bersama dengannya. Mungkin Ustaz Yahya menyangka saya sudah kenal anak muda berkulit hitam manis dan bersongkok ini maka beliau tidak perlu perkenalkan saya dengan anak muda jantan ini.
Bila Ustaz Yahya sebut menantu Tok Guru, baru saya sedar dan kenal siapa anak muda berkenaan, dia ialah Arif Fahmi Abdul Rahman, menantu Tok Guru yang dikaitkan dengan isu siasatan BPR ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK). Lelaki yang dikatakan menggunakan kereta pancuan empat roda yang berharga lebih mahal daripada 100 ekor kerbau.
Selepas dia bersalaman dengan Ustaz Yahya dia menyambut tangan saya yang terhulur kepadanya, bersalam. Anak muda bernama Arif Fahmi ini nampak kurang selesa dengan saya dan hanya memandang dengan ekor mata saja. Mungkin marah dengan tulisan saya tempoh hari yang mengkritik bapa mertuanya yang mempertahankan isu kronisme.
Ini dapat dikesan bila saya mengeluarkan kamera dia minta agar jangan ambil gambarnya. "Nak masuk blog ke...?" katanya sambil mengelakkan mukanya. Saya mengakuri permintaaanya dan hanya memotretkan gambar Ustaz Yahya saja untuk disimpan sebagai kenangan.
"Macam mana?" tanya Ustaz Yahya kepada anak muda ini.
"Alhamdulilah... ustaz doa-doakanlah ana..." katanya. Menyelami daripada kata-kata itu dapat dirasakan mungkin anak muda ini dalam keadaan tidak berapa tenteram! Iya kalau dia dalam keadaan selesa dan yakinkan diri kenapa harus cemas apabila melihat kamera saya? Silau sangatkan flash kamera saya?
Pertemuan singkat itu dapatlah saya mengenali wajah dan sosok tubuh Arif Fahmi. Dalam pandangan pertama saya, melihat gayanya pemuda ini berpotensai untuk jadi hebat. Songkok yang dipakainya juga menggambarkan dia seorang profesional. Jadi barangkali betullah, tepatlah kalau bapa mertuanya mengambilnya untuk jadi Ketua Pegawai Operasi PMBK ia satu pilihan tepat.
Dan mungkin tepat juga kalau beliau terus dinaikkan pangkat ke jawatan CEO sebuah syarikat milik Kerajaan negeri yang kini khabarnya ketiadaan CEO. Menantu yang boleh menolong meringankan kerja bapa mertua, apa salahnya! [penang 8:00 am 16/08/08]
7 comments:
Salam Ukhwah,
Saya agak tertarik dengan isu kronisme yang saudara singgung dalam cacatan blog saudara. Agak tajam kritikan itu. Ketajaman dan kepedasan itu, rasa saya, kerana selama ini Pakatan Rakyat menolak kronsme, dan menganggap kronisme sesuatu yang boleh merosak kesejahteraan sesebuah kerajaan atau organisasi.
Tetapi apabila kronisme diamalkan oleh salah seorang tokoh, yang juga bergelar Tok Guru maka ketidaksenangan hati itu membuak-buak.
Saya juga berpendirian sama. Penampilan fizikal, gaya, dan keinteletualan tidak mewajarkan kita memilih ahli keluarga terlibat dalam memegang jawatan tinggi ketika kita masih menjadi ketua. Banyak kesukaran sebenarnya yang mungkin timbul:
1. Imej parti akan terjejas.
2. Imej individu yang menjadi ketua itu juga akan terjejas.
3. Menggambarkan seolah sesebuah kerajaan ketandusan tokoh berkebolehan.
4. Yang paling penting apabila orang kita lantik itu melakukan kesilapan besar, mampukah kita bertindak tegas? Tidak mudah untuk ambil tindakan keras terhadap keluarga sendiri berbanding dengan orang luar. Kesetiaan kepada organisasi, dan mudahnya untuk mengawal seharusnya tidak menjadi alasan kuat untuk melantik keluarga sendiri.
Pada saya, adalah lebih baik dan selamat untuk mengambil orang luar untuk menjawat jawatan-jawatan utama.
Walaupun saudara MSO kelihatan lunak dan kendur apabila mula melihat sosok tubuh Ariff Fahmi, tetapi, bagi saya, tetap berpendirian, Tok Guru telah khilaf dalam tindakannya sebagai seorang ketua kerajaan dan sebagai "orang politik". Kita maklum bahawa pelantikan itu bukan keputusannya seorang tetapi konsensus, namun dapatkah kita jangka isu ini tidak akan mencetuskan polemik?
Saya berharap Tok Guru menggunakan kebijaksanaan politiknya dalam kemelut ini, agar tidak menjadi "duri" dalam batang tubuh Kerajaan PAS Kelantan.
Catatan MSO tentang kronisme ini, agak lama. Saya hampir terlupa. Selain itu, saya juga agak terkejut dan jadi terfikir-fikir kenapa Tok Guru terjebak dalam isu panas ini yang selama ini ditentangnya.
Wallahualam.
Kalau betullah Islam membolehkah amalan kronisme dan sahabat yang empat (khalifah ar-Rasyidin) adalah kroni Rasulullah s.a.w. sama ada sebagai bapa mertua atau menantu, apakah tahap keimanan dan ketakwaan para kroni zaman sekarang ni sama dengan kroni pada zaman Rasululllah s.a.w.
Sahabat-sahabat yang empat serta sahabat-sahabat yang lain juga berkroni dengan menghabiskan harta benda, kroni zaman sekarang perhabiskan harta benda dan masa serta tnaga/fikiran untuk Islam atau untuk kumpul kekayaan dunia.
Kalau nak taksub pun kena ada had dan batas sempadannya. Molek-moleknya baik jangan taksub terhadap sesama manusia yang bukan nabi dan rasul, takut nanti jatuh ke bab memberhalakan sesama manusia juga.
YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat memang alim dan warak terapi saya yakin beliau tidak minta ditaksubi. Sebagai manusia beliau tidak akan terlepas dari salah dan silap.
Oleh kerana beliau Pengerusi Perbadanan Menteri Besar, adalah tidak manis menantunya jadi orang yang ada power walaupun dari sudut kelayakan cukup syarat belaka. Cuba rujuk kes Allahyarham Datuk Ariffin Salleh. Beliau ahli lembaga pengarah kepada sebuah syarikat milik kerajaan Kelantan pada waktu dan bila sebuah syarikat yang mana bininya ada kepentingan dan syarikat milik kerajaan itu memberikan tender pengedaraan baja ke apa ke (saya lupa), Allahyarham didakwa atas tuduhan rasuah walaupun saya difahamkan ketika mesyuarat lembaga pengarah syarikat milik kerajaan itu, beliau tidak sertai mesyuarat kerana antara syarikat yang dimesyuaratkan untuk diberi hak pengedaran baja itu, bini beliau ada kepentingan.
Walaupun niat Tok Guru dan menantunya baik, malah tidak terfikirkan untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, apatah lagi dengan hukum hakam selain dari niatnya untuk memberi khidmat cemerlang dan bersh kepada rakyat dan kerajaan Kelantan, tapi manusia mempunyai pelbagai pandangan, malah manusia pula sentiasa terdedah kepada pujuk rayu syaitan. Padahnya Tok Guru sekeluarga jadi sasaran pandangan negatf penuh prejudis.
Tok Guru juga tidak bebnas dari melakukan kesilapan. Misalnya dalam ulasan mengenai amalan kronisme dibolehkan dalam Islam, bliau menyebut Sayyidina Ali bin Abi Talib sebagai anak saudara Rasulullah s.a.w.
Media cetak dan eltronik juga siarkan begitu, mungkin mereka takut nak betulkan, takut nanti dikatakan memandai-mandai meminda fakta pula atau mungkin petuigas media yang buat liputan tidak tahu mengenainya.
Sedangkan ikut sejarahnya Rasulullah adalah anak tunggal kepada pasangan Abdullah bin Abdul Mutalib dan Siti Aminah binti Abdul Wahab. Bila tidak ada adik beradik macam mana boleh ada anak saudara. Walhal Ali adalah sepupu dan menantu Rasulullah s.a.w, bukannya anak saudara.
Malangnya tidak ada siapa di kalangan pimpinan Pas yang betulkan fakta itu yang terakam dalam bentuk rakaman pita dan bercetak yang akan tersimpan untuk tempoh yang lama, mungkin jika ada soalan dalam peperiksaan apa hubungan Ali dengan Rasulullah, akan ada yang jawab ALI ANAK SAUDARA RASULULLAH NANTI.
Macam mana pun kesilapan yang saya yakin Tok Guru tidak sengajakan itu bagi saya adalah suatu hikmah untuk diteladani oleh para pendukung dan penyokong Pas bahawa pendapat dan pandangan Tok Guru buannya boleh diterima bulat-bulat kerana apa yang dinyatakan bukannya betul belaka.
Mudah-mudahan catatan saya tidak akan disalah anggap.
- RAMLI ANDUL HALIM
Murid Tua
Madrasah Al-Balkaghulmubin.
Paklah ada KJ, Pak Nik ada AF, Bung Anwar ada Izah, Karpal ada... Kit Siang ada... ehh... semua ada la.
Yg salah ialah 'kalau kita tak buat, org lain buat.' Tapi klu kita buat, tak pa...
selamat berjuang
PAS di bawah Nik Aziz di dalam banyak hal mengamalkan 'double standard'. Maknanya, di masa tertentu kita menyalahkan pihak lawan kerana melakukan sesuatu, tetapi bila kita sendiri buat perkara yang sama, kita akan betulkan perbuatan tertentu tersebut dengan menggunakan hujah Al-Quran, hadith dsb.
PAS pernah mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Berbagai ayat Quran dan hadith dibacakan untuk menguatkan hentaman terhadap UMNO. Tetapi, bila PAS akhirnya bekerjasama dgn DAP dlm tahun 1999, Nik Aziz akan berhujah bahawa semasa Rasulullah menandatangani Perjanjian Madinah, Rasulullah pun bekerjasama dengan orang Yahudi.
Di tahun peristiwa Reformasi, banyak pihak mahukan Dr M letak jawatan. Nik Aziz mencadangkan tempoh PM pegang jawatan dihadkan selama 2 penggal sahaja. Tetapi setelah Nik Aziz pegang 4 penggal, dia kata dia akan terus memimpin selagi PAS memerlukan kepimpinannya.
Cerita terbaru berkenaan menantu Nik Aziz menyerlahkan lagi 'double standard' yang diamalkan oleh PAS, khususnya oleh Nik Aziz sendiri. Apabila Pak Lah menerima banyak kritikan berhubung menantunya Khairy, Nik Aziz tak ada pun bagi komen bahawa melantik menantu ke jawatan penting itu adalah amalan Rasulullah. Hanya apabila serangan sedemikian terkena diri beliau sendiri, baru beliau cepat-cepat mempertahankannya menggunakan hujah agama.
Tentang Allah pun mencarut, boleh berkawan dengan syaitan dan beberapa hal lagi tu, tak perlulah kita ulang lagi. Cuma kita belum dengar lagi ialah apa hujah PAS untuk ber'pakat' dengan DAP apabila DAP jelas mahu perjuangkan Malaysia sebagai negara sekular, sedangkan Pak Lah dan Najib dengan jelas pernah mengatakan MALAYSIA BUKAN NEGARA SEKULAR.
Salam...
Saya setuju dgn Tanah Melayu Kita.Tok Guru agak bersikap berat sebelah dalam beberapa tindakannya.Yang paling tidak boleh diterima adalah FITNAHnya bahawa 4 orang Khalifah juga adalah kroni Rasulullah(saw).Abu Bakar, Umar dan Uthman bukan dilantik oleh Rasulullah (saw) tapi dilantik oleh orang ramai dan sesama mereka. Malah Imam Ali (as) sendiri adalah dilantik oleh Allah (swt).Wassalam..
Asasalamualaikum,
Hmmm bukan senang jadi seorang Tok Guru kan? Semenya di lihat n di analisis dan bila tak betul terus d kritik. Pada saya pemilihan saudar Ariff Fahmi sbg CEO tu pasti ada sebabnya dan sudah pasti TGNA & ahli exco n mesyuarat yg lain telah ambil kira risiko nya bila melantikmenantu MB kelantan sendiri sbg CEO anak syarikat kerajaan negeri.
Pada saudara Ariff Fahmi pls jalankan tugas yang terbaik dan insyallah Allah akan bantu if niat kita ikhlas utk bantu islam. Biarlah apa pun manusia lain nak cakap tapi if niat kita dgn Allah clear maka pls teruskan tugas kita. Saya yakin pada ketulusan hati TGNA dan saudara Arif Fahmi sendiri dan yakin pasti saudara dapat jalan kan tugas dgn amanah, jujur, always humble, think others dan sentiasa bersemangat utk bantu rakyat melalui anak syarikat kerajaan negeri yg saudara ariff fahmi ketuai.
Bagi kami semua insyallah akan medoakan agar Allah abgi kemudahan pada saudara dalam menjalankan amanah.
Bagi saya Tok Guru Nik Aziz amat bijak n matang dalam hal ini maka saya yakin pilihan TGNA adalah tepat dan ada sebab musabab nya.
Just bagaimana TGNA menjemput Mawi dtg kelantan dan buat MOU dgn Menteri Kemeterian Pendidikan pasal sekolah SAR di ktan baru2 ini
Tok Guru Nik Aziz always THINK OUTSIDE THE BOX !
Pada Pak sayuti, tq sgt coz tulis n cakap dari hati...nikmat sebenarnya bila kita dpt dgr hamba Allah yg becakap dari hati. Dia cakap apa yg dia percaya dari hati nya. Banyak manafaat yg kita dapat bila kita cakap dari hati tanpa fikir apa tanggapan orang pada kita.
Tq pak sayuti tq sgt. Moga Allah rahmati pak sayuti n family dan disampaikan segala hajat. Ameen.
Salam
Ummu Nurul Hanna
Post a Comment